Last updated on June 13th, 2025 at 01:01 pm
20 Tips Tingkatkan Selera Makan Anak
Berhadapan dengan anak kita yang agak kurang selera makan, sangat meresahkan hati kita. Anak yang tak ada selera makan, akan makan dalam kuantiti yang sangat sedikit dan kadangkala agak memilih makanan. Bila jadi macam ni, kita sebagai ibu bapa akan risau, tentang nutrisi dan zat yang anak akan dapat kalau cuma makan sedikit sahaja.
Walaubagaimanapun, be happy. Ada jalan dia yang kita boleh guna untuk tingkatkan selera makan anak. Berikut adalah 20 tips yang dicadangkan dapat membantu untuk meningkatkan selera makan anak.
1. Wajib Sarapan
Sarapan adalah menu utama yang wajib dan perlu sentiasa dimasukkan dalam jadual rutin pemakanan anak. Sarapan seimbang akan meningkatkan selera makan anak selepas sesi ‘puasa’ malam hari waktu tidur. Pastikan, anak mendapat sarapan setiap kali sejurus selepas bangun dari tidur.
2. Beri Air 30 Minit Sebelum Makan
Kanak-kanak memerlukan air terlebih dahulu di pagi hari, lebih penting dari susu. Selain itu, pastikan kita beri anak minum air 30 minit sebelum makan untuk meningkatkan selera makan anak. Kalau nak tahu, ini adalah tips yang paling asas wajib kita sebagai ibu bapa cuba tau!
3. Beri Makan Setiap 2 Jam
Kanak-kanak yang selalu kata dah kenyang dengan makanan yang kita beri, kita perlu cuba beri mereka makanan setiap 2 jam sekali. Cara makan 3 kali sehari bagi mereka tak membantu untuk menambahbaik sistem penghadaman mereka untuk membuatkan mereka cepat lapar. 2 jam sekali akan membantu!
4. Jadikan Waktu Snek Sebagai Waktu Makan
Snek perlu di isi dengan makanan penuh khasiat jika kita nak lihat selera makan anak bertambah. Gantikan snek seperti biskut kepada sandwich yang penuh khasiat dan lengkap nutrisi. Gantikan kepingan chip dengan bijirin penuh. Dan lihat perubahan kepada selera makan anak kita!
5. Kacang Bukan Sebarang Kacang
Kacang digelarkan sebagai pembantu untuk meningkatkan selera makan dan menambahbaik kandungan protein dalam badan. Tambah baik selera makan anak dengan memberikan mereka salutan mentega kacang pada roti atau goreng kacang untuk dijadikan snek waktu makan! Malah lebih baik sekiranya kita menggunakan kekacang yang tinggi kandungan lemak baik seperti walnut dan almond.
6. Susu Untuk Minum, Bukan Makan
Kebanyakan kanak-kanak rasa dah kenyang sebab mereka dapat banyak susu. Apabila kanak-kanak mendapat susu sebagai makanan di waktu makan, ini akan membunuh selera makan mereka. Perkenalkan sumber tenusu dalam bentuk lain seperti keju, yogurt.
7. Tawarkan Makanan Kegemaran
Kadangkala kanak-kanak malas nak makan sebab tak dapat makanan kegemaran. Cuba berikan makanan kegemaran mereka dalam bentuk sihat. Lama kelamaan mereka akan terpujuk untuk makan dengan hidangan yang lebih menyelerakan.
8. Makan Dengan Kuantiti Kecil
Beri makan dengan kuantiti kecil untuk mereka rangsang deria rasa mereka perlahan-lahan. Selepas itu beri mereka peluang untuk pilih sama ada nak terus makan dengan kuantiti kecil dalam masa lama atau lebih besar untuk habis makan cepat.
9. Wajib Ada Yogurt