Bahaya Air Suam Pada Bayi Posted on 28/08/2018 Tersedak sekejap. Bukan tak biasa orang selalu cadangkan bagi air suam pada anak sendiri. Alasannya, bilas sebab baru lepas minum susu ibu. Fuh! Agaknya anak kita ni macam orang dewasa dah ya. Walhal sistem pencernaan anak kita tak sama dengan kita yang dah tua bangka. Susu ibu adalah yang terbaik. Tak perlu nak bilas-bilas ni. Siapa yang rajin bilas baby mereka especially yang bawah 6 bulan tu, tolong baca sampai habis. Share dekat kawan-kawan, atau sedara mara atau sesiapa sahaja yang kita perlu tahu tentang ini. Kenapa tak boleh beri bayi minum air suam? Air suam, air masak, air mineral dan seangkatan dengannya, adalah sama. Jangan beri pada bayi anda melebihi keperluannya. Apatah lagi air paip. Memberi bayi di bawah usia 6 bulan air masak yang melebihi dari keperluannya, akan menyebabkan kepekatan sodium dalam darah cair. Bayi boleh kena sawan walaupun tidak demam. Dr. Jeniffer Anders, seorang doktor pediatrik di Johns Hopkins Children’s Centre, Baltimore berkata, “Buah pinggang bayi belum matang. Beri air yang berlebihan akan menyebabkan badan mereka kehilangan garam sodium bersama-sama dengan air yang di minum tadi,” Kehilangan sodium ini akan menyebabkan kegagalan otak untuk berfungsi dengan baik dan akhirnya bayi sawan dan perubahan mental boleh terjadi. Ini di panggil Water Intoxication. Jika bayi bawah 6 bulan di beri air masak, selepas minum susu, garam sodium (Na) akan cair dalam darahnya. Pernah tak, kita rendam daging yang masih fresh dalam cecair, dan bila tinggal lama (terlebih air meresap), akan jadi mengembang daging tu? Macam tu juga yang terjadi pada otak bayi. Bahasa mudahnya, ‘mengembang’, kerana sel terdedah pada cecair, dan akhirnya sawan. Kes bayi di serang sawan kerana air suam Perkongsian dari Dr Pakar Kanak-Kanak Adda, “Ada satu kes di mana bayi berbangsa India di serang sawan tanpa demam. Ketika itu bayi tersebut telah menghampiri usia 7 bulan. Ceritanya, nenek kepada bayi memberikan cucunya air masak 15 mL hingga 30 mL setiap kali selepas menyusu (FM). Susu FM dikatakan panas dan perlu di bilas dengan air, menurut neneknya. Bayi ini selalu dapat berak yang cair dan bila nak mula solid food, baby reject. So, baby belum start makanan pelengkap lagi. Satu hari, bayi ini dikejarkan di GH kerana sawan tanpa demam. Semua ujian telah di buat termasuk Lumbar Puncture dan result adalah normal. Yang tak normal adalah kandungan garam dalam darahnya yang hanya 125 semasa tarikh masuk wad dan meningkat kepada 130 selepas 24 jam dalam pemantauan doktor,” Susu Ibu Kaya dengan Air Semulajadi Bagi mereka yang menyusukan bayi, ketahuilah, tidak ada alasan untuk menyatakan perlunya bilasan dengan air suam dan sebagainya kerana susu ibu telah mempunyai kandungan air didalamnya sebanyak 85%! Dapatkan konsultasi percuma hari ini tentang penyusuan dan Set Menyusu yang sesuai, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk Wassap) Page FB : Pengedar Shaklee Melaka – 0187684817 Instagram : @vitaminsyaza Your Certified Shaklee Product Consultant COD Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Promosi Ogos 2018 : Set Para Ibu & Bayi, YOUTH dan Vivix Posted on 02/08/2018 Alhamdulillah dah masuk Ogos dan Shaklee juga dah mula buat promo baru khas bulan ini! Promo bulan ni special, untuk para ibu sekalian dan bayi. And paling best yang promo untuk kecantikan. Banyak dapat FREE taw. Beli 6 Botol Vivix dan PERCUMA 12 Botol Vivix DISKAUN 5% Free Delivery Purchase… Read More
Uncategorized Promosi Shaklee September 2018 Posted on 01/09/2018 PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2018 Assalamualaikum & Selamat Pagi 😊 Info terbaru mengenai promosi SHAKLEE bulan ini. 👍 Detail seperti dibawah :- 🎉 PROMO KHAS BULAN SEPTEMBER 1. Ostematrix Buy 3, Get 5% Off. Harga Selepas Diskaun : RM 176 2. FREE Massage Device untuk belian set 5 items (tanpa Radiance)… Read More
Uncategorized 7 Sebab Jerawat Datang Posted on 07/08/2018 Jerawat adalah musuh utama terutama bagi perempuan! Ia datang tanpa di undang dan perginya sangat kita alu-alukan. Pernah tak, waktu dah nak sampai peristiwa atau event besar dalam hidup kita, macam contohnya hari raya, tiba-tiba jerawat naik mencanak. Atau pun dia naik seketul besar, merah! Stress tak? Kalau Syaza, stress…. Read More
bagus info ni..pesan diri awal2 sebelum nak kahwin ke apa..jangan bagi air suam dekat anak2..nasib baik jumpa posting ni.. thank you for the writeups Log in to Reply