Bermain di AEON Mall Nilai Kidzoona Kiddytopia Best! Posted on 25/08/201925/05/2022 Last updated on May 25th, 2022 at 02:42 pm Semenjak duduk di Bangi ni Syaza suka benar melangkahkan kaki ke AEON Mall di Nilai. Maklumlah dekat Bangi belum ada AEON. Salah satu sebab Syaza suka ke AEON kat Nilai ni kerana ada Kidzoona! Atau nama lain Kidzoona dekat sini ialah Kiddytopia. Namanya lain, konsepnya juga berbeza berbanding Kidzoona AEON yang Syaza pernah bawa anak bermain. Harganya juga lain. Eh semualah lain! Hahaha Harga tiket masuk Kiddytopia Kidzoona di AEON Mall Nilai Kanak-kanak berumur bawah 2 tahun : RM 15 Kanak-kanak 2 tahun dan ke atas : RM 28 Penjaga kanak-kanak : PERCUMA Pada mulanya Syaza ingatkan mahal tapi lepas dah cuba sendiri memang puas hati dan berbaloi harganya. Kalau Kidzoona di tempat lain biasanya harga tiket cuma sekitar RM 10 macam tu. Tapi dengar cerita Kiddytopia di IOI Mall Putrajaya lebih mahal sampai RM 48? Biar betul? Syaza belum pernah ke Kiddytopia di sana. Kalau ke Molly Fantasy dia ye pernah, cuma RM 15 juga rasanya tetapi tidak berbaloi jika nak dibandingkan dengan di AEON Nilai. Tube racer, gelongsor guna “tayar” macam pelampung tu Gelongsor, orang dewasa pun boleh main release stress hahaha Sebelum masuk akan dipakaikan ini dan di scan. Jangan hilangkan sebab keluar masuk pun kena scan Ada gym ball kawasan tengah sesuai untuk baby atau toddler bawah 2 tahun Tempat permainan di sini sangat banyak dan pada pendapat Syaza sesuai bagi mereka yang berusia seawal 2 tahun ke atas. Dia bertingkat-tingkat, ada banyak gelongsor dan paling Syaza teruja siap ada Tube Racer! Bertingkek-tingkek tempatnya kena banyak skill memanjat. Boleh asah skill di sini juga ya hehehe Gelongsor pusing-pusing, And semestinya tempat ball. Dekat tepi dia ada tempat loncat-loncat Sot blocks untuk baby Ha tengoklah suka betul dia dengan gym ball hihi Terus teringat waktu ke Escape di Pulau Pinang time zaman belajar di USM hehehe. Kalau nak tahu Kiddytopia ni macam sesuai untuk kita mak bapak sekali tau hahaha. Cuma kena berjalan menunduk sedikit yela dah design asal nya untuk kanak-kanak. Mak bapaknya pun~ Satu lagi, tadi dah review banyak benda best kan, this is the downside. Tempat ini sangat kurang sesuai bagi baby atau kanak-kanak bawah 2 tahun yang belum pandai berjalan dan memanjat. Sebab, kawasan ni bertingkat-tingkat, risau kalau baby atau yang belum pandai jalan tu kena pijak je dengan kakak abang. Walaupun ada je section dekat bawah untuk kanak-kanak kategori ni, but still for me better bawa selepas mereka capable untuk berjalan. Tapi ni cuma pendapat Syaza je tau, tak salah pun kalau nak mencuba since di sini banyak tools untuk baby juga macam gym ball dan sebagainya. Just need extra caution dari parent. 