Kids Family Friendly Wayang – GSC PlayPlus Review Pengalaman Posted on 18/01/202228/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Nak keluar tengok wayang berdua dengan suami je tapi rasa bersalah pula tinggalkan anak – jadi Syaza pun cubalah merajinkan jari jemari untuk mencari kids / family friendly cinema. Sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudannya. Bila mencari – eh ada! Kebetulan pula cerita Spiderman masih ada, terus usulkan pada suami untuk bawa anak bersama. Review GSC Play+ | Video Berapa Banyak Kids Family Friendly Cinema Yang Ada di Malaysia? Maklumlah, zaman pandemik.. amek gambar semua banyak dengan mask Dekat Malaysia ada 3 panggung wayang yang sediakan kids family friendly cinema ni iaitu KECIL oleh MBO Cinema, GSC Play+ (atau PlayPlus) oleh GSC dan TGV. KECIL dan GSC Play+ memang ada kawasan khas untuk wayang keluarga. Tapi TGV dia hanya bilik wayang seperti biasa sahaja. Bezanya dia buka untuk keluarga pada hari Sabtu dan Ahad jam 11.00 pagi dan waktu tu anak-anak kita bebas beraktiviti – takkan ada siapa boleh marah, hehehe Bawak anak berjalan, make sure lengkapkan antibodi anak dengan vitamin terbaik tau 🙂 Baca SelanjutnyaManfaat dan Khasiat Mealshakes ShakleeHero Kiddo Vitamin Gummy bear Pastilles Tanpa Pewarna dan Pemanis tambahan Jadi cadangan Syaza, kalau awak nak cari yang memang betul-betul kawasan wayang kids family friendly, boleh pilih GSC PlayPlus atau KECIL MBO. Pilihan Kids Family Friendly Cinema Terbaik Bergambar depan pintu masuk Play+ Untuk Syaza, lebih suka suasana dari GSC Play+ berbanding KECIL. Selain tu, outlet GSC PlayPlus ni lagi banyak area Lembah Klang. Antara outlet yang ada ialah dekat Tropicana Garden Mall, The Starling Mall, IOI City Mall Puchong. Dekat Johor Bharu pun ada juga iaitu dekat Mid Valley Southkey.Untuk entri pengalaman Syaza sendiri ke GSC Play+ ni lokasinya adalah dekat The Starling Mall. Waktu ni Zehraa dah letih sebab duk main je playground sepanjang 3 jam++ Spiderman! Pengalaman ke GSC PlayPlus / Play+ The Starling Mall Lokasi RF-501, Level 5, Starling Mall, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor The Starling Mall ni kecik je. Syaza sendiri pertama kali jejakkan kaki ke sini sebab nak ke GSC tu la. Sangat selesa. Sebelum masuk panggung wayang tu, kami solat kat surau yang disediakan di mall ni iaitu kat area G sebelah dengan Pos Laju. Cara Nak Beli Tiket Wayang GSC PlayPlus Berpusing jugalah kepala ni waktu nak beli tiket wayang ni, hahaha. Beli online, tak walk in. Sebab berpusing tu coz takut kalau tersalah beli bilik wayang yang biasa. Syaza ada search tapi tak jumpa pula any entri yang orang kongsi tentang cara-cara nak beli tiket wayang GSC Play+. Gigihkan, sampai search haa benda tu pun!Jadi Syaza memahami awak, so ni Syaza kongsi untuk awak cara nak beli paling mudah.Awak layari website GSC – gsc.com.myCari Movie > Now ShowingPilih Movie yang awak nak dan klik “Buy Now”Dekat bahagian filter, terus pilih Cinema > PlayPlusDia akan terus keluar pilihan mall dan tempat yang ada filem yang awak nak tonton dengan keluarga di GSC Play+ yang available. Waktu Syaza nak beli tu ada 2 je pilihan tempat which are The Starling Mall dengan Tropicana Garden Mall. Apa Yang Friendly-nya? Segala segi friendly! Daripada jenis tempat duduk, pengudaraan, lighting dan sound system. Seating Plan GSC Play+ Tempat Duduk / Seating Plan Setiap outlet berbeza reka bentuk wayang Play+ ni, tapi jenis tempat duduk sama je. Ada 3 jenis:Cuddle CouchTwin SeatBean BagUntuk cuddle couch tu boleh beli 1 cuddle couch dan duduk bagi 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Cuddle Couch Yang twin seat dan bean bag, seat macam biasa sorang satu. Kalau anak umur 3 sampai 12 tahun kena beli seat asing untuk dia. If not, dukunglah dia sampai habis cerita, hahahaUntuk Syaza.. kami beli twin seat untuk 2 orang je – Syaza dan suami. Memang eloklah tak beli untuk anak sebab di atak duduk pun. Duk main je!DALAM PANGGUNG WAYANG NI ADA TAMAN PERMAINAN. Twin Seat Seat yang selesa cuma cuddle couch dan twin je. Bean bag tu area depan dan for me kurang selesa. Kalau suka, bolehlah opt in untuk bean bag tu. Bean Bag Lighting, Sound System, Pengudaraan Lighting memang tak gelap gelita macam wayang biasa tu. Tapi takdelah cerah. Just nice untuk tengok wayang sambil mata memerhati anak-anak yang tengah bermain.Sound system pun ok cuma pada Syaza still not sesuai untuk baby bawah 2 tahun.Pengudaraan takde sejuk mana