HFMD (Punca dan Langkah Pencegahan, Ibu Bapa Wajib Tahu) Posted on 09/08/2018 Terkejut Syaza! Ingatkan dah reda HFMD ni. Semalam, tengok berita, ‘HFMD MENINGKAT 102% DI MELAKA’. Dahlah Syaza memang duduk Melaka. Sebelum ni Selangor. Syaza post di Facebook, ada yang komen dan kata rupanya Selangor pun makin meningkat. Statistik Terkini sehingga 3 Ogos Dua hari lepas, anak kepada customer Syaza pun kena HFMD. Kena kuarantinlah jawabnya. Mungkin ramai tertanya-tanya, kenapa HFMD ni sangat kita risaukan. Terutama ibu bapa yang ada anak kecil. Tapi, jangan silap! HFMD juga boleh menyerang orang dewasa. APA ITU HFMD? HFMD adalah singkatan bagi Hand, Foot and Mouth Disease. Dari namanya sendiri kita boleh tahu yang HFMD ialah penyakit kaki, tangan dan mulut yang disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus) yang biasanya menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Sikap yang tidak menjaga kebersihan diri serta persekitaran dengan baik bakal menyebabkan jangkitan ini. Malah, berada dalam kesesakan orang ramai juga antara punca mudah mendapat jangkitan ini. CARA JANGKITAN Berada di persekitaran sesak Tidak menjaga kebersihan diri dan sekitar Jangkitan melalui air liur, najis dan lelehan hidung orang yang dah terkena HFMD TANDA-TANDA Awasi anak-anak kita jika ada tanda-tanda ini : Demam Hilang selera makan Ruam di tangan, kaki dan mulut serta kawasan lampin Ulser di mulut 7 LANGKAH PENCEGAHAN Langkah pencegahan ini perlu diamalkan oleh semua ibu dan bapa. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, selepas menukarkan lampin anak, selepas uruskan najis anak dan selepas ke tandas Tutup mulut dengan hidung apabila batuk atau bersin Elakkan berada di tempat yang sesak dengan pengunjung Pakai mask sekiranya berkunjung di tempat yang sesak Jangan berkongsi barang peribadi seperti tuala, cawan, garpu, sudu dan sebagainya Bersihkan diri dan tukar pakaian sebelum bermesra dengan anak Cuci alat mainan, permukaan meja dan tempat yang ada air liur anak (cuci dengan menggunakan Basic H) Jika ada rakan-rakan atau ahli keluarga anda yang ada jangkitan HFMD, boleh hubungi Syaza untuk dapatkan maklumat lanjut seperti no yang tertera dibawah:- 018-7684817 (Klik sini untuk Wassap) Page FB : Pengedar Shaklee Melaka – 0187684817 Instagram : @vitaminsyaza Your Certified Shaklee Product Consultant COD Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Promosi Shaklee April 2019 Posted on 12/04/2019 4 Promosi Shaklee April 2019 [PROMOSI 1] FREE YOUTH Travel Set & Travel Case, dengan setiap pembelian YOUTH Fullset. Harga Normal YOUTH Fullset : RM 1,675.00 Harga selepas diskaun : RM 1,340 Apa anda akan dapat lagi dengan pembelian YOUTH Fullset? FREE YOUTH Travel Set & Travel Case [Worth RM… Read More
Uncategorized Hilang Berat Badan 35 Kg Perlukan Lebih Dari Motivasi Posted on 15/10/2018 Pernah atau tak, setiap kali nak turunkan berat badan kita akan rasa susah? Susah ni ada banyak jenis taw. Antaranya ialah Susah nak motivate diri untuk kurus (paling susah, setuju tak?) Susah nak turun berat which we don’t even know why, sedangkan dah buat banyak cara nak turunkan berat Susah… Read More
Uncategorized Bahaya Air Suam Pada Bayi Posted on 28/08/2018 Tersedak sekejap. Bukan tak biasa orang selalu cadangkan bagi air suam pada anak sendiri. Alasannya, bilas sebab baru lepas minum susu ibu. Fuh! Agaknya anak kita ni macam orang dewasa dah ya. Walhal sistem pencernaan anak kita tak sama dengan kita yang dah tua bangka. Susu ibu adalah yang terbaik…. Read More
ibu bapa perlu lebih peka tentang HFMD terutama bila anak yang dihantar ke pengasuh atau taman asuhan supaya terhindar dari penyakit berbahaya ni kan salam kenal dari umifuzy.com. terima kasih sebab mengunjungi blog umifuzy tempohhari. Log in to Reply