12 Manfaat Susu Ibu Kepada Anak dan Ibu Posted on 03/10/2018 Cadangan daripada American of Pediatrics, mengatakan, penyusuan ibu adalah cara terbaik di dalam mengurangkan risiko anak kita dari mendapat berat badan berlebihan atau obesiti. Analisis dari 17 kajian yang diterbitkan di dalam American Journal of Epidemiology menambahkan lagi bukti bahawa risiko untuk gemuk dan obes ketika di alam dewasa lebih rendah bagi bayi yang mendapat susu ibu waktu kecil. Manfaat ini paling banyak didapatkan dari bayi yang di beri penyusuan secara eksklusif. Manfaat Susu Ibu Kepada Anak Memberi semua nutrien penting yang diperlukan anak Melindungi anak dari masalah alergi, mudah jatuh sakit dan obesiti Melindungi anak dari diabetes dan kanser Melindungi anak dari jangkitan kuman Senang di hadam Mengelakkan masalah sembelit, cirit birit dan perut kembung tak selesa Berat badan anak dalam lingkungan sihat dan stabil Kajian menunjukkan, ujian IQ untuk anak yang mendapat penyusuan ibu lebih tinggi dari yang selainnya Pelbagai kajian di seluruh dunia membuktikan, penyakit berkaitan jangkitan kuman di perut, telinga, masalah pernafasan dan meningitis jarang berlaku kepada bayi dan kanak-kanak yang mendapatkan penyusuan ibu secara eksklusif. Penyusuan eksklusif membawa maksud tidak ada sebarang campuran makanan pejal, susu formula atau air sepanjang 6 bulan pertama! Di samping itu, penyusuan susu ibu, bukan sahaja memberi kebaikan kepada anak, dan bayi kita, malah, ibu yang menyusukan anak turut sama mendapat manfaat darinya. Manfaat Susu Ibu Kepada Ibu Mengurangkan risiko Diabetes Type ii Mengurangkan mendapat risiko kanser seperti kanser payudara Lebih mudah menurunkan berat badan Menguatkan hubungan ibu dan anak National Institutes of Health, menunjukkan, lebih dari 9,000 abstrak kajian dan kesimpulan mendapati, wanita yang tidak menyusukan anak atau berhenti menyusukan anak awal, mendapat risiko kemurungan atau meroyan lebih awal berbanding wanita yang menyusukan anak. Baca Selanjutnya : Apa itu Penyusuan Eksklusif dan Bagaimana? Punca Susu Kering Waktu Dalam Pantang 5 Tips Susu Ibu Meriah Susu Ibu Pekat dan Meriah : ESP Shaklee Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Review Pengalaman Sendiri Menggunakan Shaklee YOUTH Mask Posted on 23/08/2019 Last two months, di bawah brand name YOUTH sebuah jenama penjagaan kulit (skincare) di bawah Shaklee telah melancarkan Set Mask Wajah atau masker muka. Syaza sendiri dah rasa pengalaman menggunakan YOUTH Mask ini yang terdiri daripada 2 jenis, satu untuk kulit berminyak dan kombinasi, dan jenis lagi satu untuk kulit… Read More
Uncategorized 3 Tips Awet Muda Menurut Islam Posted on 08/04/2019 Awet muda. Bila sebut je awet muda kita akan terbayang wajah wanita yang berusia namun memiliki wajah yang tak di mamah usia. Ha, macam mana tu? Maksudnya walaupun umur sebaya dengan kawan-kawan yang lain tapi wajah dan kulit mereka tidak seperti kawan yang sebaya. Perasan tak, ada orang umur 30… Read More
Uncategorized 5 Tips Pilih Protein Sihat Posted on 18/10/2017 TIPS PILIH PROTEIN SIHAT Dalam piramid makanan, protein terletak di tangga kedua selepas karbohidrat. Ini menunjukkan bahawa protein penting untuk badan kita selepas karbohidrat. Bagaimana cara pilih protein yang sihat? Perlu ke tahu cara pilih protein yang sihat? Adakah wujud protein tidak sihat? 5 Tips Pilih Protein Sihat 1. Protein Tumbuhan… Read More