Ini Adalah 5 Sebab Mengapa Awak Perlu Untuk Makan Kolagen Posted on 15/05/201919/06/2022 Last updated on June 19th, 2022 at 07:08 am Kolagen ialah sejenis protein penting yang ada pada setiap orang. Persoalannya hari ini, adakah perlu untuk ambil kolagen? Dalam artikel ini, awak akan mengetahui 5 sebab kenapa awak perlukan kolagen. 5 Sebab Awak Perlu Makan Kolagen 1. Kulit Tidak Cepat Tua 30% protein dalam badan kita adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, serta mengekalkan keanjalan kulit dan juga memastikan ikatan di bahagian dalam dan luar kulit, kuat! Keanjalan kulit akibat pengurangan kolagen dalam badan boleh berlaku kerana pelbagai faktor dan punca, antaranya ialah kerana faktor umur. Pengambilan suplemen kolagen dalam menu suplemen harian akan membantu mengekalkan paras kolagen di tahap optimum. 2. Untuk Lutut dan Sendi Lebih Kuat Kolagen membina blok asas untuk sendi dan ia memainkan peranan penting untuk menyokong sendi supaya lebih fleksibel.Di samping itu, kolagen kaya dengan asid amino yang bertanggungjawab memberikan sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang tendon dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif. 3. Rambut Lebat Berkilau, Kuku Sihat Cantik Rambut dan kuku kita sangat memerlukan kolagen bagi mendapatkan kekuatan. Ciri anti-oksidan dari kolagen itu sendiri membantu melawan radikal bebas yang boleh membuatkan rambut cepat beruban dan kuku menjadi rapuh. Apabila badan mempunyai kolagen yang mencukupi, ia dapat menghantar nutrien di kulit kepala dan membina semula struktur kuku, supaya rambut dapat tumbuh dengan sihat, berkilat, serta kuku menjadi lebih kuat! 4. Top-Up Kolagen Baru Selalu Menurut seorang Pembantu Profesor Dermatologi di University of Pittburgh dan Pengrah Pembedahan Kosmetik dan Pusat Kesihatan Kulit, selepas umur 20 tahun, penghasilan kolagen berkurangan sebanyak 1% berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini membawa kepada penampakan garis halus, kedutan, kulit kering, dan kusam. Untuk mengurangkan kesan ini, kita perlu mengambil kolagen dari sekarang! 5. Gantikan Kolagen Yang Rosak Setiap Hari Pendedahan kulit kepada radikal bebas seperti pencemaran alam sekitar dan sinaran UV terik mentari akan menyebabkan kolagen lebih cepat rosak hari demi hari. Ia memberi kesan buruk kepada kulit kita. Oleh itu kita perlu dapatkan sokongan tambahan bagi memastikan kandungan kolagen sentiasa cukup bagi mengekalkan kesihatan dan kecantikan kulit. Tambahkan Kolagen Hari Ini dengan Shaklee Collagen Plus Powder Collagen Shaklee terbukti berkesan memberikan kulit yang anjal, cerah, pori mengecil, kulit halus dan lembap dalam masa seawal 8 minggu penggunaan. Ingin tahu tentang Collagen Shaklee lebih details, boleh teruskan pembacaan di sini >> Shaklee Collagen Plus Powder: Fungsi, Manfaat dan Testimoni Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Ini 5 Fungsi Collagen Yang Sebenar Ramai Tak Tahu Lagi Posted on 09/05/202002/11/2022 Last updated on November 2nd, 2022 at 05:44 am Kolagen sangat penting untuk kulit dan kesihatan kerana ia adalah protein yang paling banyak terhasil di dalam tubuh badan kita. Ia merupakan komponen utama tisu termasuklah di bahagian ligamen, sendi, tendon, kulit dan juga otot. Terdapat pelbagai fungsi penting kolagen termasuklah… Read More
Tips Kecantikan 8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda Posted on 06/08/201930/11/2021 Last updated on November 30th, 2021 at 06:49 am 8 Jenis Minuman Terbaik Untuk Kulit Awet Muda 1. Teh Hijau Kandungan antioskidan di dalam teh hijau boleh membantu melambatkan proses penuaan. Teh hijau berfungsi untuk membuang toksin dalam badan yang terhasil dari pelbagai faktor antaranya ialah pemakanan… Read More
Antioksidan 7 Antioksidan Untuk Kulit Anda Lebih Awet Muda Posted on 01/06/202302/06/2023 Last updated on June 2nd, 2023 at 11:07 pm Antioksidan untuk Kulit | Antioksidan ialah bahan yang boleh mencegah atau melambatkan beberapa jenis kerosakan sel dengan menyelia radikal bebas dan tekanan oksidatif. Badan manusia akan melalui tekanan oksidatif yang mengakibatkan masalah penuaan dan kesihatan seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser…. Read More
bila dh makin kertu nih, kulit dh hilang kolagen itu yg kedut tu, kendur dh kan… mmg perlu di ambil kolagen tambahan nih Reply