Last updated on November 30th, 2021 at 04:08 am
20 Tips Tingkatkan Selera Makan Anak
Berhadapan dengan anak kita yang agak kurang selera makan, sangat meresahkan hati kita. Anak yang tak ada selera makan, akan makan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan kadangkala agak memilih makanan. Bila jadi macam ni, kita sebagai ibu bapa akan risau, tentang nutrisi dan zat yang anak akan dapat kalau cuma makan sedikit sahaja.
Walaubagaimanapun, be happy. Ada jalan dia yang kita boleh guna untuk tingkatkan selera makan anak. Berikut adalah 20 tips yang dicadangkan dapat membantu untuk meningkatkan selera makan anak.
1. Wajib Sarapan
Sarapan adalah menu utama yang wajib dan perlu sentiasa dimasukkan dalam jadual rutin pemakanan anak. Sarapan seimbang akan meningkatkan selera makan anak selepas sesi ‘puasa’ malam hari waktu tidur. Pastikan, anak mendapat sarapan setiap kali sejurus selepas bangun dari tidur.
2. Beri Air 30 Minit Sebelum Makan
Kanak-kanak memerlukan air terlebih dahulu di pagi hari, lebih penting dari susu. Selain itu, pastikan kita beri anak minum air 30 minit sebelum makan untuk meningkatkan selera makan anak. Kalau nak tahu, ini adalah tips yang paling asas wajib kita sebagai ibu bapa cuba tau!
3. Beri Makan Setiap 2 Jam
Kanak-kanak yang selalu kata dah kenyang dengan makanan yang kita beri, kita perlu cuba beri mereka makanan setiap 2 jam sekali. Cara makan 3 kali sehari bagi mereka tak membantu untuk menambahbaik sistem penghadaman mereka untuk membuatkan mereka cepat lapar. 2 jam sekali akan membantu!
4. Jadikan Waktu Snek Sebagai Waktu Makan
Snek perlu di isi dengan makanan penuh khasiat jika kita nak lihat selera makan anak bertambah. Gantikan snek seperti biskut kepada sandwich yang penuh khasiat dan lengkap nutrisi. Gantikan kepingan chip dengan bijirin penuh. Dan lihat perubahan kepada selera makan anak kita!
5. Kacang Bukan Sebarang Kacang
Kacang digelarkan sebagai pembantu untuk meningkatkan selera makan dan menambahbaik kandungan protein dalam badan. Tambah baik selera makan anak dengan memberikan mereka salutan mentega kacang pada roti atau goreng kacang untuk dijadikan snek waktu makan! Malah lebih baik sekiranya kita menggunakan kekacang yang tinggi kandungan lemak baik seperti walnut dan almond.
6. Susu Untuk Minum, Bukan Makan
Kebanyakan kanak-kanak rasa dah kenyang sebab mereka dapat banyak susu. Apabila kanak-kanak mendapat susu sebagai makanan di waktu makan, ini akan membunuh selera makan mereka. Perkenalkan sumber tenusu dalam bentuk lain seperti keju, yogurt.
7. Tawarkan Makanan Kegemaran
Kadangkala kanak-kanak malas nak makan sebab tak dapat makanan kegemaran. Cuba berikan makanan kegemaran mereka dalam bentuk sihat. Lama kelamaan mereka akan terpujuk untuk makan dengan hidangan yang lebih menyelerakan.
8. Makan Dengan Kuantiti Kecil
Beri makan dengan kuantiti kecil untuk mereka rangsang deria rasa mereka perlahan-lahan. Selepas itu beri mereka peluang untuk pilih sama ada nak terus makan dengan kuantiti kecil dalam masa lama atau lebih besar untuk habis makan cepat.
9. Wajib Ada Yogurt
Yogurt sangat penting untuk anak kita sebab ia mengandungi probiotik sihat dan sumber kalsium yang sangat baik untuk tumbesaran anak. Masukkan yogurt di dalam diet makanan harian anak kita. Ia juga turut membantu meningkatkan imuniti badan anak-anak.
10. Elakkan Makanan Mempunyai Bau Kuat
Kebanyakan kanak-kanak tidak gemar makanan yang mempunyai bau terlalu kuat. Jika anak kita ada masalah kurang selera makan, cuba periksa sama ada dapur kita ada bau yang kurang selesa atau makanan yang kita masak mempunyai bau-bauan terlalu kuat seperti rempah ratus, bawang putih dan lain-lain. Cuba singkirkan bau yang kuat ini dan lihatlah perubahan di dalam selera makan si kecil.
11. Gunakan Rempah Yang Menyelerakan
Oregano, serbuk kayu manis, coriander adalah sejenis rempah dan herba yang sangat membantu meningkatkan selera makan. Tambahkan rempah jenis ini di dalam makanan anak kita. Walaubagaimanapun, cuba untuk pastikan ianya tidak terlalu menyerlah di dalam hiasan makanan anak.
12. Kurangkan Minyak
Selain daripada makanan yang terlalu berminyak ini kurang sihat, ia juga membunuh selera makan anak. Oleh itu, cuba kurangkan penggunaan minyak di dalam pembikinan makanan si manja.
13. Bermain atau Bersenam
Ini adalah tips yang juga boleh di guna pakai oleh golongan dewasa. Bermain dan bersenam terbukti membantu meningkatkan selera makan. Jika anak kita terlihat kurang selera makan, cuba ajak anak bermain sambil makan. Atau, tingkatkan masa bermain anak anda. Apabila sudah penat, perut pun menjadi semakin lapar!
