9 Benda Lelaki Buat Nampak Awet Muda Posted on 08/08/2019 Eh, bukan perempuan je tau nak nampak awet muda! Lelaki pun haruslah berusaha untuk maintain nampak muda. Nak tahu tips untuk kekal awet muda bagi seorang lelaki? Jom baca tips di bawah. 9 Tips Lelaki Awet Muda 1. Jaga Rambut Rambut juga merupakan mahkota lelaki. Semakin tua, lagi semakin perlu untuk lelaki menjaga perapian rambut. Zaman sekarang ada macam jenis fashion gaya rambut lelaki. Malah, botak juga dah jadi trend! Nak nampak muda selalu, pastikan rambut dikemaskan dengan rapi. 2. Trim Semua Benda Buang segala macam jenis bulu. Bulu ketiak, di kawasan private, dan kawasan yang memerlukan untuk di buang. Kekemasan dan kebersihan ini menjadikan lelaki senang sangat nak nampak muda remaja. Baca : Nak Nampak Awet Muda? Cuba 9 Makanan Ini 3. Cukur Jambang atau Tak Kebanyakan lelaki akan nampak lebih muda tanpa jambang dan misai. Muda 10 tahun pula tu. Namun, jika ingin mengekalkan jambang dan misai, tak nak cukur, sila pastikan jambang serta misai itu kemas dan rapi. 4. Jaga Kulit Muka Untuk kekalkan kulit muka nampak muda remaja, gunakan dengan konsisten pelindung matahri, pencuci muka dan pelembap serta pelembap bibir. Amalkan pengambilan sayuran dan buahan serta suplemen penting seperti Vitamin C dan Kolagen untuk kekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Baca : Shaklee Collagen Plus Powder (Fungsi, Testimoni dan Keistimewaan) 5. Atasi Kedutan Kurangkan kedutan bermula sekarang dengan perbanyakkan senyuman, mengambil makanan yang sihat, elakkan makanan segera serta top up dengan kolagen dan Vitamin C. Banyakkan makan buah yang kaya dengan polifenol. Semua ini adalah ejen yang akan melambatkan kehadiran kedutan serta mengurangkan kedutan teruk di muka lelaki. Baca : Vitamin C Organik Nombor #1 6. Kekalkan Habit Sihat Nak nampak elok di luar, lelaki perlu jaga kesihatan dari dalam. Banyakkan rehat, makan makanan yang betul, minum air secukupnya dan bersenam untuk awet muda. Baca : 5 Sebab Lelaki Wajib Ambil Collagen Hari Ini 7. Jaga Gigi Senyuman yang manis adalah tips paling popular untuk nampak hensem dan muda. Tapi pastikan senyuman itu bersamanya ada gigi yang cantik dan sihat! Oleh itu, berus gigi setiap hari dan floss bila memerlukan. Jumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali. Barulah senyuman menawan, gigi cantik dan maintain hensem. 8. Berpakaian Kemas Letakkan dalam almari beberapa pakaian jenis suit, jaket dan jeans. Ia pakaian wajib untuk kekalkan momentum di zaman muda mudi. Jangan lupa masukkan beberapa item yang trendy tapi jangan terlalu jadikan ikutan. Yang penting, kemas dan selalulah tuck in! Fuh hensem kegilaan ramai. 9. Cermin Berbingkai Guna cermin mata yang berbingkai penuh untuk tutup garisan kedut di bawah mata. Ia juga boleh bagi manfaat untuk muka yang runcing bagi lelaki. Baca selanjutnya di sini >> Produk Awet Muda Nombor #1 Pilihan Lelaki Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Segar Bertenaga Ketika Hamil Posted on 15/10/2017 Bertenaga ketika hamil. Menjadi impian setiap dari wanita yang berkahwin untuk memiliki zuriat agar dapat dijadikan pengerat kasih sayang antara suami dan isteri. Walaubagaimanapun, tak kurang yang serik ingin hamil kerana tiada tenaga ketika hamil. Tenaga ketika hamil sangat penting agar ibu kekal sihat dan berseri sewaktu hamil. Malah, untuk… Read More
Uncategorized Pengalaman Makan Ostematrix Masa Mengandung Posted on 04/10/2019 Selalu Syaza kongsi pengalaman orang lain je kan, kali ni Syaza nak kongsikan sendiri pengalaman Syaza makan Ostematrix sepanjang Syaza pregnant. Daripada pregnant kali pertama, Syaza memang dah mula kenal Shaklee. Sebab Syaza dah makan Shaklee since daripada anak dara lagi, hehehe. Jadi bila pregnant tau ada Set Hamil Shaklee… Read More
Uncategorized 8 Cara Kecutkan Jerawat Dalam Masa Satu Hari (Mudah dan Cepat) Posted on 05/09/2018 Jerawat menganggu hari awak? Jangan risau. Hari ini Syaza nak share cara-cara macam mana nak kecutkan jerawat dengan cepat dan mudah. Dalam masa satu malam sahaja. Jerawat ni datang tak di undang, dan pergi sentiasa kita alu-alukan. Antara situasi yang selalu bagi kita rasa tertekan dan stress, esok kenduri kahwin,… Read More