RAHSIA SUSU BADAN MERIAH WALAUPUN MASA BERPUASA

5 Tips Banyakkan Susu Badan Masa Puasa

Last updated on June 13th, 2025 at 01:04 pm

 
Tempoh penyusuan sempurna sehingga anak mencecah umur 2 tahun, memberi banyak cabaran buat para ibu yang menyusukan anak. Paling kurang, mesti akan melalui 2 kali Ramadhan, dengan pengalaman menyusukan anak.
 
 
Malah, ada yang turut di beri peluang oleh Allah, menyusu dan sekaligus mengandung di bulan Ramadhan. Namun, ini bukan alasan untuk kita tidak terus menjalankan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan ini dengan baik dan istiqamah.
 
Umum perlu sedar dan tahu bahawa, menyusukan anak ini umpama membakar kalori seperti mendaki sebuah gunung tau! Memang sangat letih dan penat. Antara masalah yang sering dihadapi oleh ibu menyusu ialah
 
  • Dehidrasi
  • Hilang air dengan banyak
  • Letih
  • Lesu
  • Pening kepala
  • Susu kurang
 
Poin terakhir, sangat membuat hati kita sebagai seorang ibu resah dan susah. Masakan tidak, melihat bibir anak kering dan pecah, kerana kurang susu terutama susu hindmilk. Lalu, kita pun ambil keputusan untuk berbuka. Ya, sememangnya syarak membenarkan untuk berbuka bagi ibu menyusu jika ianya memudaratkan bayi atau ibu atau keduanya sekali.

Boleh baca tentang Hukum Ibu Menyusu Berbuka Puasa.

 
Tetapi, hakikatnya, ada pelbagai cara yang kita boleh dilakukan untuk kekal bertenaga dan aktif walaupun dalam masa yang sama perlu melalui fasa menyusukan anak ini. Jom kita cuba satu persatu di bulan puasa ini supaya susu tetap melimpah dan kita sebagai ibu menyusu kekal bertenaga aktif.
 
Tips Ibu Menyusu Kekal Bertenaga Bulan Puasa
 
1. Bersahur, Lebihkan Protein
 
Jangan sesekali skip sahur! Pastikan ibu menyusu bersahur setiap hari tanpa tertinggal. Makan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi lengkap. Karbohidrat, protein, vitamin. Lebihkan pengambilan protein kerana, susu yang berkualiti akan terhasil dengan lebih baik melalui protein yang di ambil ibu.
 
2. Minum Air Secukupnya
 
Sepanjang bulan puasa, pastikan ibu menyusu mengambil air putih atau air masak secukupnya di waktu sahur, berbuka dan juga selepas berbuka. Hal ini bagi mengatasi masalah dehidrasi atau kehilangan air yang banyak di dalam badan. Menyusukan anak, akan kerap membuat si ibu berasa dagaha.
 
3. Cuba Air Nabeez
 
Air nabeez, selain ianya adalah sunnah junjungan tercinta Rasulullah SAW, ia juga terkenal bagi dijadikan milk booster untuk para ibu menyusu. Cara membuat air nabeez ialah, rendam kurma ATAU kismis selama semalaman. Rendaman kismis atau kurma hendaklah di buat berasingan. Kalau nak kurma, kurma sahaja. Begitu juga kismis. Tidak boleh di campur sekali. Perlu pilih salah satu.
 
 
4. Berbuka Dengan Makanan Lengkap
 
Segerakan waktu berbuka. Selain sunnah, ianya membantu ibu menyusu agar tidak mudah lesu dan letih untuk keesokan hari. Sebagaimana bersahur, waktu berbuka juga perlu dipastikan agar pengambilan makanan di ambil dengan zat dan nutrisi penuh bagi membekalkan kembali keperluan untuk menghasilkan susu terutama susu jenis hindmilk atau susu berkalori tinggi di dalam badan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Leave a Reply