Cinch Shake Shaklee Untuk Kurus Posted on 05/04/202231/08/2024 Last updated on August 31st, 2024 at 02:01 am Updated: Cinch Shake Shaklee telah digantikan sepenuhnya kepada formulasi baharu iaitu LIFE CINCH SHAKE SHAKLEE. Kesemua fungsi serta kebaikan Life Cinch adalah sama dengan Cinch Shake, kecuali Life Cinch ialah lebih baik kerana mengandungi tambahan prebiotik dan omega-3 yang akan menggalakkan lagi kesihatan usus anda ketika menurunkan berat badan. Malah bukan itu sahaja, kalori Life Cinch lebih rendah, rasanya lebih sedap dan kurang manis. Baca lebih lanjut mengenai Life Cinch Shake. Malaysia ialah negara tertinggi memiliki rakyat yang gemuk obese menurut World Population Review (2019). Ini adalah satu perkara yang sangat membimbangkan kerana obese menyebabkan kita sangat tinggi risiko untuk berpenyakit! Awak telah melakukan keputusan yang bijak apabila awak sampai kepada artikel ini untuk mengetahui dengan lebih terperinci tentang Cinch Shake Shaklee yang sangat membantu bagi penurunan berat badan. Apa Itu Cinch Shake? Cinch Shake dari Shaklee ialah sebuah minuman rendah kalori (180 kcal sahaja) yang bertindak sebagai pengganti makanan (meal replacement). Ia memiliki protein yang lengkap dengan 20 multivitamin, kalsium, leucine dan serat. Terdapat tiga perisa Cinch iaitu Latte, Vanilla dan Chocolate. Cinch Shake Shaklee ini tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tambahan. Serat Hidangan serat sebanyak 30 g hingga 40 g sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus. Serat juga membantu kita untuk mengawal selera makan.Ia memberi rasa kenyang yang lebih lama selain daripada meningkatkan kesihatan usus dan mobiliti usus. Untuk menyokong penghadaman dan mengelak masalah sembelit, masukkan serat dalam diet harian. Cinch Shake Shaklee mengandungi sebanyak 6 g serat untuk satu hidangannya. Leucine Leucine merupakan salah satu daripada sembilan asid amino penting yang diperlukan tubuh. Namun begitu, untuk mendapat leucine ini yang memiliki kelebihan paling besar bagi kurus, kita perlu dapatkan ia dari pemakanan harian kerana leucine tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri. Cinch Shake Shaklee memiliki 2,400 mg leucine didalamnya untuk setiap hidangan. Kelebihan leucine adalah ianya mudah untuk di serap, membantu meningkatkan penghasilan tenaga, meningkatkan penghasilan otot dan keupayaannya meningkatkan metabolisma badan. Kesemua kelebihan dari leucine ini memberi peluang yang tinggi untuk kita kurus bersama Cinch Shake Shaklee. 3 pilihan Cinch Shake Shaklee 10 Manfaat, Kelebihan, Fungsi Cinch Shake Shaklee Menggalakkan penghasilan otot untuk membakar lemakMeningkatkan prestasi senaman dan aktiviti fizikal harianMenghalang pengecutan otot yang bermula dari faktor usiaMembantu mengurangkan lemakMembantu kurangkan berat badanMenggalakkan pemulihan (recovery) otot selepas bersenam atau cedera Memberikan rasa kenyang yang lebih lamaBoleh dijadikan sebagai pengganti makanan (meal replacement)Membantu mengawal selera makanMengurangkan nafsu makan (craving) Fungsi Cinch Shake Shaklee Untuk Kurus 13 Kelebihan Cinch Shake Untuk Kuruskan Badan Tidak mengandungi kolestrolZero trans fatty acidBebas glutenTinggi protein sebanyak 16 g satu hidanganMengandungi 20 mineral dan vitaminDi tambah 2,400 mg