Bahaya Air Suam Pada Bayi Posted on 28/08/2018 Tersedak sekejap. Bukan tak biasa orang selalu cadangkan bagi air suam pada anak sendiri. Alasannya, bilas sebab baru lepas minum susu ibu. Fuh! Agaknya anak kita ni macam orang dewasa dah ya. Walhal sistem pencernaan anak kita tak sama dengan kita yang dah tua bangka. Susu ibu adalah yang terbaik. Tak perlu nak bilas-bilas ni. Siapa yang rajin bilas baby mereka especially yang bawah 6 bulan tu, tolong baca sampai habis. Share dekat kawan-kawan, atau sedara mara atau sesiapa sahaja yang kita perlu tahu tentang ini. Kenapa tak boleh beri bayi minum air suam? Air suam, air masak, air mineral dan seangkatan dengannya, adalah sama. Jangan beri pada bayi anda melebihi keperluannya. Apatah lagi air paip. Memberi bayi di bawah usia 6 bulan air masak yang melebihi dari keperluannya, akan menyebabkan kepekatan sodium dalam darah cair. Bayi boleh kena sawan walaupun tidak demam. Dr. Jeniffer Anders, seorang doktor pediatrik di Johns Hopkins Children’s Centre, Baltimore berkata, “Buah pinggang bayi belum matang. Beri air yang berlebihan akan menyebabkan badan mereka kehilangan garam sodium bersama-sama dengan air yang di minum tadi,” Kehilangan sodium ini akan menyebabkan kegagalan otak untuk berfungsi dengan baik dan akhirnya bayi sawan dan perubahan mental boleh terjadi. Ini di panggil Water Intoxication. Jika bayi bawah 6 bulan di beri air masak, selepas minum susu, garam sodium (Na) akan cair dalam darahnya. Pernah tak, kita rendam daging yang masih fresh dalam cecair, dan bila tinggal lama (terlebih air meresap), akan jadi mengembang daging tu? Macam tu juga yang terjadi pada otak bayi. Bahasa mudahnya, ‘mengembang’, kerana sel terdedah pada cecair, dan akhirnya sawan. Kes bayi di serang sawan kerana air suam Perkongsian dari Dr Pakar Kanak-Kanak Adda, “Ada satu kes di mana bayi berbangsa India di serang sawan tanpa demam. Ketika itu bayi tersebut telah menghampiri usia 7 bulan. Ceritanya, nenek kepada bayi memberikan cucunya air masak 15 mL hingga 30 mL setiap kali selepas menyusu (FM). Susu FM dikatakan panas dan perlu di bilas dengan air, menurut neneknya. Bayi ini selalu dapat berak yang cair dan bila nak mula solid food, baby reject. So, baby belum start makanan pelengkap lagi. Satu hari, bayi ini dikejarkan di GH kerana sawan tanpa demam. Semua ujian telah di buat termasuk Lumbar Puncture dan result adalah normal. Yang tak normal adalah kandungan garam dalam darahnya yang hanya 125 semasa tarikh masuk wad dan meningkat kepada 130 selepas 24 jam dalam pemantauan doktor,” Susu Ibu Kaya dengan Air Semulajadi Bagi mereka yang menyusukan bayi, ketahuilah, tidak ada alasan untuk menyatakan perlunya bilasan dengan air suam dan sebagainya kerana susu ibu telah mempunyai kandungan air didalamnya sebanyak 85%! Dapatkan konsultasi percuma hari ini tentang penyusuan dan Set Menyusu yang sesuai, hubungi, 018-7684817 (Klik sini untuk Wassap) Page FB : Pengedar Shaklee Melaka – 0187684817 Instagram : @vitaminsyaza Your Certified Shaklee Product Consultant COD Melaka Pengeposan ke seluruh Malaysia Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Dari Gastrik ke Kanser Perut [Jangan Ambil Remeh] Posted on 11/10/2018 Antara tanda awal kanser perut adalah gastrik kronik akibat jangkitan H. Pylori Apa itu Kanser Perut? Ramai yang ambil remeh apabila mereka sakit perut. Tambahan pula, sakit perut jenis kerap. Sangkaan biasa apabila seseorang sakit perut adalah keracunan makanan, senggugut, perut memulas, dan angin. Lebih parah lagi sekiranya seseorang mempunyai… Read More
Uncategorized Cara Kira BMI Posted on 17/10/2017 Cara Kira BMI BMI adalah singkatan kepada Body Mass Index. Bahasa Malaysia bagi BMI ialah Jisim Indeks Badan. BMI merupakan ukuran berat badan kepada ketinggian seseorang. Kenapa Penting Tahu BMI? BMI penting kerana melaluinya kita boleh tahu sama ada kita kategori yang mengalami masalah berat badan, normal atau kurang berat… Read More
Uncategorized Set Cantik Shaklee Posted on 28/07/2018 Apa itu Set Cantik Shaklee? Set Cantik dari Shaklee terdiri daripada 3 item utama iaitu Energizing Soy Protein (ESP), Vitamin C dan Vitamin E. ESP adalah dari jenis minuman. Manakala Vitamin C dan Vitamin E adalah dari jenis tablet. Fungsi Set Cantik Shaklee Secara umumnya, Set Cantik ini berfungsi untuk… Read More
bagus info ni..pesan diri awal2 sebelum nak kahwin ke apa..jangan bagi air suam dekat anak2..nasib baik jumpa posting ni.. thank you for the writeups Log in to Reply