3 Cara Milk Booster Bantu Tingkatkan Susu Posted on 08/10/201817/09/2022 Last updated on September 17th, 2022 at 09:17 pm Semakin kita bersama dengan seorang bayi yang kian membesar, semakin penting konsep demand & supply. Payudara perlu sentiasa dikosongkan sama ada dengan cara menyusu secara diret atau pam susu. Semakin kerap payudara kosong, semakin kerap susu baru akan dihasilkan. Ini adalah faktor utama dalam teknik penyusuan. Konsep demand & supply perlu dititikberatkan sepanjang fasa penyusuan ibu dan anak. Demand & supply beerti, aliran susu bergantung kepada tahap keperluan (demand) anak terhadap susu.  Anak minum susu, maka ada susu. Itu trick dan tips paling simple untuk breastfeed! Cabaran Menyusu Badan Namun begitu, jika menyusu adalah semudah A-B-C pasti ramai ibu akan menyusukan anak sendiri. Oleh sebab menyusu badan ini ada pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, tidak hairan jika ada ibu yang mengambil keputusan untuk berhenti menyusu lebih awal. Antara cabaran terbesar yang biasa berlaku adalah susu badan sedikit, susu badan tidak banyak. Dua benda ini akan menyebabkan ibu berputus asa daripada meneruskan penyusuan penuh sekurang-kurangnya sehingga anak berusia 2 tahun. Kenal Tanda Susu Badan Drop Awak jangan terus putus asa apabila ada segelintir orang yang beritahu atau tanya mengenai susu badan. Contoh soalan yang selalu ibu menyusu di tanya dengan kurang enak ialah, “Cukup ke susu badan tu?” Sebenarnya ada banyak tanda yang awak boleh periksa sendiri sama ada susu badan awak drop mengikut keperluan anak atau sebaliknya. Dalam banyak situasi, susu badan itu tidak mudah untuk dia drop dengan begitu sahaja. Jika susu badan drop juga atas punca tertentu, maka awak tidak perlu risau kerana ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengembalikan semula susu badan mengikut keperluan anak yang awak susukan. Baca: Periksa 29 Tanda Ini Susu Badan Semakin Sedikit dan Drop! Salah satunya yang paling terbaik adalah dengan mengambil milk booster atau nama lainnya yang mudah di panggil sebagai makanan penggalak susu badan. Bagaimana milk booster ini membantu meningkatkan susu badan awak? Milk Booster Banyakkan Susu Badan: 3 Cara 1. Hormon Oxytocin Meningkat Perlu gembira bila menyusu badan untuk menghasilkan susu dengan banyak. Ini adalah fakta.  Perasaan gembira itu akan menyebabkan satu hormon yang di panggil hormon kegembiraan (oxytocin) yang kemudiannya memudahkan susu untuk keluar.  Tetapi lumrah manusia, adakala awak akan rasa tertekan dan letih dalam sehari selepas menguruskan kerja termasuk kerja di luar atau dalam rumah. Belum campur lagi faktor menguruskan anak-anak yang lain bagi awak yang ada anak lebih dari seorang.  Kesannya jika ibu menyusu stress, letih ialah akan menyebabkan susu badan susah nak keluar. Masalah akhir, susu badan jadi semakin kering!  Semua ibu menyusu mesti suka makan. Menyusu ini bagi perut selalu rasa lapar. Tuntutan harian yang meletihkan lagi buat perut rasa lapar. Makan pula terkejar-kejar. Bertambah dari letih, stress kemudian sekarang lapar. Semua ada kaitan antara satu sama lain yang bagi kesan susu badan drop.  Oleh itu di sini peranan pertama milk booster iaitulah membantu untuk awak meningkatkan hormon oxytocin supaya susu badan mudah dikeluarkan daripada payudara.  Milk booster apa yang akan tingkatkan oxytocin? Jawapannya ialah apa sahaja makanan yang boleh buat awak gembira.  Contohnya jika awak suka makan coklat dan rasa gembira serta release stress selepas mengambilnya, maka itu adalah secara peribadi milk booster untuk diri awak. Lain ibu, lain jenis makanan yang disukai.  