Nak keluar tengok wayang berdua dengan suami je tapi rasa bersalah pula tinggalkan anak – jadi Syaza pun cubalah merajinkan jari jemari untuk mencari kids / family friendly cinema. Sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudannya. Bila mencari – eh ada! Kebetulan pula cerita Spiderman masih ada, terus usulkan pada suami untuk bawa anak bersama.
Review GSC Play+ | Video
Berapa Banyak Kids Family Friendly Cinema Yang Ada di Malaysia?
Dekat Malaysia ada 3 panggung wayang yang sediakan kids family friendly cinema ni iaitu KECIL oleh MBO Cinema, GSC Play+ (atau PlayPlus) oleh GSC dan TGV.Â
KECIL dan GSC Play+ memang ada kawasan khas untuk wayang keluarga. Tapi TGV dia hanya bilik wayang seperti biasa sahaja. Bezanya dia buka untuk keluarga pada hari Sabtu dan Ahad jam 11.00 pagi dan waktu tu anak-anak kita bebas beraktiviti – takkan ada siapa boleh marah, hehehe
Jadi cadangan Syaza, kalau awak nak cari yang memang betul-betul kawasan wayang kids family friendly, boleh pilih GSC PlayPlus atau KECIL MBO.
Pilihan Kids Family Friendly Cinema Terbaik
Untuk Syaza, lebih suka suasana dari GSC Play+ berbanding KECIL. Selain tu, outlet GSC PlayPlus ni lagi banyak area Lembah Klang. Antara outlet yang ada ialah dekat Tropicana Garden Mall, The Starling Mall, IOI City Mall Puchong. Dekat Johor Bharu pun ada juga iaitu dekat Mid Valley Southkey.
Untuk entri pengalaman Syaza sendiri ke GSC Play+ ni lokasinya adalah dekat The Starling Mall.
Pengalaman ke GSC PlayPlus / Play+ The Starling Mall
The Starling Mall ni kecik je. Syaza sendiri pertama kali jejakkan kaki ke sini sebab nak ke GSC tu la. Sangat selesa. Sebelum masuk panggung wayang tu, kami solat kat surau yang disediakan di mall ni iaitu kat area G sebelah dengan Pos Laju.
Cara Nak Beli Tiket Wayang GSC PlayPlus
Berpusing jugalah kepala ni waktu nak beli tiket wayang ni, hahaha. Beli online, tak walk in. Sebab berpusing tu coz takut kalau tersalah beli bilik wayang yang biasa.Â
Syaza ada search tapi tak jumpa pula any entri yang orang kongsi tentang cara-cara nak beli tiket wayang GSC Play+. Gigihkan, sampai search haa benda tu pun!
Jadi Syaza memahami awak, so ni Syaza kongsi untuk awak cara nak beli paling mudah.
Dekat bahagian filter, terus pilih Cinema > PlayPlus
Dia akan terus keluar pilihan mall dan tempat yang ada filem yang awak nak tonton dengan keluarga di GSC Play+ yang available. Waktu Syaza nak beli tu ada 2 je pilihan tempat which are The Starling Mall dengan Tropicana Garden Mall.
Apa Yang Friendly-nya?
Segala segi friendly! Daripada jenis tempat duduk, pengudaraan, lighting dan sound system.
Tempat Duduk / Seating Plan
Setiap outlet berbeza reka bentuk wayang Play+ ni, tapi jenis tempat duduk sama je. Ada 3 jenis:
Cuddle Couch
Twin Seat
Bean Bag
Untuk cuddle couch tu boleh beli 1 cuddle couch dan duduk bagi 2 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.Â
Yang twin seat dan bean bag, seat macam biasa sorang satu.Â
Kalau anak umur 3 sampai 12 tahun kena beli seat asing untuk dia. If not, dukunglah dia sampai habis cerita, hahaha
Untuk Syaza.. kami beli twin seat untuk 2 orang je – Syaza dan suami. Memang eloklah tak beli untuk anak sebab di atak duduk pun. Duk main je!
DALAM PANGGUNG WAYANG NI ADA TAMAN PERMAINAN.
