10 Mitos Susu Badan Kita Sikit [Sebenarnya Tidak] Posted on 05/10/201806/12/2022 Last updated on December 6th, 2022 at 03:47 pm Anak menangis setiap jam, mak kita dah bising. Katanya cucu tak cukup minum susu sebab susu emak dia sikit. Mulalah si nenek ni nak sumbat cucu dengan nasi lembik, bubur air, biskut, nasi berlauk pun ada! Si ibu dah stress, dengan sakit bersalinnya lagi. Anak menangis di tambah orang sekeliling, nenek dan suami pun sama terus berkata susu si ibu sikit, tak banyak. Si ibu yang pada awalnya nak bagi anak susu sepenuhnya hingga tahun, jadi goyah, mula putus asa kerana terpedaya dengan mitos, anak menangis tanda susu sikit, tak cukup. Ini hanyalah sebahagian dari situasi biasa yang selalu berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Akibat tidak ada ilmu, hanya menurut emosi, akhirnya kita, ibu yang tekad nak beri penyusuan pada anak kita hampir di cabut tekad tadi. Untuk menguatkan lagi tekad dan keazaman ingin menyusui bayi kita, jom kita sama-sama tengok dan baca satu persatu mitos susu badan sikit walhal sebenarnya tidak. 10 Mitos Yang Ramai Percaya Susu Badan Dia Sikit Tak Cukup Untuk Anak 1. Bayi / Anak Kerap Menangis 1 Hingga 2 Jam Sekali Bayi yang sihat akan minum susu dengan kerap untuk menyokong pertumbuhan badan mereka.Adalah normal dan sangat normal bagi bayi yang baru lahir untuk minum susu setiap 1 dan 2 jam sekali. Selain dari membantu pertumbuhan badan mereka, ia juga adalah untuk membantu ibu menghasilkan lebih banyak keperluan susu. Hisapan bayi akan merangsang kelenjar susu untuk bekerja mengeluarkan lebih banyak susu di masa akan datang.Beri bayi susu bila mereka menangis walaupun dalam selang masa sejam sekali. Itu adalah tabiat normal seorang bayi. 2. Tak Ada Susu Meleleh Tumpah Dekat Baju Semakin anak kita pandai minum susu, semakin sikit atu tiada lelehan susu akan berlaku. Anak berjaya minum sepenuhnya. 3. Payudara Tak Kena Bengkak Susu Di awal pantang, normal untuk bengkak susu berlaku. Tapi kalau dah habis pantang, janganlah kita berharap untuk nak bengkak susu kononnya kalau bengkak susu tu barulah tanda susu banyak. Ini adalah kefahaman yang salah.Lama kelamaan, payudara akan kembali lembut dan seolah kosong (sebenarnya tidak).Kelenjar susu ketika ini sudah tahu berapa banyak keperluan anak kita dan ‘mereka’ hanya menghasilkan susu mengikut keperluan anak kita masing-masing. 4. Anak Tak Menyusu Dengan Lama Bayi yang dah pandai menghisap susu dan minum susu ibu mereka, akan mempunyai sesi minum yang lebih sedikit berbanding sebelumnya. Bergantung, ada bayi yang setiap sesi minum susu setengah jam, sejam, ada yang sedikit. Tapi ini bukan tanda susu anda kurang jika bayi anda hisap sekejap sahaja. 5. Saiz Payudara Yang Kecil Jumlah susu bukan bergantung pada saiz payudara. Payudara besar adalah kombinasi di antara lemak dan tisu grandular. 6. Anak / Bayi Kerap Bangun Malam Normal bagi mereka bangun kerap hingga 3 jam setiap malam, itu adalah tanda mereka nak menyusu dan susu pada waktu malam lebih baik untuk perkembangan mereka kerana waktu itu kalori dan khasiat susu lebih tinggi!Susu badan juga cepat di cerna oleh badan bayi. Sebab itu mereka selalu ‘minta’ makan dengan kerap. Kelebihannya, anak tidak senang meragam seperti kembung perut dan sembelit. 