7 Makanan Punca Jerawat Posted on 03/04/2019 Jerawat ni, musuh utama kita especially orang perempuan. Boleh buat gaduh, walaupun sebiji je keluar. Kadang-kadang, pelik, dia akan muncul lepas makan makanan tertentu. Disebabkan Syaza nak bagi kita semua senang, Syaza akan tolong list-kan makanan yang selalu jadi punca utama jerawat senang nak muncul. 7 MAKANAN PUNCA JERAWAT 1. UDANG & MAKANAN LAUT Folikel rambut dan kelenjar sebaceous kita boleh di serang radang kesan daripada kandungan iodium dari udang dan makanan laut. Bila radang, itu yang akan sebab timbulnya kemerahan pada kawasan berjerawat dan sakit! Terutama bagi mereka yang ada masalah resdung, lagi mudah kena jerawat kalau selalu terdedah dengan udang dan makanan laut. 2. MAKANAN SEGERA Makanan segera atau fast food, contohnya, McD, KFC, Pizza Hut dan yang sewaktu dengannya, kaya dengan garam, sodium dan pewarna serta aditif makanan yang berlebihan. Semua ini akan merangsang jerawat untuk lagi mudah bertapak dekat atas kulit muka. Sebaiknya kita makan makanan yang berkhasiat dan dihasilkan dari rumah. 3. MINUMAN BERALKOHOL Arak, minuman beralkohol, akan menyebabkan dehidrasi. Badan hilang banyak air. Jerawat sangat mudah muncul terhadap badan yang kering dan sentiasa dehidrasi. 4. KUNING TELUR Kuning telur mengandungi lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan penghasilan jerawat dengan mendadak! 5. MAKANAN BERGORENG Bagi mereka yang mudah dijangkiti jerawat, adalah digalakkan untuk mengelakkan makanan bergoreng dalam suatu tempoh tertentu untuk meredakan masalah jerawat. Makanan bergoreng dan berminyak mudah dedahkan kulit kita dengan jerawat. 6. GARAM BERLEBIHAN Kulit akan mudah kering akibat kesan pengambilan garam berlebihan. Kulit yang kering, mendedahkan kita dengan jerawat. 7. PRODUK TENUSU Sesetengah susu lembu di pasaran, mengandungi suntikan hormon oleh para penternak. Hormon tersebut akan menganggu kesihatan dan kecantikan kulit kita. Sebaiknya, pilih yang fresh dan original berbanding yang siap di proses. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Aku yang Dulu Bukan yang Sekarang Posted on 21/08/2019 Cik Faezatul telah menderita masalah kulit berjerawat sejak sekian lama. Jerawat jenis batu dan sering bernanah serta pecah walaupun ketika dalam solat sangat merungsingkan Cik Faezatul. Lalu, beliau memilih untuk ikhtiar dengan menggunakan Set Cantik Shaklee beserta gabungan beberapa vitamin lain yang sesuai untuk menyingkirkan masalah jerawat beliau. TESTIMONI SET… Read More
5 Sebab Perlu Cukup Air Setiap Hari Posted on 24/10/2017 Cukup Pengambilan Air Setiap Hari Air adalah elemen yang membentuk 70% dari tubuh badan manusia. Untuk sel badan bekerja secara optimum, mereka memerlukan keperluan air secukupnya. Kekurangan sumber air akan mengakibatkan masalah dari segi tenaga, kesihatan dan kecantikan. Kajian adalah jelas – badan yang kekal hidrat dengan air adalah tabiat… Read More
Uncategorized 14 Persediaan Bersalin yang Perlu di bawa ke Hospital Posted on 06/09/2018 Dah hampir 5 bulan berlalu Syaza selamat melahirkan seorang puteri yang di beri nama Zehraa tepat jam 12.41 tengahari, 21 Mac 2018. So hari ini Syaza nak kongsikan semula, kelengkapan yang perlu di bawa sebagai persediaan di hospital nanti. Terutama yang dah dekat dengan due date tu, sila prepare siap-siap… Read More
hihi macam makanan yang selalu je kita ambil. xcept yang alcohol.. yang lain2 tu yang sedap sangat nak dimakan ngeh3.. Log in to Reply
aah, kalau terlebih la. banyak makan benda masin sangat badan cepat dehydrate. lagi2 time badan tak cukup air 😉 Log in to Reply