Punca GDM Semasa Hamil - Vitamin Syaza

Punca GDM Semasa Hamil

Punca GDM Semasa Hamil | 16.5% ibu mengandung, ada kencing manis yang berlaku hanya ketika hamil (GDM). Peratusan ini di jangka meningkat oleh kerana keadaan hari ini yang memperlihatkan trend peningkatan obesiti dalam kalangan wanita.

 

Para penyelidik belum menemui apakah punca yang menyebabkan ada ibu mengandung boleh mendapat gestational diabetes mellitus (GDM) ini. Tetapi, terdapat faktor yang menyebabkan anda berisiko mendapat GDM masa hamil ini.

1. Berat Badan Berlebihan atau Obesiti

Lagi banyak berat badan berlebihan, lagi mudah otot dan sel badan untuk tidak bekerjasama dengan insulin. Untuk badan guna makanan yang anda makan dan tukarkannya kepada tenaga, insulin akan dirembeskan oleh pankreas. Insulin turut bekerja bagi mengawal paras gula dalam darah anda agar tidak meningkat dengan mendadak. Sekiranya insulin tidak boleh digunakan oleh badan dengan baik, maka badan anda telah berhadapan dengan masalah rintangan insulin (insulin resistance).

 

Tetapi, bagi ibu yang sudah sedia obesiti atau ada berat badan berlebihan dari sebelum mengandung, berkemungkinan anda telah pun ada masalah rintangan insulin ini tanpa disedari.

 

Di tambah dengan punca lain, maka anda termasuk dalam kalangan yang sangat berisiko tinggi mendapat GDM semasa hamil. Oleh sebab itu, disarankan untuk mendapat berat badan yang ideal sebelum rancang hamil bagi elak risiko GDM.

2. Sejarah Keluarga Kencing Manis

Soalan yang biasa di tanya sejurus anda buka buku ‘pink’ atau merah – adakah keluarga anda memiliki sejarah kencing manis? Jika ya, maka sekali lagi ia adalah punca utama kepada GDM untuk anda. Genetik memainkan peranan penting. Selain genetik, apabila keluarga terdekat anda ada kencing manis – ia menunjukkan bahawa anda berpotensi untuk mewarisi pola pemakanan dan gaya hidup mereka dalam kehidupan harian anda. 

3. Penghasilan Hormon Semasa Hamil

Kehamilan mendedahkan diri ibu kepada pelbagai perubahan termasuklah penghasilan hormon yang special. Hormon seperti estrogen, human placental lactogen dan kortisol merupakan hormon yang boleh mengakibatkan insulin tidak dapat digunakan dengan baik oleh badan anda. 

 

Semakin kandungan anda membesar, semakin tinggi penghasilan hormon-hormon ini. Selain itu, badan seorang ibu yang telah melalui pelbagai jenis perubahan semasa mengandung turut menjadi punca kepada rintangan insulin sehingga ia tak dapat di serap dengan baik oleh badan.

4. Badan Tak Berupaya Untuk Penghasilan Insulin

Kebanyakan ibu mengandung boleh hasilkan insulin sendiri dan digunakan dengan baik. Tetapi ada beberapa yang tidak boleh untuk bekerjasama dengan insulin menyebabkan punca kepada GDM semasa hamil. Penghasilan insulin oleh pankreas sangat penting bagi mengelakkan paras gula dalam darah anda meningkat.

5. Sejarah Pesakit Diabetes

Untuk ibu yang ada diabetes dari sebelum mengandung, lebih berpotensi untuk mendapat GDM semasa hamil. Begitu juga jika anda pernah ada GDM masa kandungan sebelumnya, ia memungkinkan untuk anda turut ada GDM bagi kandungan seterusnya.

Cara Atasi GDM Semasa Hamil

Anda boleh kawal gula dalam darah anda melalui pemakanan. Pengambilan makanan seimbang amat perlu dititikberatkan sepanjang mengandung dengan GDM agar ia tidak memberi bahaya kepada anak dan diri anda.

Terdapat kesan buruk GDM bukan sahaja untuk bayi anda, malah bagi diri anda juga. Antaranya ialah bayi yang dilahirkan oleh ibu GDM berpotensi dilahirkan dalam keadaan yang besar dari saiz normal. Apabila ini berlaku, jika anda bersalin secara normal – ia akan menyebabkan trauma kepada anda sekiranya berlaku sebarang komplikasi semasa bersalin. Manakala, anda terdedah dengan risiko bersalin secara pembedahan jika bayi didapati terlalu besar.

Baca Lebih Lanjut di sini: 

Maka, penting bagi anda kawal paras gula dalam darah anda – cara terbaik ialah melalui pemakanan dan juga aktif semasa mengandung. Jika anda gagal kawal paras gula dalam darah melalui diet, anda berpotensi diberikan ubat seperti metformin atau/dan cucuk insulin bagi membantu stabilkan paras gula anda. 

 

Baca lebih lanjut: Metformin Ketika Hamil: Adakah Selamat?

Elak Gula Meningkat, Kawal Paras Gula dengan ESP

Untuk anda yang ingin kawal paras gula dalam darah semasa hamil agar GDM tidak memberi kesan dan bahaya kepada anda dan bayi – boleh cuba Set Hamil Shaklee.

Testimoni Set Hamil Shaklee Untuk Kencing Manis GDM Semasa Mengandung

Puan Azura kongsikan testimoni beliau consume Set Hamil Shaklee, “Saya ada GDM masa mengandung dan bacaan gula saya terkawal di bawah 6 mmol/l,”

Untuk anda yang ingin mengetahui lebih lanjut, boleh WhatsApp Syaza di 0187684817 – klik untuk wasap.

(Visited 38 times, 1 visits today)

7 Comments

  1. x pernah experience lagi..kalau boleh x nak la..dah tgok kesan kesan kencing manis kat my mom and all my aunties…sebab tu la jaga betul- betul kesihatan sekarang…

    • Syaza

      InshaAllah SA, Syaza doakan SA sihat selalu! 🙂 Yer betul sama la kita, family history ramai dah yang meninggal pun asbab dari gula tinggi.

Leave a Reply