7 Kebaikan Diet Intermittent Fasting Tak Ramai Tahu Posted on 10/02/202311/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:30 am Intermittent fasting atau singkatannya IF ialah puasa secara berkala dalam jangka masa tertentu. Ada banyak pilihan waktu yang anda boleh lakukan bermula daripada 12 jam puasa – 12 jam makan (12:12), 18 jam puasa – 6 jam makan (18:6) dan 16 jam puasa – 8 jam makan (16:8). Tiga pilihan ini sesuai untuk anda yang baru berkenalan (beginner) dengan gaya atur pola pemakanan – intermittent fasting.Jika diet lain fokus kepada apa yang perlu anda makan, intermittent fasting pula fokus kepada bila anda perlu makan.Apa yang menariknnya ntermittent fasting bagi beginner juga membenarkan anda diet berpuasa sambil minum air masak atau minuman seperti teh dan kopi dalam time frame ketika anda sedang “berpuasa IF” asalkan minuman itu tidak bergula dan tiada kalori. Dari segi pilihan makanan pula anda bebas makan apa sahaja sewaktu dalam tempoh waktu yang tidak berpuasa. Namun begitu, jika fokus anda ingin kurus dan lebih sihat, adalah sangat disarankan untuk menjaga kualiti pemakanan yang lebih baik. 7 Kebaikan Utama Intermittent Fasting 1. Menurunkan Berat Badan Lisa Surihani berjaya turunkan 11kg dengan intermittent fasting IF boleh menyumbang kepada penurunan berat badan ke atas anda yang ada berat badan berlebihan dan obese. Kadar metabolisma badan akan meningkat sekaligus membakar lebih banyak lemak apabila anda puasa dalam jangka masa tertentu. Bangsa Cina sering dikaitkan dengan makan malam lebih awal, kerana itu majoriti dari mereka di lihat memiliki bentuk badan yang lebih slim. Mereka juga memulakan pagi dengan sarapan seawalnya. Hakikatnya tidak ramai yang sedar bahawa sebenarnya apa yang mereka buat ini adalah gaya hidup intermittent fasting! Sekiranya waktu makan terakhir mereka adalah pada jam 7.00 malam, dan mereka mula bersarapan pada jam 7.00 pagi – itu adalah IF 12:12. 12 jam makan bermula 7.00 pagi. 12 jam seterusnya berpuasa (tidak makan, hanya minum sahaja minuman tiada gula dan tiada kalori) bermula jam 7.00 malam. Itulah rahsia kebanyakan bangsa Cina kurus dan sihat yang mana ramai menyifatkan mereka sebagai “tidak suka makan malam”. 2. Kurangkan Tekanan Darah Bacaan sistolik ialah bacaan di bahagian atas tekanan darah Pada tahun 2018 sebuah kajian diterbitkan dalam Nutrition and Healthy Aging menemui intermittent fasting 16:8 berjaya merendahkan paras sistolik tekanan darah. Data ini penting kerana paras sistolik dalam bacaan tekanan darah ialah nombor yang penting untuk bacaan tekanan darah yang menentukan daya degupan jantung ke atas dinding arteri anda setiap kali ia berdenyut. 3. Masalah Radang Dalam Badan Berkurang Tahap radang dalam badan di tahap optimum berbanding ketika tidak berpuasa Dalam sebuah kajian yang diterbitkan oleh Cell, kumpulan penyelidik dari Mount Sinai menemui keputusan bahawa berpuasa dapat mengurangkan masalah radang dalam badan dan menambahbaik penyakit berkaitan radang yang kronik tanpa memberi kesan kepada rangsangan sistem imun terhadap jangkitan akut. Sebuah lagi kajian diterbitkan dalam Nutrition Research ke atas 50 peserta Muslim yang berpuasa di bulan Ramadhan – tidak makan pada siang hari sampai terbenam matahari – menunjukkan ketika berpuasa, paras yang mengukur tahap keradangan dalam badan mereka di tahap optimum berbanding ketika tidak berpuasa, begitu juga tekanan darah menjadi normal, dan terdapat penurunan dalam berat badan serta peratus lemak dalam badan. Baca di sini bagaimana intermittent fasting boleh membantu masalah radang seperti fibroid. 4. Paras Kolestrol Lebih Rendah Makanan berlemak seperti ini jika di ambil selalu boleh mengakibatkan kolestrol tinggi Ada dua jenis paras kolestrol dalam darah – kolestrol yang jahat di panggil LDL manakala yang baik di panggil HDL. Yang anda akan singkirkan bila anda buat diet intermittent fasting adalah kolestrol jahat seperti yang di tulis dalam Annual Review of Nutrition pada Oktober 2021, intermittent fasting boleh merendahkan paras kolestrol jahat (LDL). Penting untuk anda turunkan paras LDL kerana jika ia tinggi boleh mengakibatkan masalah berkaitan jantung atau strok. Penyelidik tersebut juga menyatakan bahawa IF boleh mengurangkan kehadiran trigliserida, lemak yang ditemui dalam darah yang boleh meningkatkan lagi risiko strok, serangan jantung dan masalah berkaitan jantung. 