Last updated on September 17th, 2022 at 09:17 pm
Semakin kita bersama dengan seorang bayi yang kian membesar, semakin penting konsep demand & supply. Payudara perlu sentiasa dikosongkan sama ada dengan cara menyusu secara diret atau pam susu. Semakin kerap payudara kosong, semakin kerap susu baru akan dihasilkan. Ini adalah faktor utama dalam teknik penyusuan.
Anak minum susu, maka ada susu. Itu trick dan tips paling simple untuk breastfeed!
Cabaran Menyusu Badan
Namun begitu, jika menyusu adalah semudah A-B-C pasti ramai ibu akan menyusukan anak sendiri. Oleh sebab menyusu badan ini ada pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, tidak hairan jika ada ibu yang mengambil keputusan untuk berhenti menyusu lebih awal.
Antara cabaran terbesar yang biasa berlaku adalah susu badan sedikit, susu badan tidak banyak.Â
Dua benda ini akan menyebabkan ibu berputus asa daripada meneruskan penyusuan penuh sekurang-kurangnya sehingga anak berusia 2 tahun.
Kenal Tanda Susu Badan Drop
Awak jangan terus putus asa apabila ada segelintir orang yang beritahu atau tanya mengenai susu badan. Contoh soalan yang selalu ibu menyusu di tanya dengan kurang enak ialah, “Cukup ke susu badan tu?”
Sebenarnya ada banyak tanda yang awak boleh periksa sendiri sama ada susu badan awak drop mengikut keperluan anak atau sebaliknya. Dalam banyak situasi, susu badan itu tidak mudah untuk dia drop dengan begitu sahaja.Â
Jika susu badan drop juga atas punca tertentu, maka awak tidak perlu risau kerana ada pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengembalikan semula susu badan mengikut keperluan anak yang awak susukan.
Baca: Periksa 29 Tanda Ini Susu Badan Semakin Sedikit dan Drop!
Salah satunya yang paling terbaik adalah dengan mengambil milk booster atau nama lainnya yang mudah di panggil sebagai makanan penggalak susu badan.
Bagaimana milk booster ini membantu meningkatkan susu badan awak?
Milk Booster Banyakkan Susu Badan: 3 Cara
1. Hormon Oxytocin Meningkat
2. Membekalkan Kalori Cukup
Andainya keperluan kalori awak tidak mencukupi dalam sehari, ia akan menjejaskan susu badan awak. Oleh itu, awak perlu untuk pastikan setiap hari awak mengambil makanan dengan kalori yang lebih sebanyak kira-kira 300 hingga 500 kcal.
Amaun tersebut ialah amaun yang diperlukan oleh seorang ibu menyusu berbanding ibu-ibu lain yang tak menyusukan anak.
Untuk mudah faham, jika ibu biasa makan seekor ikan – awak pula yang menyusukan anak, perlu ambil dua ekor ikan.Â
Kalori yang mencukupi akan membantu menggalakkan penghasilan susu badan. Dari mana nak dapat kalori, kalau bukan dari makanan harian yang awak makan.Â
Elak dari diet berlebihan tanpa ilmu yang baik jika awak menyusu badan dan ingin kuruskan badan.Â
Makanlah makanan penggalak susu yang terbaik terdiri daripada buah dan sayur-sayuran.
Baca lengkap mengenai 10 Makanan Milk Booster Terbaik Banyakkan Susu BadanÂ
Set Menyusu Shaklee bukan sahaja membantu memperbanyak susu badan sebagai milk booster, tetapi ia tidak menggemukkan.
3. Menghasilkan Hormon Prolaktin
Prolaktin diperlukan untuk menghasilkan susu, manakala oxytocin pula ialah hormon untuk keluarkan susu.Â
Kadangkala susu tu ada tapi susah nak keluar. Yang ini berbalik kepada point yang pertama macam mana milk booster bantu hasilkan oxytocin terutama bagi ibu yang stress dan letih.
Tapi kalau hormon prolaktin sikit, maka susu memang sikit juga. Bukan susah nak keluar, tapi tak ada pun dalam ‘kilang’ susu itu!
Milk booster secara teori boleh meningkatkan susu badan dengan cara ia berinteraksi bersama penerima dopamine untuk meningkatkan tahap prolaktin.Â
Makan Untuk Gembira Menyusu
Ini adalah 3 cara bagaimana milk booster boleh membantu banyakkan susu badan awak. Jangan risau tentang diet bila dah jadi ibu menyusu. Tapi kalau awak memang risau sebab berat badan awak dah masuk kategori berlebihan, Set Menyusu Shaklee boleh bantu banyakkan susu badan dan dalam masa yang sama turunkan berat badan.