Kenapa Cramp masa Mengandung

Kenapa Cramp Masa Mengandung?

Last updated on June 6th, 2024 at 06:03 pm

Cramp atau kejang semasa mengandung bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan malah ia menakutkan. Kekejangan boleh menyebabkan seorang Ibu mengandung terguling-guling dan menjerit kesakitan. Berita baiknya, kejang atau cramp ketika hamil ini ialah perkara biasa yang mudah terjadi semasa proses kehamilan. Apa yang penting ialah kita kena tahu bila waktu yang paling tepat untuk minta bantuan.
Kenapa Cramp Berlaku Waktu Hamil?
Kekejangan berpunca daripada otot rahim (uterus) yang mengembang, menurut keterangan daripada Amanda Selk, ob-gyn daripada Women’s College Hospital di Toronto, Kanada. Sewaktu trimester pertama, cramp datang daripada ovum wanita yang sedang dalam proses untuk melekat di dinding rahim, dan juga kerana rahim kita semakin mengembang dari hari ke hari bermula trimester pertama. Walaubagaimanapun sekiranya kekejangan itu diiringi dengan pendarahan, ia boleh jadi sebagai salah satu tanda keguguran. Apabila usia kandungan semakin meningkat, cramp juga boleh jadi salah satu tanda kelahiran pra-matang, atau apabila kandungan mencecah 37 minggu ke atas, maksudnya saat melahirkan hampir tiba!
1. Braxton Hicks Contraction
Braxton Hicks Contraction boleh berlaku seawal trimester kedua. Dengan Braxton Hicks, otot rahim akan mengetat selama kira-kira 30 hingga 60 saat. Ia berulang dalam intensiti yang tidak sekata, tak kerap dan tidak boleh di jangka. Kita akan berasa sangat tidak selesa.
2. Sakit Ligamen
Ibu hamil kebiasaannya akan rasa sakit yang mencucuk di bahagian abdomen dan pangkal peha, selalunya hanya di satu bahagian sahaja. Ini bukan cramp atau kejang tetapi merupakan hasil regangan yang berlaku di bahagian ligamen sekitar perut. Sangat tidak selesa dan berakhir selepas beberapa saat. Ia tidak berbahaya.
3. Kejang Selepas Hubungan Suami Isteri
Segelintir Ibu, mengalami kekejangan selepas melakukan hubungan suami isteri. Walaupun ia tidak berbahaya, namun kebanyakan dari kita selalu tertanya-tanya sama ada perlu berhenti daripada melakukan seks kerana kekejangan itu atau tidak? Jawapannya ialah, tidak. Amanda Selk, ob-gyn menyatakan bahawa kekejangan selepas seks ini tidak bertahan lama. Namun begitu, jika seks tersebut menyebabkan kesakitan melampau atau pendarahan, segera berhenti daripada meneruskannya dan berjumpa segera dengan doktor dan bidan.
Apa Perlu Buat Jika Cramp Semasa Mengandung?
Bahagian terpenting ialah, buat diri kita selesa. Banyakkan berehat. Kurang air juga boleh menyebabkan cramp bertambah teruk! Oleh itu, minum banyak air kosong. Pastikan pundi kencing kita sentiasa kosong kerana pundi kencing yang penuh, suka tahan kencing akan menyebabkan kekejangan bertambah teruk hari demi hari. Mandian suam juga membantu untuk mengurangkan simptom kekejangan dan dapatkan tali pinggang sokongan yang sesuai bagi Ibu hamil ketika trimester ketiga. Pastikan pengambilan kalsium mencukupi bermula dari trimester pertama hingga ketiga kerana kalsium membantu otot untuk rileks dan mengurangkan risiko kekejangan.
Bila Saya Patut Berjumpa Doktor atau Bidan?
Apabila cramp diikuti dengan pendarahan, tumpah air atau kadar kekerapan cramp itu semakin kuat dari saat ke minit dan seterusnya, malah tidak berkurang walaupun anda sudah duduk, baring dan berehat. Dapatkan segera nasihat doktor dan bidan berdekatan.
(Visited 404 times, 1 visits today)

1 Comment

  1. norhidana

    orang yang peknen memang kene makan suppliment, untuk mengelakkan beberapa perkara seperti di atas berlaku

Leave a Reply