5. Tambahbaik Fungsi Otak dan Minda Intermittent fasting sangat baik untuk mengekalkan kesihatan minda. Ia akan meningkatkan neuroplastisiti dalam otak. Dengan peningkatan neuroplastisiti ini, ia akan mengoptimumkan fungsi otak dan bukan itu sahaja, ia juga tingkatkan kadar rintangan daya tahan otak ke atas sebarang penyakit dan kecederaan. Kajian tahun 2021 pada bulan November diterbitkan dalam Molecular Physiology menyatakan berpuasa selang sehari dapat meningkatkan kekuatan memori. Pada bulan September 2021 dalam Nutrients pula sebuah kajian memberikan hasil tentang bagaimana IF berkesan untuk kesihatan otak dan minda manusia dengan cara menjadi penghalang daripada terbentuknya masalah berkaitan neurologi di masa hadapan seperti nyanyuk dan pelupa. 6. Mengurangkan Rintangan Insulin Dengan berpuasa seperti intermittent fasting, ia menggalakkan paras insulin turun ke tahap yang optimum sekaligus kurangkan risiko kencing manis jenis 2. IF juga bantu stabilkan paras gula dalam darah untuk anda yang ada diabetes sebab ia akan reset semula insulin. Berpuasa dengan IF secara automatik akan secara tidak langsung mengurangkan pengambilan kalori yang dapat tambahbaik rintangan insulin. 7. Rendah Risiko Penyakit Kardiovaskular Jantung lebih sihat dengan IF Penyakit kardiovaskular ialah terma umum yang menerangkan sejenis penyakit berkaitan jantung atau pembuluh darah. Aliran darah yang mengalir ke jantung, otak atau badan boleh berkurang kerana beberapa sebab antaranya darah beku (thrombosis) yang memberi kesan salur darah yang sempit (atheroscelorosis). Antara cara nak elak daripada perkara di atas berlaku ialah dengan mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam dan menjaga pemakanan. Intermittent fasting membantu anda untuk mengawal pengambilan makanan daripada di ambil secara berlebihan. Intermittent Fasting Untuk Badan Lebih Sihat Contoh jadual puasa IF (kredit: Women's Health) Kesimpulannya, intermittent fasting bermanfaat untuk kesihatan badan anda. Dengan melakukan IF, anda dapat ‘rehatkan’ badan anda sekejap daripada makanan dan minuman. Banyak penyakit bermula daripada makan tanpa sedar. Oleh itu, jika anda termasuk dalam golongan yang suka makan tanpa had, dan susah nak kawal pemakanan, diet intermittent fasting amat sesuai untuk anda. Anda hanya perlu pilih pukul berapa nak mula makan, dan pukul berapa nak berhenti makan. Untuk beginner, disarankan bermula dengan IF 12:12 atau 16:8. Mula hari ini dan konsisten selama 3 bulan untuk melihat hasil. Diet IF ini juga turut digunakan oleh artis seperti Lisa Surihani yang berjaya turunkan berat badan sebanyak 11kg. Namun begitu, jika anda sedang mengambil sebarang preskripsi ubat atau sudah sedia ada penyakit, adalah disarankan untuk anda mengamalkan IF dengan berhati-hati. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Diet Jalan Kaki Sejauh Kilometer (KM) Ini Untuk Kurus Posted on 29/09/202211/09/2024 Last updated on September 11th, 2024 at 01:30 am Memiliki berat badan yang ideal bukan sesuatu yang perlu awak idamkan tetapi awak perlu usahakan. Apabila berat badan berlebihan, terdapat pelbagai masalah terutama dari segi penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung dan kolestrol boleh singgah dalam hidup awak. Namun begitu,… Read More
Tips Kurus Senang Rupanya Buat Boba Cara Sihat Posted on 27/08/201912/05/2022 Teh boba gula perang, bubble tea atau teh susu semua ini mengandungi 18.5 sudu teh gula dalam satu minuman! Sebenarnya ada cara lebih sihat dan mudah untuk menikmati minuman boba terutama di cuaca panas hari ini. Read More
Intermittent Fasting 9 Menu Idea Sahur Sihat Selain Nasi Posted on 29/03/2023 Idea Menu Sahur Sihat | Adakah anda ingin bersahur tetapi perlukan sebuah menu yang sihat, padat dengan nutrisi tetapi dalam masa yang cepat di buat? Dalam entri ini akan dikongsikan 30 Idea Menu Sahur Sihat untuk anda. Resepi menu ini juga sesuai untuk anda yang ingin turunkan berat badan ketika puasa. Menu Idea… Read More