14. Elak Keadaan Panas
Ya, benar! Jika keadaan sekeliling terlalu panas dan menyesakkan nafas di dalam rumah, nak makan pun jadi tak selera. Letakkan anak di atas kerusi yang lebih tinggi atau di kawasan meja makan yang berhampiran dengan tingkap untuk mendapatkan suasana dan udara yang lebih segar dan sejuk selesa.
15. Cuba Jus Limau
Apabila anak kita mengadu atau terlalu memilih makanan, dan kata mereka tak lapar, tawarkan jus limau yang segar, fresh. Gantikan dengan air putih. Limau membantu meningkatkan sistem penghadaman yang baik dan selera makan.
16. Elak Bincang Topik Stress
Kadang-kadang ada ibu bapa yang gemar membincangkan tentang perkara berat seperti kewangan keluarga atau perancangan jadual sekolah anak ketika di meja makan. Keadaan ini akan menyebabkan suasana menjadi kurang selesa, dan lebih serius. Ianya hanya membunuh selera makan anak. Cuba bincang dan cerita serta berkongsi perkara yang menyeronokkan ketika di atas meja makan. Kita dapat lihat sendiri perubahan selera makan anak kita tau!
17. Tingkatkan Pengambilan Zinc
Zinc membantu membina selera makan. Kekacang adalah antara sumber makanan yang kaya dengan zinc dan membantu meningkatkan kadar kandungan zinc di dalam badan. Cuba masuk dan selitkan makanan yang kaya zinc ini di dalam diet harian anak dan snek. Periksa dengan doktor, dan pakar dietik pemakanan tentang pengambilan suplemen jenis zinc.
18. Jus Halia
Jus halia dengan madu pudina untuk naikkan selera makan. Jus ini sangat mudah di buat dari rumah. Ia juga baik untuk sistem imun badan anak.
19. Buat Jurnal Diari Makanan
Diari jurnal makanan ini adalah jurnal yang kita guna untuk tulis apa anak kita suka makan, bila anak kita suka makan dan sebaliknya. Ianya boleh digunakan untuk sumber rujukan di masa akan datang.
20. Jangan Lupa Pencuci Mulut
Pencuci mulut dari jenis buah-buahan membantu untuk membina selera makan. Buah bekerja ke arah proses penghadaman yang lebih baik serta meningkatkan metabolisma. Secara fisiologi, makanan dari jenis pencuci mulut buah-buahan ini, menarik minat anak untuk menghabiskan makanan dengan lebih cepat. Antara jenis buah yang terbaik untuk tingkatkan selera makan ialah beri, anggur dan epal.
Meal Shakes Tingkatkan Selera Makan Anak
Meal Shakes adalah minuman yang berperisa French Vanilla dan menjadi kegemaran ibu bapa serta kanak-kanak dari dulu sehingga kini. Ia adalah produk keluaran Shaklee yang terkenal bagi membantu untuk meningkatkan selera makan anak.
Kandungan lengkap Meal Shakes yang terdiri daripada karbo, protein, lemak serta vitamin penting, melengkapkan nutrisi tambahan yang diperlukan tubuh badan anak kita. Apabila anak kita mempunyai keperluan nutrisi dan zat yang lengkap, badan akan lebih selesa. Masalah kurang selera makan adalah berpunca dari punca utama iaitu apabila badan anak kita terlalu kurang nutrisi dan khasiat lengkap setiap hari.
Analogi, atau persamaan adalah seperti ‘craving’. Badan tak cukup zat, dan sentiasa perlukan sesuatu. Tetapi lama kelamaan, badan gagal menerima info makanan dengan baik menyebabkan sistem badan anak itu sendiri menolak dan akhirnya anak menderita masalah kurang selera makan yang membawa kepada lebih banyak masalah lain.
Meal Shakes turut mengandungi kalsium dan zinc. Kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi yang lebih kuat. Manakala zinc untuk tumbesaran serta khusus bagi meningkatkan selera makan anak kita.
Testimoni Meal Shakes Shaklee Meningkatkan Selera Makan Anak
“Anak saya usianya 4 tahun. Memang susah makan nasi. Makanan kegemaran dia mee, bihun, roti dan biskut. Kalau bagi nasi cuma 2 suap sahaja. Setelah diperkenalkan kakak dengan Meal Shakes, saya pun mencuba. Memang perubahan ketara selepas masa 3 hari. Tengahari dia boleh makan nasi sepinggan orang dewasa, sampai tambah lagi. Malam pun dia dah makan nasi bersama kami. Syukur, alhamdulillah,” -Puan Awien-
“Adam almost 2 minggu minum Meal Shakes. Minggu first, tiada progress. Masuk minggu kedua, saya perasan selesema Adam makin lama, makin tiada. Batuk pun sikit-sikit sahaja. Paling saya suka time makan. Dulu nak habiskan 90 mL susu pun susah, dah umur setahun. Sekarang 120 mL susu dua kali, bubur habis 1 mangkuk dan makan telur goreng. My parents and parents in law pun cakap, badan dah nampak berisi sedikit berbanding dulu,” -Puan Norhazwani-
Order Meal Shakes Hari Ini Untuk Anak
Bagi pelanggan yang memerlukan Meal Shakes, boleh dapatkan dari Syaza hari ini. Hubungi 018-768-4817 (Klik untuk WhatsApp). COD Meal Shakes di kawasan Bangi, Kajang dan Putrajaya disediakan. Pos ke seluruh Malaysia, setiap hari, flat rate caj pos RM 10 sahaja termasuk Sabah dan Sarawak.
Baca Selanjutnya :
(Visited 1,031 times, 1 visits today)