Kisah Benar : Akibat Suka Makan Pedas dan Lambat Makan (Hampir Kanser!) Posted on 27/08/2018 Makan Pedas Satu Kelebihan? Majoriti rakyat Malaysia suka makan pedas. Tak pedas tak sah. Lagi pedas lagi kaw. Siapa tak makan pedas umpama salah di sisi masyarakat. Seolah satu kelemahan. Makan pedas memang sedap tapi akibat dia, kita sendiri tak sangka. Lambat / Skip Waktu Makan Normal? Gambar Sekadar Hiasan Bangun pagi, kelam kabut nak pergi kerja sampai makan pun tak sempat. Masuk waktu lunch, busy. Akhirnya waktu makan kita skip atau kita lambat-lambatkan. Bila dah skip atau lambat mulalah sakit perut. Mula-mula macam biasa. Tapi kalau dah sampai bertahun, parah akibat dia! 10 Tahun Suka Makan Pedas Sakit Perut Sharing dari Twitter dalam bentuk thread. Kisah benar, Sister kita– Jia namanya, suka makan pedas dan skip / lambatkan waktu makan! Jia share akibat selepas habit atau tabiat dia yang suka sangat makan pedas. Lagi pedas lagi kaw! Dan habit Jia satu lagi adalah suka lambatkan waktu makan. Akibatnya.. Sangat menakutkan. Seksa. Ikuti Kisah Benar, Jia telah disahkan 1st stage Barret’s Esophagus yang jika terlambat dalam rawat dan kawal boleh membawa kepada kanser. “Jia, suka makan pedas dan lambatkan waktu makan. Sejak dari zaman U dan terbawa sampai sekarang. Kalau makan pedas tu, lagi pedas lagi kaw! Lagi Jia suka. And bila lambat makan, sekali makan dia punya melahap, kau pepaham je la! Nak pedas lagi dan lagi. Macam tiada hari esok?! Awalnya tu, Jia rasa sakit perut. Mulanya ingat macam biasa je la. Jia amek Gaviscon dan yag lainnya. Dalam handbag memang siap sedia je la. Bila kena ‘attack’ Jia amek yang sachets tu. So, macam tu je la. Jia rasa ok je. Kena ‘attack’ amek la Gaviscon semua tu. Sampailah satu hari tu, SELEPAS 10 TAHUN, satu hari, Jia rasa sakit perut, susah nak nafas, tengkuk stiff, macam kejang, tidur pun terkejut-kejut, and dalam perut rasa benda bergerak-gerak. Jumpa doc, doc nak buat Endoscopy. Endoscopy ni ada dua cara, ada yang ‘tidurkan’ patient dulu, and satu lagi tak ‘tidurkan’. Macam Jia, kena yang ‘tidurkan’ masa endoscopy tu. Result endo Jia, doc jumpa hati yang berlemak dan kolestrol. Siapa cakap orang kurus macam Jia takde masalah kolestrol? And, Doc kata, esophagus merah gile sebab long term asid reflux. Dan LES Jia dah longgar, dan ada Hiatal Hernia dan polyps (kalau dibiarkan boleh jadi kanser!). Jadi doc diagnosed Jia ada 1st stage Barret’s Esophagus (BE). Doc kata boleh bawa pada kanser. Jia sangat cuak dan takut, bila doc cakap boleh lead to cancer. Tapi nasib baik jumpa awal. Kalau nak taw, orang yang ada BE ni, senang nak dapat kanser tapi rare cases la. Dalam ramai-ramai tu 1% je but still kena berhati-hati. Bila dah masuk group GERD dengan BE, baru taw rupanya siapa ada dua ni ada penyakit anxietty. Yela, bayangkan bila tidur tu rasa sesak nafas macam nak mati! Bila dah kena BE tu memang ada follow up check up. Lagi 6 bulan nak endoscopy lagi. So memang dah kena start jaga makan. Kalau gi kenduri kendara tu, control je la makan. Yela takkan nak tuan rumah buat salmon grilled pulak kan. So kalau siapa yang cakap, “Ala gastrik je pun,” Asal dari gastrik tu la boleh melarat sampai kanser taw! So, jagalah pemakanan dari sekarang. Jangan cakap sis tak payung,” Apa itu GERD? Singkatan dari gastroesophageal reflux disease (GERD) atau refluks gastroesofageal. GERD berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul, sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut akan naik ke dalam esofagus. GERD juga dikenali sebagai refluks asid atau regurgitasi asid berpunca daripada jus pencernaan iaitu asid perut naik semula ke atas bersama-sama makanan yang dihadam. Apa itu LES? Satu lingkaran otot dikenali sebagai sfinkter esofagus bawah (LES) Apa itu Barrett’s Esophagus (BE)? Barrett’s