Kebaikan Buah Naga Posted on 12/10/2017 KEBAIKAN BUAH NAGA Siapa sangka, buah yang kelihatan seperti percikan api ini memiliki 1001 kebaikan kepada kesihatan dan kecantikan kulit. Berasal dari Amerika Tengah, ia juga banyak di tanam di negara Asia Tenggara antaranya Thailand dan Malaysia. Buah naga atau nama lainnya buah pitaya, memiliki rasa yang enak dan kebaikan yang tiada tolok bandingnya. Kebaikan buah naga bukan saja untuk kesihatan malah untuk kecantikan kulit. Nama saintifik Buah Naga ialah Hylocereus Undatus. Selain rasanya yang enak, Buah Naga mempunyai banyak kebaikan. Ada yang berwarna ungu, ada yang putih. Khasiat dan kebaikan buah naga terutama dalam aspek keperluan vitamin yang terdapat dalam buah-buahan, merupakan antara sebab untuk kita perlu suka dengan keenakan buah naga! Kebaikan Buah Naga Buah Naga mempunyai kandungan phytonutrient yang sungguh mengagumkan! Memiliki kandungan Vitamin C (10% untuk keperluan asas), kaya antioksidan, Vitamin B untuk keperluan metabolisme dan protein serta karotena (carotene). Vitamin C merupakan agen terkenal bagi memastikan kandungan kolagen dalam tubuh badan pada kadar yang baik. Hal ini membantu mendapatkan kulit wajah cantik berseri. Vitamin C dan Kecantikan Kulit Kandungan kalsium yang terdapat dalam Buah Naga membantu untuk memiliki tulang dan gigi yang sihat. Gigi Sihat Keperluan Kalsium Mencukupi Buah Naga, mudah dicernakan. Biji Buah Naga mengandungi lemak baik (omega-3 dan omega-6) yang membantu mengurangkan kadar Triglycerides dan masalah berkaitan kardiovaskular. Jantung Sihat Bebas Penyakit Kardiovaskular Mengamalkan Buah Naga membantu untuk menyingkirkan toksin dalam badan serta meningkatkan kesihatan mata. Ini kerana dalam Buah Naga juga terdapat karotena seperti yang dinyatakan di atas. Walaubagaimanapun, harus diingat pengambilan Buah Naga perlu secara sederhana kerana kandungan fructose dalam Buah Naga jika di ambil berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Fakta Nutrisi Buah Naga Kajian yang Dijalankan Kajian terperinci untuk mengenalpasti hubungan di antara diet sihat (buah & sayuran), aktiviti fizikal seumur hidup dan kerosakan oxidative DNA dengan kanser prostate telah dijalankan. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan, bahawa, diet sihat terutama dengan mengamalkan buah-buahan dengan kandungan lycopene yang tinggi seperti Buah Naga, dan aktiviti fizikal saling berkait rapat untuk berkerjasama mengatasi dari terdedah kepada kanser prostate (rujuk di sini untuk maklumat lanjut). Fakta Menarik Buah Naga Menariknya Buah Naga ini, ia cuma hidup untuk satu malam sahaja! Sebuah pokok umpama kaktus, menjalar dan menghasilkan bunga berwarna pink atau kuning. Kuning di gelar “moonflower”, manakala pink di gelar “Queen of the Night”. Tanaman ini akan berkembang mekar dari petang sehingga tengah malam. Di waktu malam, agen seperti kelawar dan kupu-kupu akan menyebarkan benih dari bunga yang cantik tadi. Pokok Buah Naga Walaupun bunga itu mati pada akhirnya, namun sebuah pokok mampu menghasilkan Buah Naga hampir 6 kali setahun! Resepi Enak Buah Naga Dengan mempelbagaikan pengambilan Buah Naga, kita akan lebih seronok dan teruja terutama jika di buat bersama keluarga tercinta. Smoothies Buah Naga Antara resepi enak Buah Naga ialah, Protein Smoothies of Buah Naga! ๐ Protein Smoothies Buah Naga Bahan-bahannya : 2 Scoop Energizing Soy Protein (ESP) Setengah biji Buah Naga Ice (jika perlu) Cara-Caranya : Blend kan kesemua bahan di atas dan sedia untuk di minum! Protein Smoothies by me! ๐ Kebaikan ESP Shaklee Khasiat Buah Naga digabungkan bersama ESP Shaklee membantu memberi tenaga sepanjang hari serta bonus tambahan untuk kecantikan kulit. Kebaikan ESP adalah sebagai sumber protein terutama bagi mereka yang hamil, berpantang, pelajar dan mempunyai masalah kulit. ESP Shaklee baik dalam memperbaiki struktur kulit lebih sekata dan berseri. Ibu hamil memerlukan keperluan nutrisi dan zat makanan yang sangat tinggi, gabungan Buah Naga dan ESP memberi kebaikan kepada ibu hamil & bayi yang dikandungnya. ESP Shaklee terdapat dalam Set Hamil Shaklee, Set Cantik Shaklee, Set Berpantang Shaklee dan boleh juga di ambil secara loose mengikut keperluan masing-masing. Dapatkan Protein Smoothies anda lebih enak bersama ESP Shaklee atau Set Shaklee kegemaran anda hari ini dengan Pengedar Shaklee Malaysia iaitu Syaza hari ini. Hubungi Syaza di talian 0187684817 untuk mendapatkan ESP Shaklee anda segera ๐ Fatin Syaza, Your Favourite Shaklee Consultant, 0187684817, Pengedar Shaklee Nilai & USIM, COD Shaklee Nilai Kajang Putrajaya Bangi, Pos Shaklee Seluruh Malaysia. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Promosi Shaklee Julai 2019 Posted on 01/07/2019 Selamat datang Julai! 6 bulan terakhir di tahun 2019. Pada bulan ini, Shaklee menawarkan pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk kita semua. Promosi Shaklee Julai 2019 1. Promosi Vitamin C Beli 3 Botol Sustained Released Vita-C Plus PERCUMA Chewable-C Plus Harga Retail (total): RM 292.50 (Jimat RM 51) Baca Selanjutnya… Read More
Uncategorized Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Posted on 19/10/2018 Banyak ke sikit? Itu persoalan penting. Adakah dengan menjadi ahli Shaklee seseorang dapat manfaat yang banyak, atau dapat manfaat yang sikit? Tahniah sebab ajukan soalan sebegini. Ini bermakna, kalian sangat menjaga hak sebagai seorang pengguna which is very good! Jawapan untuk soalan ini, semestinya banyak. Kalau nak tahu, sesiapa yang… Read More
Uncategorized Manfaat Ostematrix Shaklee Posted on 17/10/2017 6 Manfaat Utama Ostematrix Shaklee Kenali apa itu Ostematrix Shaklee, Kelainan Ostematrix Shaklee dan Pengenalan Asas Ostematrix Shaklee di sini. 1. Menguatkan Tulang Kalsium mencegah Osteoporosis, membantu menguatkan kuku, gigi, dan sistem saraf. Selain itu, ia juga membantu merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah… Read More