HUKUM IBU MENYUSU TIDAK BERPUASA BULAN RAMADHAN

Boleh Ke Ibu Menyusu Berbuka Puasa Masa Bulan Ramadhan?

Last updated on April 22nd, 2022 at 07:35 am

Antara cabaran ketika menyusukan anak di bulan puasa adalah cepat berasa letih, lapar dan dahaga daripada orang biasa. Perkara ini adalah normal. Selain daripada itu, naluri seorang Ibu yang risau akan keadaan anak sama ada susu badan cukup atau tidak. Malah, tidak kurang juga yang turut sama risau keadaan diri jika pengsan dan terlalu letih yang akhirnya akan memberi kesan kepada susu badan.

Jadi, dalam artikel ini awak akan mengetahui tentang hukum ibu menyusu yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan serta perlu atau tidak untuk menggantikan puasa (qada’) dan membayar fidyah?

Hukum Ibu Menyusu Tidak Berpuasa

Ibu yang menyusukan anak di beri kelonggaran untuk berbuka atau tidak berpuasa. Dalil umum dalam isu ini ialah daripada hadis Anas bin Malik RA:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ شَطْرَ الصَّلَاةِ، وَعَنِ الْمُسَافِرِ وَالْحَامِلِ وَالْمُرْضِعِ الصَّوْمَ، أَوِ الصِّيَامَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah meringankan daripada orang yang musafir dengan separuh solat dan meringankan daripada puasa bagi perempuan hamil dan menyusukan anaknya.”

Riwayat al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn Majah

Perlu Qada' Puasa dan Bayar Fidyah?

Ada terdapat banyak pendapat serta khilaf berkenaan perkara ini. Namun, kita akan memilih pendapat yang paling rajih dan kuat. 

Dalam perkara ini, cenderung untuk dikatakan bahawa untuk yang menyusukan anak kalau berbuka puasa, kembali kepada dua keadaan ini sahaja:

  • Kalau berbuka puasa semata-mata kerana bimbang akan diri sendiri sahaja boleh berbuka dan qadha sahaja
  • Kalau berbuka puasa kerana kesiankan anak yang disusukan, maka boleh berbuka dan membayar fidyah seperti pendapat sebahagian ulama iaitu Ibn Abbas, Ibn Umar dan Ibn Sirin, Syeikh Abu Zuhrah dan Syeikh Muhammad Tahir Ibn Asyur. Manakala jika menurut pandangan mazhab al-Syafiq, harus berbuka tetapi wajib qadha’ dan bayar fidyah.

Oleh itu, awak perlu melihat kembali kepada niat asal awak berbuka – kerana apa? 

Risau Susu Badan Tak Cukup Masa Puasa / Risau Badan Takde Tenaga Puasa Menyusu Anak?

Set Puasa Shaklee Ibu Menyusu

Set Puasa Shaklee membantu untuk

  • Memberi tenaga
  • Mengurangkan rasa haus
  • Membantu kualiti susu badan
  • Sebagai milkbooster
  • Mengelakkan masalah dehidrasi
  • Extra rasa kenyang

Artikel ini ialah daripada rujukan dari Irsyad Al-Fatwa, bacaan penuh di sini

(Visited 506 times, 1 visits today)

2 Comments

Leave a Reply