Last updated on November 30th, 2021 at 06:49 am
8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda
1. Teh Hijau
Kandungan antioskidan di dalam teh hijau boleh membantu melambatkan proses penuaan. Teh hijau berfungsi untuk membuang toksin dalam badan yang terhasil dari pelbagai faktor antaranya ialah pemakanan dan persekitaran. Ia juga kaya dengan sumber catechins yang terbukti membantu untuk mengelakkan tisu badan rosak akibat radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan sel badan dan tisu yang akan menyebabkan terjadinya penuaan awal. Oleh itu pengambilan teh hijau mampu membantu untuk memberikan kulit yang lebih muda.
2. Koko
Koko merupakan senarai wajib yang perlu diletakkan di dalam minuman awet muda kita. Koko digunakan untuk menghasilkan coklat, ubatan, makanan dan juga pelbagai minuman kecantikan seperti yang terdapat di pasaran kebanyakkannya. Minuman koko kaya dengan flavonols yang terkenal dalam melancarkan aliran darah. Mengekalkan keremajaan dan kesihatan aliran darah dalam badan kita membantu mengurangkan risiko penyakit buah pinggang, diabetes jenis ii dan juga tekanan darah tinggi. Malah paling penting sekali ialah, apabila aliran darah lancar kulit akan lebih anjal dan berseri, serta kemerah-merahan secara semulajadi dan lebih awet muda!
Baca di sini >> 10 Jenis Makanan Kaya Kalsium untuk Vegetarian
3. Yogurt
Yogurt sudah lama terkenal dengan fungsinya dalam memberi kecantikan kulit. Ia kaya dengan kalsium bagi membantu memperbaiki kesihatan tulang serta mengelakkan osteoporosis. Yogurt mengandungi bakteria baik yang membantu untuk menjadikan sistem imun dan pencernaan berfungsi dengan sempurna. Di samping itu, bakteria baik ini memberikan yogurt fungsi untuk mengelakkan penyakit yang berkaitan dengan usus. Usus yang sihat, menunjukkan badan kita bebas daripada toksin. Badan yang bebas toksin akan terserlah kecantikannya di luaran. Perkara ini akan menyumbang kepada kulit wajah yang sihat, cerah dan lebih muda.
Baca di sini >> 5 Tips Pilih Protein Sihat Untuk Kulit
4. Susu Soya
Susu soya adalah minuman awet muda paling efektif terutama bagi perempuan. Ia mengandungi flavonoids dan antioksidan yang membantu menyerang keradangan. Malah jenis flavonoids yang terdapat di dalam susu soya boleh meningkatkan penghasilan kolagen di dalam tubuh badan. Hal ini akan membuat kulit lebih anjal dan gebu, serta mengelakkan berlakunya pembentukan kedutan dan garis halus. Maka, tambahkan susu soya di dalam diet harian untuk memberikan kulit yang lebih muda.
Baca di sini >> 7 Mitos Kacang Soya Ramai Ingat Betul, Sebenarnya..
5. Jus Beetroot
Beetroot atau ubi bit merah dalam Bahasa Melayu ini adalah jus harian yang sangat baik untuk melancarkan aliran darah kepada otak. Malah ia juga terkenal dalam membantu mengurangkan risiko penyakit yang berkaitan usia seperti dementia. Beetroot mengandungi nitrate, satu bahan yang wujud secara semulajadi di dalam tanah dan di serap oleh sayuran seperti beetroot ini. Kajian menunjukkan pengambilan sayuran yang kaya dengan nitrate semulajadi seperti beetroot boleh mengurangkan risiko penyakit Alzheimer’s, dementia dan juga menjadikan kulit lebih awet muda.
Baca di sini >> Susu Soya Shaklee : Soya Semulajadi, Non-GMO Soy
6. Jus Pegaga
Dalam masyarakat Melayu, pegaga bukanlah perkara yang asing. Namun, ada di antara kita belum tahu yang sebenarnya daun pegaga boleh dijadikan jus minuman harian untuk kesihatan dan kulit yang lebih cantik berseri. Rasanya yang semestinya tidak sedap seperti jus atau minuman lain yang disenaraikan di sini, tetapi khasiatnya sangat baik. Bagi yang ingin mencuba jus pegaga boleh mendapatkan dan membuatnya sendiri di rumah. Jadikan ia minuman harian bagi mengelakkan masalah penuaan awal.
7. Jus Buah
Buah merupakan sumber mineral, fiber, vitamin dan antioksidan terbaik untuk kulit. Setiap buah mempunyai kelebihan tersendiri. Kita perlu memastikan dalam sehari ada pengambilan jus buah yang segar. Buah seperti lemon, anggur, delima adalah antara jenis buah yang sangat popular bagi mengekalkan kulit yang awet muda. Buah-buahan ini kaya dengan antioksidan dan Vitamin C yang membantu melambatkan proses penuaan serta memberikan tenaga dan kesihatan yang lebih baik.
8. Air Kosong
Tidak dapat dinafikan lagi kuasa air kosong ini kepada kecantikan dan kesihatan kulit kita. Untuk kulit yang kekal muda dan tidak tercemar dengan sebarang jenis pigmentasi serta tanda penuaan lain, kita hendaklah memastikan kulit kita dalam keadaan yang lembap serta tidak terlalu kering. Hal ini kerana kulit yang kering akan menyebabkan terjadinya penampakan garis halus dan kedutan yang sangat mudah. Minum air kosong secukupnya dalam sehari mengikut keperluan masing-masing. Kulit yang lembap akan kelihatan lebih muda dan anjal.
Baca Selanjutnya :
- 10 Jenis Makanan Kaya Kalsium untuk Vegetarian
- Susu Soya Shaklee : Soya Semulajadi, Non-GMO Soy
- Produk Suplemen No #1 untuk Awet Muda
- Tips Awet Muda Menurut Islam
Tips Sihat :- 5 Tips Pilih Protein Sihat Untuk Kulit
- 7 Mitos Kacang Soya Ramai Ingat Betul, Sebenarnya..
- Netizen Ingat Mak Mertua Boyfriend Suami, Azie Korek Rahsia Awet Muda Mertua
- 5 Sebab Wajib Minum Air Cukup Setiap Hari
(Visited 571 times, 1 visits today)4 thoughts on “8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda”
Leave a Reply
Just buah dan air kosong tu setakat ni alhamdulillah kerap diamalkan.
Inilah rahsia kulit Kak PC maintain awet muda jelita đŸ¥°
kena rajin minum air kosong skrg nie..
thanks share syaza..
Betul, cuaca pun panas đŸ™‚ Sesama akak.