IDEA MENU SAHUR SIHAT SELAIN NASI

9 Menu Idea Sahur Sihat Selain Nasi

Last updated on June 13th, 2025 at 01:14 am

Idea Menu Sahur Sihat | Adakah anda ingin bersahur tetapi perlukan sebuah menu yang sihat, padat dengan nutrisi tetapi dalam masa yang cepat di buat? Dalam entri ini akan dikongsikan 30 Idea Menu Sahur Sihat untuk anda. Resepi menu ini juga sesuai untuk anda yang ingin turunkan berat badan ketika puasa.

Menu Idea Sahur Sihat: Selain Nasi

1. Roti Bakar Wholemeal bersama Peanut Butter

IDEA MENU SAHUR SIHAT SELAIN NASI

Sediakan roti dari jenis wholemeal kerana roti putih tidak memberikan anda rasa kenyang yang lama kerana indeks glisemik nya sangat tinggi. Oleh itu, pilih roti wholemeal atau wholegrain. 

Hanya perlu bakar dan sapu bersama peanut butter pilihan anda. Siap!

2. Macaroni Rebus Ayam Racik

IDEA MENU SAHUR SIHAT SELAIN NASI

Rebus macaroni bersama ayam. Kemudian tos macaroni dan racik ayam, sedia untuk di makan. Lebihkan protein dalam hidangan supaya anda rasa kenyang yang lagi lama.

3. Wholemeal Wrap Pisang

IDEA MENU SAHUR SIHAT SELAIN NASI

Kalau atas tadi roti wholemeal, yang ini pula wrap. Anda boleh pilih juga wrap jenis wholemeal. Hanya perlu panaskan sebentar atas kuali dalam masa 60 saat bagi kedua bahagian wrap.

Kemudian, sapu wrap tadi dengan peanut butter dan balutkan wrap yang dah di sapu peanut butter dengan pisang. Siap!

4. Telur Separuh Masak

IDEA MENU SAHUR SIHAT SELAIN NASI

Rebus 2 biji telur separuh masak. Makan bersama kicap, lada sulah dan lada hitam. Atau boleh juga ambil kosong begitu sahaja.

5. Salad Tuna

IDEA MENU SAHUR SIHAT SELAIN NASI

Basuh salad dengan bersih. Balutkan salad bersama tuna yang dalam tin dan sedia untuk di makan.

6. Sup Sawi Ayam

IDEA MENU SAHUR SIHAT SELAIN NASI

Tumis bawang putih dan bawang kecil. Bila wangi, masukkan air. Kemudian tunggu mendidih dan masukkan sawi. Banyakkan sawi bersama ayam untuk kenyang lebih lama.

7. Roti Bakar Bersama Telur Soft Boiled

IDEA MENU SAHUR SIHAT SELAIN NASI

Bakar roti dengan tempat bakar roti. Rebus telur sampai soft boiled sahaja. Pecahkan telur di atas roti, perasakan dengan lada sulah dan lada hitam jika nak. 

8. Overnight Oat

IDEA MENU SAHUR SIHAT SELAIN NASI

Guna rolled oat. Masukkan setengah cawan rolled oat dalam bekas mason jar, diikuti dengan susu setengah cawan juga. Tambahkan madu dan garam. Gaul sekata.

Biarkan semalaman dalam peti ais sekurang-kurangnya 4 jam sebelum di makan. 

Semasa bersahur, letak topping atas overnight oat dengan buah-buahan yang anda suka atau kismis dan kurma.

Sunnah Makan Bersahur

Sahur terbaik gaya Rasulullah SAW adalah disertai dengan buah kurma. Oleh itu, disarankan jika anda follow menu idea sahur sihat di atas, sertakan sekali bersama kurma sekurang-kurangnya ambil 1 biji untuk mendapatkan sunnah bersahur bersama kurma.

Yang penting, malas macam mana sekalipun tetaplah bersahur walau sekadar tegukan air. Sebab beza antara puasa orang islam dengan puasa yahudi nasrani ialah makan sahur.

5 Comments


Leave a Reply