pun. So.. ok je kot anak tak pakai sweater. Playground Dalam Wayang Playground DALAM Cinema Inilah part paling best. Dalam wayang tu ada playground. Gelongsor sema siap sedia. Percayalah.. anak-anak awak akan seronok! Masa Syaza tengok tu, SEMUA kids kecuali yang baby masih belum jalan – main playground. Sekejap-sekejap je datang kat parent untuk buang air, minum air, makan – termasuk anak Syaza sendiri. Hahaha Boleh tonton video Syaza review untuk paparan lebih jelas Jangan risau, dalam ni anak-anak kita bebas bermain. Takde yang nak marah. Kalau ada, means dia salah pilih wayang la tu. Hehehe Kemudahan Lain Stroller Parking Area Ada tempat simpan stroller dan barang-barang lain. Bilik air, tempat tukar diapers pun ada dekat luar – as usual kawasan luar bilik wayang. Harga Tiket Boleh check dekat website GSC. Berbaloi or tak? At the first place rasa cam ok. Tapi suami syaza kata, taknak lagi dah haha For me, berbaloi.Kita as parent boleh tengok wayang dan anak boleh bermain dan tonton filem jugak (most of the time – main je). Kalau diikutkanlah, kids family friendly cinema ni lebih kepada di buat untuk parent yang nak involve kan anak dalam aktiviti keluarga.If anak below 10 years old, Syaza tak rasa mereka akan duduk setempat dan tengok je cerita sampai habis. Mereka lebih enjoy bermain dengan rakan sebaya, hahaSo yang ada anak kecik tu, sabar je la ya. Sambil tengok wayang, sambil mata memerhati anak. Oh ya, cerita yang ditayangkan semua jenis cerita yang sesuai untuk keluarga. Means tak semua ceritalah yang akan terpilih. Takdelah cerita thriller, seram ke, hehehe Dah ada vitamin untuk imuniti keluarga? Kalau belum, boleh order dengan Syaza. Klik je gambar untuk order Baca SelanjutnyaManfaat dan Khasiat Mealshakes ShakleeHero Kiddo Vitamin Gummy bear Pastilles Tanpa Pewarna dan Pemanis tambahanVitamin C Shaklee – Sebiji cuma 43 sen je :ONutriferon Granules – Aktifkan Penggera Semulajadi Badan Adakah Syaza dan suami akan repeat lagi? 10 tahun lagi ye Zehraa kita repeat hihihi Tak kot. Hahaha. Baik tengok dekat rumah bersama-sama lagi bagus. Bukan sebab GSC Play+ tak best, cuma.. kami just not into it sangatlah. Maybe 10 years later baru repeat? Hahaha Terima kasih baca sampai habis! Hopefully bermanfaat entri ni untuk awak cipta pengalaman awak sendiri bersama keluarga dan anak-anak.Kalau ada soalan berkaitan nak tanya – boleh komen dekat entri ni ya. InshaAllah syaza bantu jawab mana yang boleh di jawab. 😊 Berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi Syaza di WhatsApp 0187684817 (klik untuk WhatsApp)atau//📌Boleh terus register under Syaza di web rasmi Shaklee – register sekarang Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Testimoni YOUTH Shaklee Kulit Berjerawat dan Berparut Posted on 04/12/202020/11/2024 Last updated on November 20th, 2024 at 02:24 pm YOUTH merupakan rangkaian skincare keluaran Shaklee yang dihasilkan oleh pakar dermatologi dan oftalmologi. YOUTH bebas daripada 1,500 bahan kimia merbahaya termasuklah pewangi tiruan (synthetic fragrance), SLS dan paraben. Produk YOUTH sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif. Cuma cara… Read More
Blog Promosi Shaklee Februari 2022 Posted on 07/02/202228/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Video Promo Shaklee Februari 2022 Energizing Soy Protein (ESP) Info produk Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee – Baca Selanjutnya di sini 2 @ 5% Off Beli 2 tong ESP Shaklee 5% diskaun Free Postage 👉🏻 Normal Price: RM 322.50 👉🏻 After… Read More
Blog Rasa Tak Selesa Masa Puasa? Cuba 5 Tips Ini Posted on 04/04/202205/04/2022 Antara ketidakselesaan yang biasa berlaku ialah letih, badan dehidrasi, naik berat badan, pedih ulu hati dan masalah sembelit. Ini adalah tips untuk mengatasi masalah ini. Read More
Assalam Puan Mcm mana pilih seat secara online ye samada seat tu seat Twin atau Cuddle Cough?? Tengok dlm Web GSC ada Twin dgn Bean je Reply
Waalaikummussalam. Kena tengok tempat kita beli tu. Ada certain tempat dia ada keluar online. Ada certain kena walk in / thru call. Reply
Hi salam puan. Macam mana kita nak tahu ya simbol seat tu untuk seat apa? Sebagai contoh simbol awan tu tu seat jenis apa. Terima kasih Reply
Waalaikummussalam. ^^ Puan boleh cuba klik pada icon tu nanti dia bagi info either that is twinseat atau cuddle couch atau biasa je. hope membantu yea! Reply
kalau anak umur 3 tahun, perlu beli jugak ke seat? kalau beli twin seat je untuk parents boleh ke? Reply