Ini 5 Fungsi Collagen Yang Sebenar Ramai Tak Tahu Lagi Posted on 09/05/202002/11/2022 Last updated on November 2nd, 2022 at 05:44 am Kolagen sangat penting untuk kulit dan kesihatan kerana ia adalah protein yang paling banyak terhasil di dalam tubuh badan kita. Ia merupakan komponen utama tisu termasuklah di bahagian ligamen, sendi, tendon, kulit dan juga otot. Terdapat pelbagai fungsi penting kolagen termasuklah untuk membekalkan kulit yang sihat dan menguatkan tulang. Pengambilan suplemen kolagen sangat popular terutama sekali kerana kebanyakan kolagen di pasaran telah melalui proses hidrolisis yang bermakna kolagen tersebut telah dihasilkan dengan berat molekular yang rendah serta mudah di serap oleh kita. Antara sumber makanan yang kaya dengan kolagen ialah kaki ayam dan juga sup tulang. Mengamalkan kolagen mengudang pelbagai manfaat kepada kesihatan, bermula daripada melegakan kesakitan sendi sehingga kepada memperbaiki kecantikan dan struktur kulit. 1. Perbaiki Kecantikan Kulit  Kolagen merupakan komponen utama kulit. Ia memainkan peranan menguatkan struktur kulit dan memastikan keanjalan serta mengekalkan kadar kelembapan kulit di tahap optimum. Semakin kita berusia, badan kita menghasilkan kurang kolagen sehingga menyebabkan kulit semakin kering dan memudahkan untuk kedutan terhasil. Beberapa kajian menunjukkan, kolagen peptida atau suplemen yang mengandungi kolagen boleh membantu mengurangkan proses penuaan berlaku dengan cepat dan segera serta mengurangkan kekeringan kulit dan kedut. Dalam sebuah kajian, wanita yang mengambil suplemen yang mengandungi sekurang-kurangnya 2.5 gram kolagen didalamnya selama 8 minggu, mengalami kulit yang kurang kering dan mendapati kadar keanjalan kulit meningkat dengan ketara berbanding kumpulan wanita yang tidak mengamalkan suplemen. Kajian lain pula menunjukkan, kumpulan wanita yang mengambil minuman pelbagai jenis dengan kandungan kolagen tertentu selama 12 minggu berturut-turut, mendapat kulit yang lebih lembap dan kurang masalah kedutan berbanding dengan yang tidak mengambil apa-apa jenis minuman yang ada suplemen kolagen. Dengan mengambil suplemen kolagen, badan kita terbantu untuk menghasilkan kolagen-nya sendiri. Tambahan pula, pengambilan suplemen kolagen meningkatkan penghasilan protein lain yang mengukuhkan lagi struktur kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit termasuklah elastin dan fibrillin.  2. Melegakan Sendi            Kolagen membantu mengekalkan kadar tulang rawan, iaitu sejenis tisu dalam yang bertindak untuk melindungi sendi. Semakin kita meningkat usia, kandungan kolagen semakin rendah dan meningkatkan risiko untuk kita mendapat peluang penyakit yang berkaitan sendi seperti ostearthritis. Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen kolagen boleh membantu mengurangkan simptom osteoarthritis dan mengurangkan kesakitan sendiri dari masa ke semasa. 73 atlet yang mengambil 10 gram kolagen setiap hari selama 24 minggu berturut-turut dalam sebuah kajian didapati mengalami penurunan untuk sakit sendi semasa berjalan dan ketika dalam tempoh rehat, berbanding kumpulan atlet yang tak ambil kolagen. Manakala, didapati orang dewasa yang mengambil 2 gram kolagen setiap hari selama 70 hari mendapati masalah sakit sendi mereka semakin berkurang dan lebih mudah nak lakukan aktiviti fizikal berbanding mereka yang tak ambil suplemen kolagen. Para penyelidik secara teori mendapati suplemen kolagen boleh bantu proses penghasilan tulang rawan dan meragsang tisu untuk menghasilkan kolagen. Mereka juga mencadangkan bahawa suplemen kolagen boleh mengurangkan keradangan serta menyokong kesihatan sendi dan mengurangkan kesakitan. Sekiranya anda sedang mencari suplemen kolagen untuk mengurangkan kesakitan sendi, kajian menunjukkan anda perlu bermula dengan dos harian 8 gram sehingga 12 gram.  3. Mengelakkan Hilang Jisim Tulang  Sumber utama yang mengekalkan kesihatan tulang ialah kolagen yang memberi bentuk, struktur dan membantu mereka kekal kuat. Sebagaimana kandungan kolagen semakin berkurangan apabila umur meningkat, begitu juga dengan jisim tulang. Kekurangan jisim tulang membawa kepada penyakit seperti osteoporosis yang dicirikan lagi dengan kurangnya ketumpatan