Last updated on September 27th, 2024 at 05:00 am
Pengalaman Berpuasa Sambil Menyusu Kali Pertama Dengan Set Puasa Shaklee | Tak pernah terbayang di fikiran bahawa menyusukan anak ini sangat mencabar. Ingatkan mudah, hanya sekadar memberi anak susu badan. Ternyata terdapat banyak cabaran terutama untuk Syaza sebagai ibu menyusu kali pertama ketika tahun 2018.
Syaza melahirkan anak pertama pada awal tahun 2018. Jadi bila puasa menjelang, di ketika itu usia anak Syaza masih di bawah 6 bulan. Dia masih exclusive breastfeeding yang mana bergantung sepenuhnya dengan susu badan Ibu-nya.
Di waktu itu, Syaza telah pun kenal dengan Shaklee kerana telah consume Set Cantik dan Set Hamil Shaklee serta Set Menyusu.
Kemudian apabila melihat kemeriahan dalam group WhatsApp yang menyatakan tentang betapa mencabarnya puasa dengan menyusukan anak, Syaza mula terfikir untuk cuba Set Puasa Shaklee.
Cabaran Menyusu Sambil Puasa
Disebabkan ini adalah kali pertama Syaza berpuasa sambil menyusukan anak jadi Syaza banyak melihat pengalaman Ibu-ibu lain.
Antara cabaran yang mereka sering hadapi ketika puasa bulan Ramadhan sambil menyusu ialah:
- Cepat rasa haus
- Lapar sehingga terketar-ketar
- Lesu yang terlalu sangat
- Gastrik lebih teruk dari biasa
- Anak tidak puas susu
- Susu pam tidak seperti yang selalu masa tak puasa
- Susah nak buat kerja rumah
- Anak semakin kuat mengempeng
Mengikut pengalaman mereka yang lebih berpengalaman dengan Syaza, ramadhan dengan Set Puasa Shaklee lebih melengkapkan dan sangat membantu mereka! Syaza very excited to try it too lepas go through perkongsian mereka dalam group WhatsApp tertutup team kami.
Tonton YouTube Video: Menyusu Sambil Berpuasa - Set Puasa Shaklee
Keringanan Buka Puasa dan Set Shaklee
Walaupun dalam Islam ada keringanan untuk kita yang menyusukan anak untuk dibolehkan berbuka puasa masa Ramadhan, tetapi itu bukanlah perlu dijadikan alasan untuk sentiasa berbuka puasa. Jadi Syaza pun cuba Set Puasa Shaklee. MasyaAllah, memang amazing! Rasa seperti hari yang tak puasa. Masih bertenaga dan cergas. Sejujurnya jika tak menyusukan anak pun, Syaza memang jenis yang kena bersahur kalau tak, pedih perut.
Jadi bila menyusu anak dengan puasa, kena dua kali ganda pentingkan sahur. Waktu ini Syaza mencuba Set Puasa Shaklee yang terdiri daripada ESP, Meal Shakes dan juga Performance Drink.
Bila dah semakin bijak, Syaza gantikan Meal Shakes dengan Cinch Shake sebab Cinch ada perisa coklat dan boleh untuk turun berat badan! Alang-alang, kita fokus sekali kurus, hehehe
Kalau ambil set yang dengan Meal Shakes dia lebih kepada boleh bantu anda dari segi tenaga dan kenyang.
Tapi set yang sekali dengan Cinch tu boleh bagi anda turunkan sekali berat badan dengan tingkatkan metabolisme badan. Bab kenyang berpanjang, itu memang tugas utama Cinch Shake. Syaza ada buat entri khas kalau anda nak tahu mengenai Cinch Shake Shaklee untuk Ibu Menyusu.
Bermula tahun kedua masa menyusu anak pertama, Syaza hanya ambil Set Puasa Shaklee yang ada ESP, Cinch Shake Coklat dan Performance Drink. Sedap bersahur dengan trio ini.
Baca lebih details: Boleh Ke Ibu Menyusu Berbuka Puasa Masa Bulan Ramadhan?
Akibat Tinggal Sahur dengan Set Puasa Shaklee
Masa di akhir bulan puasa, nak dekat raya, suami Syaza di uji dengan demam denggi. Kami terpaksa duduk di rumah mertua sampai raya. Dan yang paling menyedihkan waktu tu Syaza tak prepare untuk stand by Set Puasa Shaklee. Akibatnya, Syaza banyak tinggal puasa. Ada la dalam 3-4 hari macam tu. Sebab, Syaza tidak bersahur masa Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee.
Memang dapat rasai perbezaannya sendiri. Cabaran yang Syaza senaraikan di atas, Syaza hadapinya. Sehingga Syaza rasa tak berdaya sampai akhirnya berbuka puasa walau dah setengah hari berpuasa.
Baca details > Fungsi, Manfaat Setiap Satu Produk Dalam Set Puasa Shaklee Ibu Menyusu
Set Puasa Shaklee Best
Jika anda sedang menyusukan anak, dan akan berpuasa di bulan Ramadhan, Syaza sangat galakkan anda ambil Set Puasa Shaklee yang khas untuk Ibu menyusu ini. InshaAllah ia sangat membantu anda untuk lebih bertenaga dan paling penting anak anda puas menyusu, tak banyak meragam kerana lapar.
Sekarang pun Syaza masih continue Set Puasa Shaklee dengan anak nombor dua. Dah kali kedua berpuasa masa breastfeed anak nombor dua ni bersama Set Puasa Shaklee!
Baca lagi: Koleksi pengalaman lain berpuasa bersama ESP Shaklee
[…] ibu-ibu yang menyusu badan, jika anda berminat nak cuba set puasa ni, jemputlah baca artikel yang di kongsi oleh Puan Syaza. Sangat menarik […]