Last updated on December 6th, 2022 at 03:47 pm
10 Mitos Yang Ramai Percaya Susu Badan Dia Sikit Tak Cukup Untuk Anak
1. Bayi / Anak Kerap Menangis 1 Hingga 2 Jam Sekali
Bayi yang sihat akan minum susu dengan kerap untuk menyokong pertumbuhan badan mereka.
Adalah normal dan sangat normal bagi bayi yang baru lahir untuk minum susu setiap 1 dan 2 jam sekali. Selain dari membantu pertumbuhan badan mereka, ia juga adalah untuk membantu ibu menghasilkan lebih banyak keperluan susu. Hisapan bayi akan merangsang kelenjar susu untuk bekerja mengeluarkan lebih banyak susu di masa akan datang.
Beri bayi susu bila mereka menangis walaupun dalam selang masa sejam sekali. Itu adalah tabiat normal seorang bayi.
2. Tak Ada Susu Meleleh Tumpah Dekat Baju
Semakin anak kita pandai minum susu, semakin sikit atu tiada lelehan susu akan berlaku. Anak berjaya minum sepenuhnya.
3. Payudara Tak Kena Bengkak Susu
Di awal pantang, normal untuk bengkak susu berlaku. Tapi kalau dah habis pantang, janganlah kita berharap untuk nak bengkak susu kononnya kalau bengkak susu tu barulah tanda susu banyak. Ini adalah kefahaman yang salah.
Lama kelamaan, payudara akan kembali lembut dan seolah kosong (sebenarnya tidak).
Kelenjar susu ketika ini sudah tahu berapa banyak keperluan anak kita dan ‘mereka’ hanya menghasilkan susu mengikut keperluan anak kita masing-masing.
4. Anak Tak Menyusu Dengan Lama
Bayi yang dah pandai menghisap susu dan minum susu ibu mereka, akan mempunyai sesi minum yang lebih sedikit berbanding sebelumnya. Bergantung, ada bayi yang setiap sesi minum susu setengah jam, sejam, ada yang sedikit. Tapi ini bukan tanda susu anda kurang jika bayi anda hisap sekejap sahaja.
5. Saiz Payudara Yang Kecil
Jumlah susu bukan bergantung pada saiz payudara. Payudara besar adalah kombinasi di antara lemak dan tisu grandular.
6. Anak / Bayi Kerap Bangun Malam
Normal bagi mereka bangun kerap hingga 3 jam setiap malam, itu adalah tanda mereka nak menyusu dan susu pada waktu malam lebih baik untuk perkembangan mereka kerana waktu itu kalori dan khasiat susu lebih tinggi!
Susu badan juga cepat di cerna oleh badan bayi. Sebab itu mereka selalu ‘minta’ makan dengan kerap. Kelebihannya, anak tidak senang meragam seperti kembung perut dan sembelit.
7. Tidak Terus Tidur Selepas Menyusu
Setiap bayi ada cara mereka sendiri untuk tidur. Ada yang lepas menyusu, terus tidur. Ada yang kena tepuk punggung, ada yang perlu di kendong dan belai. Bergantung. Ibu bapa perlu kenal pattern tidur mengikut kehendak bayi anda. Bayi tak tidur lepas menyusu bukan tanda susu sikit.
8. Nak Puting Tiruan
Adalah sangat tidak digalakkan memberi anak puting.
Selain dari sebab gigi menjadi tidak tersusun akibat puting, puting hanya akan menyebabkan bayi keliru puting di antara puting sebenar di payudara dan tiruan.
Hakikatnya, susu anda tidak sikit sekiranya bayi nak puting selepas menyusu, ianya cuma kerana mereka keliru puting kerana anda telah mengajar anak anda kenal puting tiruan sama ada melalui botol susu atau hanya saja-saja sebagai penenang untuknya.
Elak memberi mereka puting, termasuk botol sekiranya tidak memerlukan di awal kelahiran.
9. Tak Rasa Macam Ada Susu
Ada sesetengah ibu yang boleh rasa seperti renjatan halus ketika anak menghisap payudara mereka. Ada yang tidak.
Renjatan tersebut lama kelamaan akan hilang sendiri. Ia cuma terjadi di awal bayi mula berlajar hisap susu anda. Yakinlah dengan kecukupan susu badan anda untuk anak.Â
10. Susu Pam Tak Banyak Dapat
Pam susu dan menyusu secara direct adalah tidak berkaitan antara satu sama lain. Tak penting berapa banyak amaun susu yang penting amaun tersebut cukup untuk anak anda. Adalah menjadi satu kesilapan sekiranya kita membandingkan kuantiti susu kita dengan orang lain.
- Lain anak lain sikapnya dalam penyusuan
- Jika berat badan anak naik dengan normal, susu anda cukup
- Bayi yang buang air besar dan kecil normal setiap hari, makna susu anda cukup
Good info đŸ™‚