7 Makanan Punca Jerawat Posted on 03/04/2019 Jerawat ni, musuh utama kita especially orang perempuan. Boleh buat gaduh, walaupun sebiji je keluar. Kadang-kadang, pelik, dia akan muncul lepas makan makanan tertentu. Disebabkan Syaza nak bagi kita semua senang, Syaza akan tolong list-kan makanan yang selalu jadi punca utama jerawat senang nak muncul. 7 MAKANAN PUNCA JERAWAT 1. UDANG & MAKANAN LAUT Folikel rambut dan kelenjar sebaceous kita boleh di serang radang kesan daripada kandungan iodium dari udang dan makanan laut. Bila radang, itu yang akan sebab timbulnya kemerahan pada kawasan berjerawat dan sakit! Terutama bagi mereka yang ada masalah resdung, lagi mudah kena jerawat kalau selalu terdedah dengan udang dan makanan laut. 2. MAKANAN SEGERA Makanan segera atau fast food, contohnya, McD, KFC, Pizza Hut dan yang sewaktu dengannya, kaya dengan garam, sodium dan pewarna serta aditif makanan yang berlebihan. Semua ini akan merangsang jerawat untuk lagi mudah bertapak dekat atas kulit muka. Sebaiknya kita makan makanan yang berkhasiat dan dihasilkan dari rumah. 3. MINUMAN BERALKOHOL Arak, minuman beralkohol, akan menyebabkan dehidrasi. Badan hilang banyak air. Jerawat sangat mudah muncul terhadap badan yang kering dan sentiasa dehidrasi. 4. KUNING TELUR Kuning telur mengandungi lemak yang tinggi dan boleh mempercepatkan penghasilan jerawat dengan mendadak! 5. MAKANAN BERGORENG Bagi mereka yang mudah dijangkiti jerawat, adalah digalakkan untuk mengelakkan makanan bergoreng dalam suatu tempoh tertentu untuk meredakan masalah jerawat. Makanan bergoreng dan berminyak mudah dedahkan kulit kita dengan jerawat. 6. GARAM BERLEBIHAN Kulit akan mudah kering akibat kesan pengambilan garam berlebihan. Kulit yang kering, mendedahkan kita dengan jerawat. 7. PRODUK TENUSU Sesetengah susu lembu di pasaran, mengandungi suntikan hormon oleh para penternak. Hormon tersebut akan menganggu kesihatan dan kecantikan kulit kita. Sebaiknya, pilih yang fresh dan original berbanding yang siap di proses. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Anda Tanya, Saya Jawab : 14 FAQ Paling Popular Vivix Shaklee Posted on 24/08/2019 Vivix keluaran yang dipatenkan khas untuk Shaklee sering dihujani pelbagai soalan lazim daripada para pengguna mahu pun pelanggan yang baharu ingin mencubanya untuk kebaikan kesihatan masing-masing. Mungkin ada salah satu atau lebih daripada soalan lazim ini sendiri anda pernah tertanya-tanya dan mencari jawapan tentang Vivix. Oleh itu, di sini Syaza… Read More
Uncategorized Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan | Trimester Pertama Posted on 27/09/2018 Tahniah, syukur alhamdulillah kepada mommies yang sedang tersenyum kegembiraan tika ini meraikan kandungan yang sedang membesar dengan baik di dalam rahim. Sesungguhnya, tiada yang lebih gembira lebih dari mendapat khabar dari Allah akan menjadi seorang ibu kelak. 😍 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan… Read More
Uncategorized Promosi Shaklee May 2020 Posted on 04/05/2020 YOUTH Starter Set Diskaun 28% untuk ahli baharu. Set Hamil Shaklee Baca info lanjut >> Set Hamil Shaklee dan Fungsi Lengkap Harga berbaloi super jimat dengan promosi turun harga less 28% dari harga asal. Set Bersalin Shaklee Jimat sebanyak 28 % dengan promo Jom Shaklee ini. Info Lanjut >> Set… Read More
hihi macam makanan yang selalu je kita ambil. xcept yang alcohol.. yang lain2 tu yang sedap sangat nak dimakan ngeh3.. Reply
aah, kalau terlebih la. banyak makan benda masin sangat badan cepat dehydrate. lagi2 time badan tak cukup air 😉 Reply