Esofagus adalah komplikasi serius GERD yang bermaksud penyakit refluks gastroesophageal. Untuk penyakit Barrett’s Esofagus ini, tisu biasa lapisan esofagus tiub itu membawa makanan dari mulut ke perut – perubahan kepada tisu yang menyerupai lapisan usus. Apa itu Polyps / Polips? Polip adalah tisu-tisu yang secara tidak normal telah tumbuh dan boleh ditemui di mana-mana organ yang mempunyai saluran darah. Antara tempat yang biasa ditemui ialah di usus, hidung atau rahim (uterus). Kerana ia merupakan sel tidak normal yang tumbuh, maka, diakhirnya (sekiranya tidak di rawat sebaiknya) boleh membawa kepada barah atau kanser (malignant). Walaubagaimanapun, kebanyakan polip bukan kanser (benign). Tips dari Jia : Jangan makan benda pedas Makan kerap Jangan skip makan Tak boleh lambatkan makan Makan kerap dengan kuantiti sedikit Bacaan lanjut di sini. Perkongsian dari Jia Shamsuri 1. Ini Thread untuk yang SUKA MAKAN PEDAS + LAMBATKAN MEALTIME 2. “Lepas 10 tahun baru rasa azab akibat lambat makan dan suka makan pedas,” 3. “Rasa sakit dekat tengah-tengah perut. Nak sendawa, kentut macam stuck (tersekat). Bernafas pun tak boleh! Rasa terbakar dekat ulu hati,” 4. “Mula-mula ingat benda biasa. Jadi makan je la Gaviscon semua tu. Sampailah rasa kena pergi jumpa doctor. Rasa benda gerak-gerak dalam perut! Sakit kepala, tengkuk, tak boleh nafas, tekak rasa sempit je.” 5. “Pergi hospital. Dan doktor buat ENDOSCOPY (masukkan kamera dalam tu),” TipsSebelum endoscopy : Jangan makan banyak-banyak 6. “Hati berlemak, kolestrol tinggi!” 7. “Result endoscopy : Eosophagus dah merah giler sebab long term asid reflux yang jadi tu. Ada polyps, kalau biar boleh jadi cancer! Doc diagnos aku ada 1st stage of BARRETT’S ESOPHAGUS!” 8. “Dah cuak dah doc kata, can lead to cancer!” 9. “Kena start jaga dan pantang makan,” 10. “Orang GERD dan BE ada anxiety. Yela tidur malam sampai sesak nafas rasa nak mati tahu!” 11. “Jagalah pemakanan, jangan ingat gastrik boleh buat main-main!” Formula simple : Bermula dari gastrik > Ulser Perut > Kanser Nauzubillah, minta dijauhkan. Bacaan Selanjutnya : Atasi Gastrik dari Awal Fatin Syaza Stokis Vivix Shaklee Melaka 0187684817 (Touch to Order Shaklee) COD Shaklee Melaka Pos Seluruh Malaysia Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 8 Bulan Makan Vitamin C, Resdung Pulih, Gusi Darah Hilang Posted on 19/07/2019 Untuk dapatkan hasil yang berbaloi dan diingini, kita mesti konsisten lakukan segala usaha yang ada. Macam tu juga dalam hal ehwal nak jaga kesihatan. Cik Puan Nawwar Nadhirah, yang sebelum ini mengalami masalah resdung teruk dan kerap mendapat gusi berdarah berkongsi sendiri pengalaman beliau menggunakan Vitamin C Shaklee secara konsisten,… Read More
Uncategorized Testimoni Zinc Plus Shaklee dan Luka Pembedahan Posted on 07/07/2019 Daging merah, kaya dengan kandungan zink, yang sangat membantu untuk penyembuhan luka. Secara amnya, semua jenis vitamin dan nutrien yang kita amalkan, akan membantu luka sembuh, tetapi terdapat beberapa jenis vitamin yang mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka. Protein dan Vitamin C adalah antara elemen penting yang bermanfaat untuk kita sembuh,… Read More
Uncategorized Berapa Keperluan Kalsium Ikut Usia Kita? Posted on 10/10/2019 Siapa tak kenal dengan kalsium, sumber mineral paling utama untuk pastikan tulang, gigi kita kuat dan sihat. Kalau tak cukup kalsium, risiko untuk terdedah kepada masalah seperti osteoporosis sangat tinggi. Apetah lagi sekiranya badan tak cukup kalsium itu di tambah faktor lain yang memudahkan pereputan tulang berlaku dengan cepat antaranya… Read More
hmmmmm seram jugak ni sebab saya pun suka makan pedas tapi still beringat. saya akan pastikan seminggu sekali je makan pedas. risau jugak kalau jadi macamni dekat diri sendiri Reply