tulang dan berkait rapat dengan tinggi risiko untuk mudah tulang patah, rapuh dan reput. Hasil penyelidikan mendapati pengambilan suplemen kolagen boleh memberikan manfaat yang baik pada tubuh badan terutama mengelakkan berlakunya tulang mudah reput, retak dan patah atau pun dalam erti nama lain, osteoporosis. Ada dua golongan wanita di kaji selidik dalam suatu kes kajian. Golongan pertama ialah mereka yang ambil suplemen kalsium dan digabungkan bersama 5 gram kolagen. Golongan kedua ialah yang mengambil hanya suplemen kalsium sahaja tanpa kolagen. Kedua-dua golongan ini dalam pemerhatian untuk 12 bulan atau setahun. Di akhir kajian, didapati golongan pertama yang bersama suplemen kalsium dan kolagen mendapat bacaan protein dalam paras darah yang lebih rendah dan risiko mendapat tulang reput dan mudah retak yang juga lebih rendah berbanding golongan kedua yang cuma mengambil suplemen kalsium sahaja. Hasil penyelidikan lain yang juga menemui keputusan hampir sama di dalam 66 wanita yang mengambil 5 gram kolagen setiap hari selama 12 bulan. Wanita yang mengambil kolagen menunjukkan peningkatan sebanyak 7% dalam bacaan ketumpatan jisim tulang (BMD) berbanding mereka yang tak ambil kolagen.  4. Meningkatkan Jisim Otot  Kira-kira 1 hingga 10% tisu otot adalah hasil dari kolagen. Protein ini diperlukan untuk mengekalkan fungsi optimum otot. Mereka dengan masalah kehilangan jisim otot seiring usia atau sarcopenia didapati meningkat bacaan jisim otot dengan pengambilan suplemen kolagen. Dalam sebuah program regim senaman harian selama 12 minggu, golongan lelaki yang mengambil kolagen mendapati peningkatan dalam kandungan jisim otot berbanding mereka yang tak ambil kolagen. Para penyelidik mencadangkan, pengambilan suplemen kolagen membantu menghasilkan proses sintesis protein otot seperti creatine, dan dalam masa yang sama meningkatkan penghasilan otot selepas bersenam dan gym.  5. Meningkatkan Kesihatan Jantung  Kolagen suplemen boleh membantu mengurangkan masalah yang berkaitan jantung, menurut para penyelidik secara teori. Kolagen membekalkan bentuk kepada arteri, iaitu tempat di mana pembuluh darah melakukan kerja pam darah dari jantung ke seluruh badan. Tanpa kandungan kolagen yang mencukupi, arteri boleh menjadi lemah dan rapuh. Perkara ini boleh membawa kepada atheroscelorosis, sejenis penyakit yang berkaitan tentang sempit laluan arteri. Atheroscelorosis ini meyumbang kepada sakit jantung dan stroke. 31 orang dewasa yang sihat telah di beri 16 gram kolagen setiap hari selama 6 bulan. Di akhir kajian, mereka didapati memiliki kesihatan arteri yang lebih baik berbanding dari sebelum mereka mengambil suplemen kolagen. Selain itu, mereka juga didapati telah memiliki peningkatan dalam bacaan HDL iaitu kolestrol baik dengan purata peningkatan sebanyak 60%. HDL yang baik amat penting bagi mengurangkan risiko masalah jantung termasuk atheroscelorosis. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Review : “3 Sebab Saya Suka Ostematrix Shaklee” [15 Gambar] Posted on 01/10/201818/05/2021 Last updated on May 18th, 2021 at 04:24 am Kalsium sangat penting dalam pembinaan tulang dan gigi yang sihat serta kuat. Pengambilan harian kalsium yang disarankan mengikut Reccomended Nutrient Intake Malaysia [2017] adalah sebanyak 1,000 mg bagi wanita mengandung, menyusu, sekitar umur 19 tahun ke atas dan lelaki dewasa. Ostematrix… Read More
Blog Promosi Shaklee Disember 2021 Posted on 03/12/202128/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Tujuh promo Year End Sales Shaklee Disember 2021 PERCUMA SHAKLEE BLEND BRUSH DENGAN SETIAP PEMBELIAN YOUTH BB CREAM DUO SET Dapatkan blend brush eksklusif YOUTH dengan setiap pembelian YOUTH BB Cream Duo set. Apa yang awak akan dapat sekali dalam promo… Read More
Blog Vita-Lea dengan Iron – Multivitamin Shaklee Posted on 17/07/202217/07/2022 Vita-Lea Iron Plus Formula ini merupakan multivitamin dan multimineral keluaran Shaklee. Ia mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh badan anda setiap hari. Multivitamin dan multimineral amat diperlukan oleh lelaki, perempuan, ibu hamil, ibu selepas bersalin, ibu menyusu, warga emas, remaja dan kanak-kanak. Multivitamin Vita-Lea Iron Formula… Read More