Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan | Trimester Pertama Posted on 27/09/2018 Tahniah, syukur alhamdulillah kepada mommies yang sedang tersenyum kegembiraan tika ini meraikan kandungan yang sedang membesar dengan baik di dalam rahim. Sesungguhnya, tiada yang lebih gembira lebih dari mendapat khabar dari Allah akan menjadi seorang ibu kelak. 😍 وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.”(Al- mu’minun : 12) ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ “Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).”(Al- mu’minun : 13) ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ ۚ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ “Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”(Al- mu’minun : 14) Jom kita tengok, apa yang berlaku waktu trimester pertama ni. “Hai adik baby, buat apa tu dalam perut ibu?” 😇 Perkembangan Bayi Semasa Kehamilan | Trimester Pertama Trimester pertama merujuk kepada kehamilan dalam tempoh 1 hingga 3 bulan. Syaza akan kongsikan perkembangan bayi kita bermula dari bulan pertama hingga bulan ketiga. Bulan 1 Jantung mula terbentuk. Bayi kita mula membentuk tiub neural. Waktu ini adalah waktu yang paling kritikal dan para ibu sekalian WAJIB mengamalkan asid folik bagi mengelakkan masalah kecacatan tiub neural. Banyak kajian dan nasihat dari pengamal kesihatan sendiri, akan kepentingan asid folik bagi mengatasi dan mengelakkan masalah kecacatan tiub neural. Akibat dari kecacatan ini hanya ialah spina bifida. Tips Pastikan para ibu konsisten mengambil asid folik bagi elak kecatatan pada tiub neural Baca selanjutnya >> Set Hamil Terbaik Pilihan Hati Mommy Sepanjang Zaman Bulan 2 Ratusan sel otak bayi sedang terbentuk setiap minit. Tulang rangkanya juga sedang terbentuk. Tips : Pantau pengambilan protein mencukupi setiap hari untuk menyokong perkembangan bayi yang sedang pesat Ambil lemak sihat untuk asas kepada tisu baru Konsisten kalsium bagi menyokong perkembangan tulang rangka Bulan 3 Sebahagian besar organ sudah terbentuk, termasuk mata. Tips : Vitamin B6 diperlukan bagi melegakan mabuk hamil Asid lemak omega-3 untuk menyokong perkembangan mata dan otak kalsium bagi melegakan dan mengatasi sembelit Baca selanjutnya >> Set Hamil Terbaik Pilihan Hati Mommy Sepanjang Zaman Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Testimoni Ikhtiar GLA Complex : Berjaya Hamil Selepas Lama Menunggu Posted on 02/09/2018 Bagi wanita yang sudah berumahtangga, memiliki cahaya mata adalah antara perkara terindah bagi diri mereka. Ia bukan sahaja dapat membuat sesebuah rumahtangga bahagia, malah, anak adalah saham dunia dan akhirat. Namun begitu, masalah haid tak teratur kadangkala menyumbang kepada timbulnya masalah kesuburan dalam kalangan wanita. Kerana itu dalam Set Kesuburan… Read More
Uncategorized Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Kedua Posted on 27/09/2018 Ok, selalunya bila dah masuk fasa kedua iaitu trimester kedua ni, para ibu dah kurang atau hampir hilang loya dan alahan. Syaza sendiri, waktu ni masih ada alahan namun dah berkurangan sikit, tak seteruk waktu pertama dulu. Baca sebelumnya >> Perkembangan Bayi Waktu Kehamilan | Trimester Pertama Apa pun, lain… Read More
Uncategorized Kemurungan Lebih Kronik Dari Stress Posted on 21/10/2018 Menurut World Health Organisation (WHO), 80,000 telah membunuh diri setiap tahun dan 11 daripada 100,000 orang yang mengambil keputusan membunuh diri adalah akibat masalah kemurungan. Malah, turut mengejutkan, kemurungan atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai depression, adalah menjadi punca kematian bunuh diri utama dalam kalangan remaja lingkungan usia 15… Read More
kuasa allah kan… dari segumpal darah menjadi manusia bernyawa… syg nya ramai yg ingkar daripada bersyukur… Log in to Reply