😊 Ada WiFi tau Buaian di bahagian bawah, bolehlah main buai laju laju dengan anak di sini tempat duduk pun lembut je Siap ada TV! Di bahagian paling bawah sekali. Masa ni dia pasang cerita Robocar Poli Ruangan untuk kanak-kanak kecil sesuai bawah 2 tahun Ha macam dalam rumah tau tempat TV dia ada langsir bantal pun ada hehehe bolehlah tinggalkan anak sekejap di sini (dengan pantauan yer) Mau tak seronok, ada gelongsor yang rekaannya macam gelongsor dewasa terutama sekali Tube Racer tu. Hihihi. Tahap kebersihan di Kiddytopia ni juga sangat memuaskan. Dan sebelum nak masuk ke sini, mereka akan periksa dulu suhu badan anak kita. Kalau demam, tak dibenarkan masuk. Sebelum masuk kena scan dulu. So far tempat lain yang Syaza pergi rasanya ini je kot yang scan bagai. Tempat lain rilek je hahaha Kalau Molly Fantasi IOI Mall Putrajaya lagi terbaik bab ni, siap ambil gambar kita dengan anak. Untuk pastikan bila di bawa keluar, mereka akan periksa sekali lagi betul ke yang bawa keluar tu penjaga yang sah berdasarkan gambar. Terbaikkan? Syaza harap semua Kidzoona apply benda ni supaya kes kehilangan dan culik anak boleh dielakkan. Oh ya di sini juga mereka tempatkan CCTV hampir di kesemua kawasan. So kalau kita as mak bapak tertonggeng terbalik ke pekerjanya nampaklah yer, hahaha. Siap ada jambatan ~ Pandangan di sis tepi Pandangan dari sisi lain Seputih salju gitu~ Ok berbalik pada Kiddytopia ni, so kalau rasa hujung minggu tak tau nak bawa anak ke mana bolehlah bawa ke sini. Actually Syaza suka ke sini masa weekdays, jam 8.30 malam ke atas. Sebab, tak ramai orang sangat. So bolehlah anak Syaza bermain sepuas hati dia hahaha. Kiddytopia ni tutup jam 10.00 malam tapi maklumlah selalunya pukul 9.30 malam kita dah kena faham-faham la, hehehe. Basically Kidzoona jenis Kiddytopia di AEON Mall Nilai ni adalah Kidzoona indoor playground yang paling terbaik berbanding yang lain Syaza pernah pergi. Syaza harap servis kebersihan, keselamatan tempat permainan dan keseronokan tempat tu sendiri terjaga sampai bila-bila. Jom kita bawa anak kita bersosial dan bermain di Kiddytopian AEON Mall Nilai! Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Cyst Masa Pregnant Makin Membesar Tapi Hilang Lepas 6 Minggu Posted on 15/08/2019 Nad share cerita ni sebab kawan Nad, seorang doktor perubatan yang suggest dan cadangkan Nad untuk share. Kata dia, “Share lah Nad. Ramai Ibu mengandung ada cyst/fibroid,” Baiklah Nad akan share dan kongsi. Semoga ada manfaat untuk semua Ibu mengandung yang ada masalah macam Nad. Sebelum ni, 3 kali mengandung… Read More
Uncategorized HFMD (Punca dan Langkah Pencegahan, Ibu Bapa Wajib Tahu) Posted on 09/08/2018 Terkejut Syaza! Ingatkan dah reda HFMD ni. Semalam, tengok berita, ‘HFMD MENINGKAT 102% DI MELAKA’. Dahlah Syaza memang duduk Melaka. Sebelum ni Selangor. Syaza post di Facebook, ada yang komen dan kata rupanya Selangor pun makin meningkat. Statistik Terkini sehingga 3 Ogos Dua hari lepas, anak kepada customer Syaza pun… Read More
Uncategorized Dulu Bernanah Sampai Keluar Air Bisa Posted on 05/04/2019 TESTIMONI VIVIX SHAKLEE : BACAAN GULA MOK IMMAH TURUN DARI 14 KE 5.1 “Pagi semalam, mok Imma gi Hospital Kubang Kerian. Nak ambil result darah. Hari tu dah pergi untuk ambil darah. Biasalah hospital kerajaan ambil masa sikit nak tau result darah kan. Kena tunggu tarikh berikutnya baru dapat result…. Read More
Nak cuba pergi jugak nanti. InshaAllah. Bawak rakyat jelata yang ramai ni. Hahahaha. Kita as parents/penjaga, tak kena tiket lah ya. Ke akak salah faham ni �� Reply