4 Jenis Kulit Muka | Anda Yang Mana? Posted on 13/09/2018 window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag(‘js’, new Date()); gtag(‘config’, ‘UA-107780036-3’); Jenis kulit muka setiap dari kita adalah berbeza antara satu sama lain. Hari ini Syaza akan kongsikan ilmu asas tentang jenis kulit wajah yang selalu ada di kulit orang Asia – Malaysia terutamanya. 4 Jenis Kulit Muka 1. Kulit Berminyak Cara mudah nak tahu sama ada kulit kita jenis berminyak atau tak, perhatikan keadaan kulit kita terutama di waktu tengahari (walaupun dalam bilik berpenghawa dingin). Seseorang yang memiliki kulit berminyak akan mempunyai kulit yang berkilat di seluruh muka mereka terutama ketika tengahari panas terik. Beli tisu penyerap minyak di farmasi seperti Watson dan Guardian. Serap minyak berlebihan kerana jika minyak ini gagal di kawal ia akan menyebabkan pori tersumbat dan jerawat, jeragat senang muncul! 2. Kulit Kombinasi Beza kombinasi dan berminyak ialah, kulit kombinasi hanya berminyak di T-Zone, kawasan tertentu. T-Zone ialah kawasan dahi, hidung dan dagu. Mereka yang mempunyai kulit jenis ini, selalunya bergabung bersama dua lagi jenis kulit yang lain. Selain itu, kulit jenis kombinasi mudah terdedah pada jerawat dan kotoran di bahagian T-Zone ini. 3. Kulit Kering Menggelupas, terkopek di sana sini dan selalu gatal terutama jika dalam bilik berpenghawa dingin. Pelembap, sentiasa wajib dijadikan kawan karib bagi kulit kering. Kulit kering mudah terdedah kepada masalah tona tak sekata. 4. Kulit Sensitif Kulit sensitif, ada pelbagai jenis. Ada yang sensitif dengan makanan, ada yang sedia sensitif dengan sakit kulit seperti eczema dan psioriasis. Kulit jenis ini perlu penjagaan rapi bergantung pada jenis sensitif kulit tersebut. Pemilihan produk penjagaan kulit wajib datang dari produk yang 100% bebas kimia. Kulit anda jenis yang mana? Syaza jenis kombinasi dan gabungan bersama kulit kering ^^ Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized 15 Tanda Utama Kita Ada Kencing Manis Posted on 04/04/2019 Kencing manis adalah situasi ketika paras gula atau glukosa dalam badan terlalu tinggi, Glukos diperlukan untuk menghasilkan tenaga kepada kita dan insulin dihasilkan di pankreas bagi membantu proses pertukaran glukos kepada tenaga. Namun, kerana terlalu tinggi kandungan glukosa di dalam badan, hal ini telah menyebabkan pankreas gagal menghasilkan insulin dengan… Read More
Uncategorized Promosi Shaklee September 2019 Posted on 01/09/2019 Selamat datang ke bulan September, bulan kesembilan dalam kalendar masihi 2019! Jom kita ketahui info Promosi Shaklee di Bulan September ini. PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2019 1. YOUTH Perfect Pair 💅 YOUTH Moisturiser SPF 50 (outdoor moisturiser) YOUTH Moisture Lock Day Cream (indoor moisturiser) Gabungkan kedua-duanya dalam regim kecantikan harian untuk… Read More
Uncategorized 14 Persediaan Bersalin yang Perlu di bawa ke Hospital Posted on 06/09/2018 Dah hampir 5 bulan berlalu Syaza selamat melahirkan seorang puteri yang di beri nama Zehraa tepat jam 12.41 tengahari, 21 Mac 2018. So hari ini Syaza nak kongsikan semula, kelengkapan yang perlu di bawa sebagai persediaan di hospital nanti. Terutama yang dah dekat dengan due date tu, sila prepare siap-siap… Read More
Akak memang berkulit jenis kombinasi.. Nak cari skincare yang betul2 serasi memang payah tapi sekarang dah jumpa.. Log in to Reply