Seat yang selesa cuma cuddle couch dan twin je. Bean bag tu area depan dan for me kurang selesa. Kalau suka, bolehlah opt in untuk bean bag tu.
Lighting, Sound System, Pengudaraan
Lighting memang tak gelap gelita macam wayang biasa tu. Tapi takdelah cerah. Just nice untuk tengok wayang sambil mata memerhati anak-anak yang tengah bermain.
Sound system pun ok cuma pada Syaza still not sesuai untuk baby bawah 2 tahun.
Pengudaraan takde sejuk mana pun. So.. ok je kot anak tak pakai sweater.
Playground Dalam Wayang
Inilah part paling best. Dalam wayang tu ada playground. Gelongsor sema siap sedia. Percayalah.. anak-anak awak akan seronok! Masa Syaza tengok tu, SEMUA kids kecuali yang baby masih belum jalan – main playground. Sekejap-sekejap je datang kat parent untuk buang air, minum air, makan – termasuk anak Syaza sendiri. Hahaha
Jangan risau, dalam ni anak-anak kita bebas bermain. Takde yang nak marah. Kalau ada, means dia salah pilih wayang la tu. Hehehe
Kemudahan Lain
Ada tempat simpan stroller dan barang-barang lain. Bilik air, tempat tukar diapers pun ada dekat luar – as usual kawasan luar bilik wayang.
Kita as parent boleh tengok wayang dan anak boleh bermain dan tonton filem jugak (most of the time – main je).Â
Kalau diikutkanlah, kids family friendly cinema ni lebih kepada di buat untuk parent yang nak involve kan anak dalam aktiviti keluarga.
If anak below 10 years old, Syaza tak rasa mereka akan duduk setempat dan tengok je cerita sampai habis. Mereka lebih enjoy bermain dengan rakan sebaya, haha
So yang ada anak kecik tu, sabar je la ya. Sambil tengok wayang, sambil mata memerhati anak.Â
Oh ya, cerita yang ditayangkan semua jenis cerita yang sesuai untuk keluarga. Means tak semua ceritalah yang akan terpilih. Takdelah cerita thriller, seram ke, hehehe
Tak kot. Hahaha. Baik tengok dekat rumah bersama-sama lagi bagus. Bukan sebab GSC Play+ tak best, cuma.. kami just not into it sangatlah. Maybe 10 years later baru repeat? Hahaha
Terima kasih baca sampai habis! Hopefully bermanfaat entri ni untuk awak cipta pengalaman awak sendiri bersama keluarga dan anak-anak.
Kalau ada soalan berkaitan nak tanya – boleh komen dekat entri ni ya. InshaAllah syaza bantu jawab mana yang boleh di jawab.
😊 Berminat nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi Syaza di WhatsApp 0187684817 (klik untuk WhatsApp)
atau//
📌Boleh terus register under Syaza di web rasmi Shaklee – register sekarang
Waalaikummussalam. ^^ Puan boleh cuba klik pada icon tu nanti dia bagi info either that is twinseat atau cuddle couch atau biasa je. hope membantu yea!
Assalam Puan
Mcm mana pilih seat secara online ye samada seat tu seat Twin atau Cuddle Cough??
Tengok dlm Web GSC ada Twin dgn Bean je
Waalaikummussalam.
Kena tengok tempat kita beli tu. Ada certain tempat dia ada keluar online. Ada certain kena walk in / thru call.
Hi salam puan. Macam mana kita nak tahu ya simbol seat tu untuk seat apa? Sebagai contoh simbol awan tu tu seat jenis apa. Terima kasih
Waalaikummussalam. ^^ Puan boleh cuba klik pada icon tu nanti dia bagi info either that is twinseat atau cuddle couch atau biasa je. hope membantu yea!
Hi sis kalau beli dua untuk parents jer boleh ker? Risau nanti anak2 tak boleh masuk
Hi. Jangan risau sebab ini memang wayang untuk kanak-kanak. Memang boleh masuk 😉
kalau anak umur 3 tahun, perlu beli jugak ke seat? kalau beli twin seat je untuk parents boleh ke?
If dia ok je kena pangku, boleh je 🙂