Nak Nampak 10 Tahun Lebih Mudah? Guna 5 Bahan Ini. Posted on 06/08/2019 Siapa yang tak nak nampak muda selamanya, betul? Kegilaan ini membawa kita bukan saja sanggup mendapatkan rawatan seperti botox malah termasuklah rawatan yang pelik seperti facial muka dengan lintah dan sebagainya. Tapi ramai lupa sebenarnya ada banyak bahan semulajadi yang kita boleh guna untuk dapatkan kulit yang 10 tahun lebih muda dan semua bahan itu ada di depan mata kita. Tinggal nak gunakan sahaja. #1 Jus Lemon Mengurangkan Tanda Penuaan Kandungan Vitamin C dalam lemon merupakan antioksidan yang kuat. Di samping itu, lemon berfungsi untuk mengurangkan tanda penuaan awal seperti kulit merekah dan bintik penuaan dan mengekalkan kulit awet muda. Cara menggunakan jus lemon ini sangat mudah. Perah lemon dan dapatkan jus, biarkan di atas kulit wajah selama 15 minit setiap hari, kemudian basuh kulit muka dengan air sejuk. Untuk hasil yang lebih baik, gabungkan 1 sudu teh jus lemon dengan 1 setengah sudu teh susu dan 1 sudu teh putih telur. Gaulkan semua bahan ini dan letakkan di wajah selama 15 minit kemudian bilas dengan air sejuk. Selain itu, gabungan lemon dan madu juga merupakan remedi efektif bagi melambatkan proses penuaan dari luar kulit kerana madu ada fungsi untuk melembapkan kulit. Gaul bersama 1 sudu teh madu dan jus lemon, urut lembut di sekitar kawasan muka. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam. #2 Santan Melembapkan Kulit Kering Kulit kering adalah punca utama yang menyukarkan urusan nak bagi kulit nampak lagi muda. Gunakan santan bagi melembapkan kulit yang kering kerana santan mengandungi banyak jenis vitamin dan mineral. Kebolehannya ialah dalam melembapkan kulit dan menjadikan kulit lembut, anjal berseri. Kukur kelapa dan dapatkan santan daripadanya. Ratakan santan ke seluruh wajah dan biarkan selama 20 minit. Kemudian, bilas dengan air suam. Boleh dapatkan santan segar dari pasar berdekatan kita. #3 Betik Untuk Kulit Anjal Kita mesti tahu yang betik ini baik untuk kesihatan mata kerana ia mengandungi banyak kandungan Vitamin A. Bukan itu sahaja, Vitamin A serta antioksidan yang terkandung di dalam betik memberi kelebihan untuk kulit yang lebih muda dan anjal. Malah, enzim di dalam betik iaitu papain boleh menghapuskan sel kulit mati dan menggantikannya dengan kulit baru yang lagi tegang. Untuk menghasilkan masker betik; potong betik dalam beberapa keping. Gunakan betik yang dah masak dan tumbuk kepingan tadi sampai menjadi pes. Ratakan pes masker betik di atas kulit muka dan biarkan selama 15 minit kemudian bilas dengan air suam. #4 Ros Ketatkan Kulit Air bunga ros, atau air ros adalah pencuci muka yang terbaik di dalam membersihkan pori tersumbat muka kita. Ia juga mempunyai tindak balas astringen yang bermaksud membantu mengetatkan kulit muka dan menganjalkannya sekaligus mengurangkan masalah sembab di bawah mata. Gaulkan 2 sudu teh air ros dengan 3-4 titik glycerine dan setengah sudu teh jus lemon. Ratakan campuran ini menggunakan pad kapas sebelum tidur. #5 Timun dan Yogurt Pek Semulajadi Kembalikan Keremajaan Kulit Mata sembab dan lingkaran hitam bawah mata menyebabkan kita akan nampak lebih tua. Timun membantu mengurangkan masalah ini di samping ia mempunyai kelebihan dalam menyegarkan kulit wajah. Yogurt pula mempunyai asid laktik yang bertanggungjawab membuang sel kulit mati dan mengembalikan kulit yang lebih remaja. Sediakan masker dua bahan ini dengan menggaul separuh cawan yogurt bersama 2 sudu teh timun yang telah di racik halus dan sapu pada seluruh wajah. Selepas 20 minit bilas menggunakan air suam. Gunakan pek ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat dan muda. Kesimpulan Sementara aplikasi masker muka dari luaran ini mampu menolong untuk mengelakkan kita dari terkena penuaan awal, adalah perlu kita tahu bahawa bagi mengembalikan keremajaan kulit sebenar, semuanya bermula dari dalam. Ambil makanan dengan nutrisi sebenar seperti perbanyakkan buah, sayur, minyak ikan dan juga kekacang seperti almond dan walnut yang kaya dengan sumber antioksidan. Pastikan sebelum kita cuba pelbagai rawatan alternatif seperti botox di luar sana, kita usaha untuk cukupkan nutrien harian kita kerana kulit yang sihat datang dari badan yang sihat! Bagi yang sedang serius mencari produk suplemen sesuai dan selamat untuk kulit awet muda boleh baca di sini. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Set Tenaga Cadangan Shaklee dan Koleksi Testimoni Posted on 14/09/202214/09/2022 Jam di tangan menunjukkan tepat jam 5 petang. Fuh! Alhamdulillah kira bernasib baik sebab dapat balik jam 5 petang seperti yang dijanjikan waktu di awal permohonan kerja. Kawan-kawan yang lain terpaksa kerja lebih masa, overtime. Balik pukul 5 petang ni pun badan boleh flat, kepenatan.. Apa lagi kalau overtime. Bateri… Read More
Uncategorized HFMD (Punca dan Langkah Pencegahan, Ibu Bapa Wajib Tahu) Posted on 09/08/2018 Terkejut Syaza! Ingatkan dah reda HFMD ni. Semalam, tengok berita, ‘HFMD MENINGKAT 102% DI MELAKA’. Dahlah Syaza memang duduk Melaka. Sebelum ni Selangor. Syaza post di Facebook, ada yang komen dan kata rupanya Selangor pun makin meningkat. Statistik Terkini sehingga 3 Ogos Dua hari lepas, anak kepada customer Syaza pun… Read More
Uncategorized Dari Gastrik ke Kanser Perut [Jangan Ambil Remeh] Posted on 11/10/2018 Antara tanda awal kanser perut adalah gastrik kronik akibat jangkitan H. Pylori Apa itu Kanser Perut? Ramai yang ambil remeh apabila mereka sakit perut. Tambahan pula, sakit perut jenis kerap. Sangkaan biasa apabila seseorang sakit perut adalah keracunan makanan, senggugut, perut memulas, dan angin. Lebih parah lagi sekiranya seseorang mempunyai… Read More
Sama-sama 😊 Thanks for reading. Yeaps betik baik untuk masker. That’s why kat pasaran there’s some product yang berasaskan betik ☺️ Log in to Reply