Bahaya Bacaan Selepas Minum Air Gula: Yang Harus Anda Tahu Posted on 11/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:14 pm Bacaan Gula Ibu Hamil Selepas Minum Air Gula | Ujian minum air gula atau modified oral glucose tolerance test (MOGTT) ialah sejenis ujian untuk mengesan sama ada anda ada gestational diabetes mellitus (GDM) atau tidak. Sekiranya anda termasuk dalam kalangan ibu yang berisiko tinggi mendapat kencing manis semasa hamil, doktor akan jalankan ujian air gula ini seawal yang boleh. Manakala bagi anda yang berisiko rendah, anda mungkin menjalankan ujian ini ketika usia kandungan mencecah 24 minggu atau 28 minggu kehamilan.  Antara penyebab anda diperlukan untuk minum air gula adalah:Hamil ketika usia 25 tahun dan ke atasPernah ada GDM pada kehamilan sebelumMemiliki berat badan berlebihan atau obesiti Pernah ada sejarah penyakit Sejarah keluarga dengan kencing manisPernah melahirkan bayi bersaiz lebih 4 kg sebelum iniAda sejarah stillbirth (kematian bayi)Memiliki sejarah obstetrik yang tidak baik Sekiranya anda telah menjalankan ujian air gula ini, pasti anda tertanya-tanya berapakah bacaan gula yang normal sebaik sahaja selepas anda minum air gula? Cara Mengambil Ujian Air Gula Pastikan anda berpuasa pada malam sebelum ujian MOGTT ini berlangsung. Berhenti makan pada jam 10 malam. Nak lagi mudah, terus masuk tidur supaya boleh lupakan tentang makanan dan minuman. Keesokan harinya, datang ke klinik kesihatan seawal pagi pada jam 8 pagi atau 9 pagi.  Sebelum anda minum air gula, darah anda akan di ambil terlebih dahulu dan ini namanya ialah fasting blood sugar. Bacaan darah tersebut – bacaan ketika anda ‘berpuasa’. Kadar normal untuk bacaan darah ini ialah kurang atau sama dengan 5.1 mmol/l. Kemudian, anda perlu minum air gula yang disediakan. Periksa jam, pukul berapa anda habis minum air gula. Mula dari waktu itu, tunggu 2 jam seterusnya untuk ambil darah bagi keputusan selepas minum air gula. Anda tidak boleh makan dan minum sepanjang dalam tempoh 2 jam ini. Mengapa ujian minum air gula dijalankan keputusan selepas 2 jam adalah kerana secara umum – gula dalam darah akan tinggi selepas 2 jam makan. Bagi orang yang normal, mereka boleh menggunakan insulin dalam badan dengan baik. Tetapi tidak untuk yang ada masalah kekurangan insulin atau rintangan insulin.  Tips minum air gula supaya tak muntah:Minum ketika air gula dalam keadaan masih suam – datang pagi untuk minumAmbil masa perlahan-lahan untuk minumAnggap seperti anda sedang ‘berbuka puasa’Pastikan dalam keadaan tenangSelepas minum, cari tempat yang menenangkan agar anda boleh hadam rasanya Bacaan Normal Gula Ibu Hamil Selepas Minum Air Gula Fasting blood sugar yang normal mesti sama atau kurang dari 5.1 mmol/l. Manakala untu selepas 2 jam minum air gula bacaan normal ialah mestilah sama atau kurang dari 7.8 mmol/l. Sekiranya anda didapati lebih dari 7.8 mmol/l, atau lebih 5.1 mmol/l untuk darah sebelum 2 jam – maka secara automatik anda disahkan mendapat kencing manis semasa hamil atau GDM. Perkara Perlu Dilakukan Selepas Bacaan Gula Tak Normal Biasanya anda akan tahu keputusan ujian minum air gula dalam masa 1-2 minggu selepas ujian ini. Pihak klinik kesihatan akan telefon anda untuk maklumkan keputusan jika ianya tidak normal. Kemudian anda akan diberikan temujanji untuk berjumpa dengan pegawai sains makanan atau dietition.  Selain itu anda akan di beri permulaan untuk kawal gula dalam darah dengan pemakanan (diet control) dan mula buat blood sugar profile (BSP).   Cara membuat ujian BSP:  1. Buat sendiri di rumah  Beli mesin check gula di farmasi. Harganya dalam lingkungan RM50 hingga RM100, bergantung kepada jenis jenama. Sebaiknya beli yang jenama sama seperti klinik kesihatan atau minta pendapat jururawat.  Pada hari sebelum perlu buat ujian BSP, berhenti makan sekurang-kurangnya jam 6 petang atau 8 malam. Esok pagi ambil darah sebelum sarapan pagi. Ini adalah darah untuk pre-breakfast.  