leucineTinggi serat untuk penghadaman sebanyak 6 g satu hidanganRendah indeks glisemik (GI)Tidak menaikkan gula dalam darah dengan cepatMengandungi kalsium sebanyak 350 g setiap hidanganTiada perisa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tambahanMemberikan rasa kenyang lebih lamaSebagai pengganti makanan (meal replacemen) Masa Terbaik Ambil Cinch Untuk Kurus Untuk awak yang nak kuruskan badan, ambil Cinch Shake sebanyak dua kali sehari sebagai pengganti makanan di hidangan utama. Iaitu, ambil Cinch Shake sama ada ketika sarapan dan makan tengahari, atau sarapan dan makan malam atau makan tengahari dan makan malam. Pilih antara dua gabungan di atas. Selepas ambil Cinch Shake, awak akan rasa kenyang, jadi tidak perlu ambil makanan lain seperti nasi, mee, roti dan sebagainya. Pendek kata, kerana fungsi Cinch ini sendiri bertindak sebagai pengganti makanan dan satu hidangan Cinch bersamaan satu hidangan lengkap nasi, lauk dan sayur, oleh itu tidak perlu makan makanan lain selepas Cinch. Tonton Video di YouTube: Tutorial Cara Bancuh Cinch Shake Shaklee dengan Betul Testimoni Cinch Shake Shaklee Kenyang Sangat Sampai Takde Perasaan Tengok Makanan “Mim suka Cinch Shake sebab Mim tak sangka bila minum Cinch Shake rasa kenyang yang amat sampai tengok makanan pun tak terasa nak makan. Recommended sangat untuk yang nak kurus,” – Siti Norsyamim Hantu Kopi, Minum Cinch Shake Latte Badan Ringan Bertenaga “Saya ni hantu kopi, kalau tak minum kopi sehari jadi tak keruan. Saya minum Cinch Shake Latte, badan rasa lebih ringan dan bertenaga,” -Nadia Rashid Bertenaga Sepanjang Zumba “Cinch Shake Coklat kegemaran saya. Ambil sebelum sarapan. Blend dengan saderi, nenas, timun dan tomato. Memang mengeyangkan dan bertenaga sepanjang zumba,” -Fara Jabar Craving Nak Minum Manis Hilang Pagi-pagi minum Cinch Shake Coklat tak buat rasa nak minum teh tarik atau air yang manis-manis,” -Nur Afiqah Juwahir Ambil Pagi Cinch, Tengahari Baru Rasa Lapar “Saya ambil Cinch Shake dan ESP sebelum ke sekolah. Memang kurang rasa lapar. Tengahari baru makan. Perut tak pedih, kalau dulu perut pedih dan menggeletar,” -Kalsom Desa Klik untuk wassap Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog 7 Cara Mudah Hilangkan Angin dan Sebu Perut Posted on 01/08/201805/02/2024 Last updated on February 5th, 2024 at 04:34 pm Tips mudah cara nak hilangkan angin dan sebu perut. Awak kadang-kadang atau kerap kali bila salah makan mulalah rasa susah kentut, perut tak selesa macam kembung, sebu dan berangin?Super tak selesa bila ada rasa macam tu. Serba tak kena! Dan lagi… Read More
Blog Kids Family Friendly Wayang – GSC PlayPlus Review Pengalaman Posted on 18/01/202228/03/2022 Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am Nak keluar tengok wayang berdua dengan suami je tapi rasa bersalah pula tinggalkan anak – jadi Syaza pun cubalah merajinkan jari jemari untuk mencari kids / family friendly cinema. Sebelum ni tak pernah tahu pun kewujudannya. Bila mencari – eh ada!… Read More
Tips Kurus Senang Rupanya Buat Boba Cara Sihat Posted on 27/08/201912/05/2022 Teh boba gula perang, bubble tea atau teh susu semua ini mengandungi 18.5 sudu teh gula dalam satu minuman! Sebenarnya ada cara lebih sihat dan mudah untuk menikmati minuman boba terutama di cuaca panas hari ini. Read More