Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Kedua Posted on 27/09/2018 Ok, selalunya bila dah masuk fasa kedua iaitu trimester kedua ni, para ibu dah kurang atau hampir hilang loya dan alahan. Syaza sendiri, waktu ni masih ada alahan namun dah berkurangan sikit, tak seteruk waktu pertama dulu. Baca sebelumnya >> Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Pertama Apa pun, lain badan lain ragamnya. Yang penting para ibu pasti sentiasa nak beri yang terbaik pada anak dalam kandungan especially bab penjagaan makanan dan pengambilan vitamin, betul? 😍 “Adik baby dah besar! Dah masuk trimester kedua, mari ibu teropong, adik baby buat apa tu?” Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Kedua Trimester kedua merujuk kepada bulan yang ke-4 sehingga bulan ke-6. Wah biasanya fasa ni mulalah berat badan nak naik la, terpaksa minum air gula la hihi. Yang pasti semua itu pengalaman yang indah belaka. ^^ Bulan Keempat Ini adalah peringkat pertumbuhan yang pesat. Sistem otot dan tulang rangka akan terus berkembang. Tips : Protein diperlukan untuk membekalkan kalori tambahan yang anda perlukan Isi padu darah bertambah 2 kali ganda sekarang, zat besi (iron) sangat diperlukan Baca selanjutnya >> Set Hamil Terbaik Pilihan Hati Mommy Sepanjang Zaman Bulan Kelima Tulang rawan perlahan-lahan membentuk tulang. Tips : Kalsium untuk menyokong perkembangan tulang Vitamin C diperlukan untuk penyerapan zat besi yang efektif, tingkatkan sistem pertahanan badan dan imunisasi serta tingkatkan tisu penghubung Bulan Keenam Otak dan peparu bayi berkembang dengan pesat. Berat bayi akan terus bertambah hingga waktu lahir. Tips : Omega-3 bagi sokong perkembangan otak bayi Protein untuk perkembangan dan pertumbuhan Baca selanjutnya >> Set Hamil Terbaik Pilihan Hati Mommy Sepanjang Zaman Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Wajib Tahu : Beza Murung dan Stress Posted on 23/07/2018 Hai. Hari ini Syaza nak share tentang beza di antara murung dan stress. Kita biasa dengar perkataan depresi, depression, murung, tertekan, tekanan dan stress. Depresi adalah terjemahan Bahasa Malaysia dari depression. Murung adalah terma yang digunakan selain depresi. Manakala tertekan, tekanan dua ini seangkatan dan terjemahan ke Bahasa Inggeris– Stress…. Read More
Uncategorized 7 Punca Berak Berdarah – Awas dengan Nombor 7! Posted on 28/10/2017 Punca Berak Berdarah Ramai malu menyatakan masalah ni. Berak berdarah. Malah ada yang ambil jalan mudah mendiamkan diri tak berjumpa dengan doktor sehingga mengakibatkan masalah yang lebih besar. Kita semua tahu bahawa berak berdarah sangat sinonim dengan buasir. Permulaan buasir bermula dengan pendarahan najis. Walaubagaimanapun, hakikatnya buasir hanyalah salah satu… Read More
Uncategorized Penyusuan Ibu Kali Pertama & Cara Banyakkan Susu Badan Dalam Pantang Posted on 28/08/2018 Waktu dalam pantang sangat kritikal, ramai ingat mereka tiada susu. Terutama para ibu yang kali pertama nak belajar menyusu bayi mereka. Syaza pernah jumpa ramai yang mengatakan susu tiada waktu dalam pantang. Dah macam-macam cuba, tapi pada perasaan mereka, susu terus tiada. Akhirnya, ramai putus asa dalam beri penyusuan kepada… Read More