Kemudian, tunggu 2 jam dan ambil darah seterusnya sebagai post-breakfast. Makan tengahari seperti biasa, dah habis makan tengahari – kira 2 jam selepas itu untuk darah bagi post-lunch.  Seterusnya, makan malam dan ambil darah 2 jam selepas makan malam sebagai post dinner.   Rekod semua bacaan ini dalam buku pink anda yang akan di review oleh doktor pada keesokan harinya di klinik kesihatan.  2. Buat Ujian BSP di Klinik Kesihatan  Sama cara seperti di rumah bezanya anda perlu pergi ke klinik kesihatan setiap kali 2 jam tersebut. Kalau malam, perlu ke farmasi berdekatan. Oleh itu untuk menjimatkan masa anda, sebaiknya anda melabur untuk beli mesin gula anda sendiri.  Sekiranya bacaan BSP anda normal, anda akan di minta jumpa setiap 2 minggu atau sebulan. Sebaliknya jika tak normal, anda akan berjumpa seminggu sekali.   Anda juga akan dinasihatkan untuk ambil ubat atau/dan insulin jika doktor tidak berpuas hati dengan bacaan BSP anda di perjumpaan 2-3 kali seterusnya terutama selepas anda sudah pun mendengar taklimat yang diberikan dietition.   Baca Seterusnya di sini: Kesan Ubat Kencing Manis dan Insulin Semasa Hamil Risiko Komplikasi Kesan GDM Semasa Hamil Anda hendaklah menjaga paras gula dalam darah melalui pemakanan dengan baik. Jika tidak, anda terdedah dengan pelbagai komplikasi – kesan sampingan kencing manis (GDM) semasa hamil ini. Antaranya ialah:Bayi dilahirkan dengan saiz yang besar dari normalBayi berkemungkinan dilahirkan dalam keadaan kurang gula (hypo)Risiko bersalin secara caesarean meningkatRisiko bahu bayi tersangkut ketika bersalin normalBayi anda berpotensi mendapat diabetes jenis ii di masa hadapanAnda berpotensi lebih tinggi mendapat diabetes jenis ii selepas bersalin Baca dengan terperinci di sini: GDM Masa Hamil: Bahaya Buruk Untuk Ibu & Bayi Bacaan BSP Normal dengan ESP Shaklee Berikut ialah pengalaman seorang ibu yang disahkan ada GDM dan mengambil ESP Shaklee. Bacaan BSP beliau di paras yang normal dengan mengamalkan ESP Shaklee sebagai sarapan pagi. Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut, sila hubungi Syaza di 0187684817 – klik untuk WhatsApp sahaja Video Mengenai GDM Ketika Mengandung: Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
GDM Masa Mengandung 11 Buah Terbaik Untuk GDM Masa Hamil Posted on 07/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:16 pm Buah yang Sesuai di Ambil Semasa Kehamilan untuk Ibu yang Ada Kencing Manis (GDM) | Mengikut penyelidikan yang di buat oleh American Diabetes Association (ADA), ada jenis buah yang sesuai untuk ibu mengandung dengan GDM ambil semasa kehamilan.  GDM atau kencing manis semasa… Read More
Tips Kehamilan Mengapa Ibu Mengandung Perlu Kalsium? 5 Sebab Utama! Posted on 12/11/202412/11/2024 Kalsium adalah antara mineral yang paling banyak boleh didapati dalam tubuh badan. Antara fungsi asas kalsium adalah bagi membantu untuk pembentukan dan pengekalan tulang serta gigi yang sihat dan kuat. Malah, kalsium turut memiliki fungsi untuk tujuan pembekuan darah, memperbaiki kesihatan otot dan membantu kesihatan saraf. Apabila kalsium dalam badan… Read More
GDM Masa Mengandung Testimoni Set Hamil Shaklee: Paras Gula Ibu GDM Terkawal Posted on 12/06/202412/06/2024 GDM semasa hamil adalah komplikasi serius yang dialami dan perlu sentiasa dalam perhatian ibu mengandung. Anda hendaklah mengawal gula dalam darah agar tidak menjadi hyper atau hypo. Bacaan BSP perlu dilakukan mengikut keperluan yang diarahkan pihak klinik kesihatan. Sekiranya anda gagal mengawal paras gula dalam darah anda sebagai ibu GDM,… Read More
Sekarang macam lagi banyak pula kena minum air gula tak macam dulu.. 2 ke 3 kali.. Kalau bermasalah lagi lebih rasanya.. Dulu sekali je kalau tak ada masalah kesihatan.. Reply
Kali pertama dan terakhir minum air gula rasanya masa pregnant anak kelima. Nak habiskan 1 mug tu alahai seksanya. Hihi Reply