Boleh Ke Ibu Menyusu Berbuka Puasa Masa Bulan Ramadhan? Posted on 07/01/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:01 am Antara cabaran ketika menyusukan anak di bulan puasa adalah cepat berasa letih, lapar dan dahaga daripada orang biasa. Perkara ini adalah normal. Selain daripada itu, naluri seorang Ibu yang risau akan keadaan anak sama ada susu badan cukup atau tidak. Malah, tidak kurang juga yang turut sama risau keadaan diri jika pengsan dan terlalu letih yang akhirnya akan memberi kesan kepada susu badan. Jadi, dalam artikel ini awak akan mengetahui tentang hukum ibu menyusu yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan serta perlu atau tidak untuk menggantikan puasa (qada’) dan membayar fidyah? Hukum Ibu Menyusu Tidak Berpuasa Ibu yang menyusukan anak di beri kelonggaran untuk berbuka atau tidak berpuasa. Dalil umum dalam isu ini ialah daripada hadis Anas bin Malik RA:إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ، أَوِ الصِّيَامَMaksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”Riwayat al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah Perlu Qada' Puasa dan Bayar Fidyah? Ada terdapat banyak pendapat serta khilaf berkenaan perkara ini. Namun, kita akan memilih pendapat yang paling rajih dan kuat. Dalam perkara ini, cenderung untuk dikatakan bahawa untuk yang menyusukan anak kalau berbuka puasa, kembali kepada dua keadaan ini sahaja:Kalau berbuka puasa semata-mata kerana bimbang akan diri sendiri sahaja boleh berbuka dan qadha sahajaKalau berbuka puasa kerana kesiankan anak yang disusukan, maka boleh berbuka dan membayar fidyah seperti pendapat sebahagian ulama iaitu Ibn Abbas, Ibn Umar dan Ibn Sirin, Syeikh Abu Zuhrah dan Syeikh Muhammad Tahir Ibn Asyur. Manakala jika menurut pandangan mazhab al-Syafiq, harus berbuka tetapi wajib qadha’ dan bayar fidyah.Oleh itu, awak perlu melihat kembali kepada niat asal awak berbuka – kerana apa? Risau Susu Badan Tak Cukup Masa Puasa / Risau Badan Takde Tenaga Puasa Menyusu Anak? Set Puasa Shaklee membantu untukMemberi tenagaMengurangkan rasa hausMembantu kualiti susu badanSebagai milkboosterMengelakkan masalah dehidrasiExtra rasa kenyang Baca selanjutnya >> Testimoni Ibu Menyusu yang menggunakan Set Puasa Shaklee Artikel ini ialah daripada rujukan dari Irsyad Al-Fatwa, bacaan penuh di sini Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Penyusuan Ibu 4 Makanan Wajib Elak | Susu Sikit Posted on 05/10/201830/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 07:31 am Elakkan 4 jenis makanan ini, buat semua ibu yang menyusukan anak khas yang mengalami masalah susu sikit. Bagi ibu yang sedang berhadapan masalah kekurangan susu, elak 4 makanan ini dan boleh di ambil seperti biasa sekiranya anak sesuai dengan makanan-makanan ini. … Read More
Breastfeeding Review Milkbooster ESP : Tidur Cukup Lepas Menyusu Posted on 03/10/201827/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:04 am Pengalaman seorang ibu kepada Adam Aman, yang share testimoni beliau selepas menggunakan ESP, bagaimana anaknya sangat nyenyak ketiduran selepas menggunakan ESP Shaklee sebagai milkbooster harian. Testimoni ESP Shaklee Anak Puas Menyusu “Saya mula consumed ESP masa dalam pantang anak nombor dua…. Read More
Blog Set Menyusu Shaklee: Susu Berkualiti Anak Kenyang Posted on 16/10/202027/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 10:11 am Set Menyusu Shaklee boleh membantu untuk kita dapat penghasilan susu yang bukan sahaja banyak dari segi kuantiti tetapi yang paling penting adalah kualiti. Selain itu, ia juga untuk kebaikan kesihatan si Ibu yang menyusukan anak. Untuk Set Menyusu cadangan dari Shaklee,… Read More