4 Solat Sunat Yang Rugi Besar Jika Ditinggalkan Posted on 28/08/201824/04/2022 Last updated on April 24th, 2022 at 12:42 am Solat Sunat Yang Afdhal Untuk Dilaksanakan Memang tidak wajib. Namun jika solat-solat sunat ini ditinggalkan, kita boleh rugi besar. Sebab keutamaannya luar biasa dan Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam (ﷺ) mewasiatkan agar kita berusaha sedaya upaya selalu melaksanakannya. (1) Solat Tahajud Solat tahajud merupakan solat sunat yang paling utama. Rasulullah bersabda: أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ قِيَامُ اللَّيْلِ “Solat yang paling afdhal setelah solat fardhu adalah solat malam” (Hadis Riwayat An Nasa’i) Solat sunat yang juga sering disebut solat malam (solat lail, qiyamullail) ini sentiasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam kerjakan. Bagi baginda sallallahu ‘alaihi wassalam, solat ini wajib. Sedangkan bagi umatnya, sunat muakkad iaitu sunat yang di tuntut untuk melakukannya. Tahajud juga merupakan satu-satunya solat sunat yang disebutkan dalam Al Quran berikut keutamaannya. وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا “Dan pada sebahagian malam hari bertahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (QS. Al Israa’: 79) (2) Solat Witir Seperti halnya solat tahajud, solat witir juga sentiasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam lakukan. Beliau juga mewasiatkan agar kita memelihara solat ganjil tersebut. إِنَّ اللهَ زَادَكُمْ صَلاَةً، فَحَافِظُوْا عَلَيْهَا، وَهِيَ اَلْوِتْرُ Maksudnya, “Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberi kalian tambahan solat, maka peliharalah dia, iaitu Solat Witir.” (Hadis Riwayat Ahmad) Solat witir merupakan salah satu dari tiga wasiat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam kepada Abu Hurairah untuk sentiasa dikerjakan, “jangan sampai ditinggalkan”. (3) Solat Sunat Fajar Solat sunat fajar atau solat sunat qabliyah (sebelum Subuh) hendaklah kita upayakan sekuat tenaga untuk kita amalkan. Keutamaannya yang luar biasa, sungguh membuat kita merugi jika meninggalkannya. رَكْعَتَا الْفَجْرِ خَيْرٌ مِنْ الدُّنْيَا وَمَا فِيهَا Maksudnya, “Dua rakaat solat sunat subuh lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya.”(Hadis Riwayat Muslim) Dalam praktiknya, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam sentiasa menjaga solat sunat ini bahkan melebihi solat sunat lainnya. لَمْ يَكُنْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى شَيْءٍ مِنْ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مِنْهُ تَعَاهُدًا عَلَى رَكْعَتَيْ الْفَجْر Maksudnya: Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melakukan satu solat sunat pun yang lebih beliau jaga dalam melaksanakannya melebihi dua rakaat solat sunat fajar. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (4) Solat Dhuha Jika ketiga solat tahajud dan solat witir dikerjakan di malam hari dan solat fajar dikerjakan setelah terbitnya fajar, Solat dhuha adalah “Solat sunat di pagi hari” yang keutamaannya luar biasa. Kerananya, Rasulullah mewasiatkan Abu Hurairah untuk tidak pernah meninggalkannya. أَوْصَانِى خَلِيلِى -صلى الله عليه وسلم- بِثَلاَثٍ بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَىِ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَرْقُدَ Maksudnya, “Kekasihku (Muhammad) shallallahu ‘alaihi wasallam mewasiatkan kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan (ayyamul bidh), solat Dhuha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Promosi Shaklee Februari 2022 Posted on 07/02/202228/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Video Promo Shaklee Februari 2022 Energizing Soy Protein (ESP) Info produk Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee – Baca Selanjutnya di sini 2 @ 5% Off Beli 2 tong ESP Shaklee 5% diskaun Free Postage 👉🏻 Normal Price: RM 322.50 👉🏻 After… Read More
Blog 3 Sebab Protein Soya Pilihan Terbaik Posted on 21/03/202121/03/2021 Protein ialah blok binaan asas yang sangat diperlukan tubuh badan manusia. Namun begitu, kita tidak boleh menghasilkan protein sendiri melainkan perlu ambil sumber makanan protein dan nutrisi tambahan (supplement). Sekiranya tidak cukup protein, kita boleh mendapat masalah akibat kekurangan protein antaranya ialah: Mudah rasa lapar Susah nak fokus Otot senang… Read More
Blog 7 Persediaan Menjelang Ramadhan Posted on 08/03/202228/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Ramadhan, bulan mulia dah nak dekat! Awak pula sedang mencari apakah persediaan yang perlu di buat menjelang Ramadhan. Siapa yang ubah diri menjadi lebih baik sebelum masuknya Ramadhan ialah antara orang yang beruntung kerana awak nampak ganjaran yang menanti di bulan… Read More