7. Tidak Terus Tidur Selepas Menyusu Setiap bayi ada cara mereka sendiri untuk tidur. Ada yang lepas menyusu, terus tidur. Ada yang kena tepuk punggung, ada yang perlu di kendong dan belai. Bergantung. Ibu bapa perlu kenal pattern tidur mengikut kehendak bayi anda. Bayi tak tidur lepas menyusu bukan tanda susu sikit. 8. Nak Puting Tiruan Adalah sangat tidak digalakkan memberi anak puting.Selain dari sebab gigi menjadi tidak tersusun akibat puting, puting hanya akan menyebabkan bayi keliru puting di antara puting sebenar di payudara dan tiruan.Hakikatnya, susu anda tidak sikit sekiranya bayi nak puting selepas menyusu, ianya cuma kerana mereka keliru puting kerana anda telah mengajar anak anda kenal puting tiruan sama ada melalui botol susu atau hanya saja-saja sebagai penenang untuknya.Elak memberi mereka puting, termasuk botol sekiranya tidak memerlukan di awal kelahiran. 9. Tak Rasa Macam Ada Susu Ada sesetengah ibu yang boleh rasa seperti renjatan halus ketika anak menghisap payudara mereka. Ada yang tidak.Renjatan tersebut lama kelamaan akan hilang sendiri. Ia cuma terjadi di awal bayi mula berlajar hisap susu anda. Yakinlah dengan kecukupan susu badan anda untuk anak. 10. Susu Pam Tak Banyak Dapat Pam susu dan menyusu secara direct adalah tidak berkaitan antara satu sama lain. Tak penting berapa banyak amaun susu yang penting amaun tersebut cukup untuk anak anda. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita membandingkan kuantiti susu kita dengan orang lain. KesimpulannyaLain anak lain sikapnya dalam penyusuanJika berat badan anak naik dengan normal, susu anda cukupBayi yang buang air besar dan kecil normal setiap hari, makna susu anda cukupIbu, yakin dan positif! Ini adalah 10 mitos tentang susu badan sikit, yang sebenarnya tidak langsung menjadi sebab susu sikit. Selamat maju jaya kepada semua ibu-ibu. Jom kita breastfeed anak sehingga 2 tahun penuh. Baca Selanjutnya >>Milk Booster Shaklee29 Punca Susu Badan Boleh DropTanda Susu Sikit Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Set Menyusu Shaklee: Susu Berkualiti Anak Kenyang Posted on 16/10/202027/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 10:11 am Set Menyusu Shaklee boleh membantu untuk kita dapat penghasilan susu yang bukan sahaja banyak dari segi kuantiti tetapi yang paling penting adalah kualiti. Selain itu, ia juga untuk kebaikan kesihatan si Ibu yang menyusukan anak. Untuk Set Menyusu cadangan dari Shaklee,… Read More
Breastfeeding Cinch Shake Untuk Ibu Menyusu, Boleh Ke? Posted on 14/04/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:01 am Awak nak kurus, dan dalam masa yang sama awak sedang menyusu badan. Jadi, awak pun go through pembacaan demi pembacaan untuk dapatkan sebuah meal replacement yang boleh membantu awak untuk kurus. Dan awak jumpa dengan Cinch Shake Shaklee. Tetapi, awak tak yakin….. Read More
Breastfeeding Boleh Ke Ibu Menyusu Berbuka Puasa Masa Bulan Ramadhan? Posted on 07/01/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:01 am Antara cabaran ketika menyusukan anak di bulan puasa adalah cepat berasa letih, lapar dan dahaga daripada orang biasa. Perkara ini adalah normal. Selain daripada itu, naluri seorang Ibu yang risau akan keadaan anak sama ada susu badan cukup atau tidak. Malah,… Read More