Namun begitu, sekiranya awak ingin mencari milk booster yang memang spesifik khas bagi membantu masalah susu badan drop secara serius, maka, cuba sendiri keberkesanan Set Menyusu Shaklee yang lengkap untuk membantu menggalakkan lagi penghasilan susu badan awak. 2. Membekalkan Kalori Cukup Ibarat membakar 500 kalori. Ini adalah pembakaran kalori yang berlaku ke atas ibu yang menyusukan anak. Andainya keperluan kalori awak tidak mencukupi dalam sehari, ia akan menjejaskan susu badan awak. Oleh itu, awak perlu untuk pastikan setiap hari awak mengambil makanan dengan kalori yang lebih sebanyak kira-kira 300 hingga 500 kcal. Amaun tersebut ialah amaun yang diperlukan oleh seorang ibu menyusu berbanding ibu-ibu lain yang tak menyusukan anak. Untuk mudah faham, jika ibu biasa makan seekor ikan – awak pula yang menyusukan anak, perlu ambil dua ekor ikan. Kalori yang mencukupi akan membantu menggalakkan penghasilan susu badan. Dari mana nak dapat kalori, kalau bukan dari makanan harian yang awak makan. Elak dari diet berlebihan tanpa ilmu yang baik jika awak menyusu badan dan ingin kuruskan badan. Makanlah makanan penggalak susu yang terbaik terdiri daripada buah dan sayur-sayuran. Baca lengkap mengenai 10 Makanan Milk Booster Terbaik Banyakkan Susu Badan Set Menyusu Shaklee bukan sahaja membantu memperbanyak susu badan sebagai milk booster, tetapi ia tidak menggemukkan. 3. Menghasilkan Hormon Prolaktin Prolaktin diperlukan untuk menghasilkan susu, manakala oxytocin pula ialah hormon untuk keluarkan susu. Kadangkala susu tu ada tapi susah nak keluar. Yang ini berbalik kepada point yang pertama macam mana milk booster bantu hasilkan oxytocin terutama bagi ibu yang stress dan letih. Tapi kalau hormon prolaktin sikit, maka susu memang sikit juga. Bukan susah nak keluar, tapi tak ada pun dalam ‘kilang’ susu itu! Milk booster secara teori boleh meningkatkan susu badan dengan cara ia berinteraksi bersama penerima dopamine untuk meningkatkan tahap prolaktin. Makan Untuk Gembira Menyusu Ini adalah 3 cara bagaimana milk booster boleh membantu banyakkan susu badan awak. Jangan risau tentang diet bila dah jadi ibu menyusu. Tapi kalau awak memang risau sebab berat badan awak dah masuk kategori berlebihan, Set Menyusu Shaklee boleh bantu banyakkan susu badan dan dalam masa yang sama turunkan berat badan. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Penyusuan Ibu 5 Tips Susu Ibu Meriah Posted on 08/08/201830/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 04:43 am Perkongsian kali ni adalah sharing dari Syaza sendiri sebagai seorang ibu yang menyusukan anak. Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh Allah mengizinkan Syaza untuk menyusukan anak Syaza yang di beri nama Zehraa. Sebelum kita pergi kepada teknik, Syaza merupakan seorang ibu… Read More
Tips Penyusuan Ibu Apa Maksud Milk Booster? Posted on 07/10/201830/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 07:21 am Milk booster, milkbooster, milkbooster. Selalu dengar, tapi sebenarnya apa maksud dan yang dimaksudkan dengan milk booster ni? Apa itu Milk Booster? Kalau kita semua nak tahu, milk booster jatuh di bawah definisi, galactogogues yang membawa maksud, makanan yang meningkatkan… Read More
Tips Penyusuan Ibu 4 Makanan Wajib Elak | Susu Sikit Posted on 05/10/201830/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 07:31 am Elakkan 4 jenis makanan ini, buat semua ibu yang menyusukan anak khas yang mengalami masalah susu sikit. Bagi ibu yang sedang berhadapan masalah kekurangan susu, elak 4 makanan ini dan boleh di ambil seperti biasa sekiranya anak sesuai dengan makanan-makanan ini. … Read More