Jalan Kaki Sejauh Kilometer (KM) Ini Untuk Kurus Posted on 29/09/202211/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:30 am Memiliki berat badan yang ideal bukan sesuatu yang perlu awak idamkan tetapi awak perlu usahakan. Apabila berat badan berlebihan, terdapat pelbagai masalah terutama dari segi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan kolestrol boleh singgah dalam hidup awak. Namun begitu, lemak dalam badan yang wujud terlalu lama adalah mengambil masa untuk ‘dicairkan’ bagi mendapatkan berat badan ideal yang sememangnya akan memberikan badan yang lebih kurus dari sebelumnya!Apabila ingin kurus, ada dua perkara yang awak perlu ambil berat. Jaga pemakananTingkatkan aktiviti fizikal Kedua-dua ini perlu dijalankan dengan seiring untuk mempercepat lagi proses kurus. Malah jika awak jaga makan dan banyakkan aktiviti fizikal berbanding duduk sahaja, awak bukan sahaja kurus yang jenis kurus kering – tetapi awak boleh mendapatkan kurus dengan potongan badan yang cantik! Walaupun begitu, tetap tidak dapat dinafikan bahawa untuk tambah aktiviti fizikal dalam diari harian adalah amat susah dilakukan kerana biasanya ia akan mengambil masa malah memakan tenaga awak. Tetapi dengan berjalan kaki, ia sangat mudah dilakukan kerana awak boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu langgan sebarang keahlian untuk masuk gimnasium, kolam renang dan lain-lain. Apa yang awak perlukan dengan aktiviti fizikal jalan kaki adalah sepasang kaki. Itu sahaja. Faktor Yang Menyumbang Kepada Badan Senang Kurus Bila Jalan Kaki Untuk kurus dengan berjalan kaki, ada satu benda yang menyumbang faktor terbesar iaitu dari segi kelajuan dan jarak awak berjalan. Apa yang awak perlu lakukan ialah berjalan kaki dengan sekurang-kurangnya kelajuan sederhana selama 30 minit sebanyak 5 kali seminggu. Lebih laju awak jalan, ia akan membuahkan hasil dengan lebih cepat dan efektif untuk kurus. Tapi ingat, makan juga awak perlu jaga. Gabungkan kedua-dua elemen jaga makan dan aktiviti fizikal untuk mencapai pengurusan berat badan seimbang sepanjang hayat. Berapa Kilometer (km) Jalan Kaki Untuk Kurus Bagi berat badan 69 kg, awak akan membakar kira-kira 280 kalori dalam masa satu jam apabila berjalan dengan kelajuan sederhana (5.6 km/sejam). Jika awak berjalan dengan kelajuan yang lebih cepat iaitu sebanyak 7.24 km/sejam, kalori yang akan terbakar adalah lebih tinggi sebanyak 460 kalori. Ini adalah anggaran kasar. Ia berbeza mengikut berat individu. Apa yang penting di sini adalah bukan berapa kilometer (km) yang awak perlu jalan kaki untuk kurus, tetapi sejauh mana kelajuan awak berjalan dan kekerapan awak berjalan kaki dalam masa seminggu. Secara purata, jawapan yang awak perlukan adalah berjalan kaki secara santai sekurang-kurangnya sejauh 10 km sehari boleh membantu untuk awak kuruskan badan. Lebih laju kelajuan jalan awak, lebih mudah untuk awak singkirkan lemak berlebihan dari badan dan bakar kalori yang tinggi. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Kurus Nak Kurus Cepat Dalam 2 Minggu? Lakukan 7 Petua Ini Posted on 15/04/202315/04/2023 Petua Kurus Dengan Cepat | Ada banyak pelan diet yang dapat membantu anda untuk kurus. Namun begitu, anda nak cari petua bagaimana untuk hilangkan 2 kg hingga 6 kg berat dalam masa 2 minggu supaya anda dapat bergaya dalam masa terdekat. Ikuti petua untuk anda kurus dengan cepat dalam artikel ini…. Read More
Breastfeeding Cinch Shake Untuk Ibu Menyusu, Boleh Ke? Posted on 14/04/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:01 am Awak nak kurus, dan dalam masa yang sama awak sedang menyusu badan. Jadi, awak pun go through pembacaan demi pembacaan untuk dapatkan sebuah meal replacement yang boleh membantu awak untuk kurus. Dan awak jumpa dengan Cinch Shake Shaklee. Tetapi, awak tak yakin….. Read More
Blog Cinch Shake Shaklee Untuk Kurus Posted on 05/04/202231/08/2024 Kurus dengan Cinch Shaklee. Macam mana caranya? Caranya adalah.. Read More