7 Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Posted on 03/06/202307/06/2023 Last updated on June 7th, 2023 at 01:42 am Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan |Ā Allah sangat suka akan mukmin yang kuat berbanding yang lemah. Untuk menjadi kuat, kita hendaklah menjaga kesihatan. Lihat bagaimana pesuruh Allah yang diutuskan kepada sekalian manusia akhir zaman – Rasulullah SAW – walaupun berusia separuh abad, tetapi baginda SAW tetap kuat untuk menjadi pemimpin dan panglima perang. Begitu juga dengan sahabat-sahabat baginda SAW.Kesemuanya menunjukkan ciri-ciri tubuh badan yang sihat daripada penyakit sama ada sakit yang kronik atau sakit biasa yang selalu rakyat Malaysia ada – tiga serangkai.Apakah rahsia cara Rasulullah SAW menjaga kesihatan baginda? Dalam artikel ini, anda akan mengetahui 8 cara Rasulullah SAW jaga kesihatan yang sangat sesuai untuk diamalkan walaupun anda masihĀ beginnerĀ untuk mula jaga kesihatan. 1. Bangun Sebelum Subuh Rasulullah SAW mendidik umatnya untuk bangun sebelum subuh agar dapat melaksanakan solat sunat dan solat subuh terutama secara berjemaah untuk lelaki.Ā Dalam sebuah hadis, Nabi SAW telah bersabda:Ų§ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁ ŲØŁŲ§Ų±ŁŁŁ ŁŁŲ£ŁŁ ŁŁŲŖŁŁ ŁŁŁ ŲØŁŁŁŁŲ±ŁŁŁŲ§Ā ŁŁŁŁŲ§ŁŁ Ų„ŁŲ°ŁŲ§ ŲØŁŲ¹ŁŲ«Ł Ų³ŁŲ±ŁŁŁŁŲ©Ł Ų£ŁŁŁ Ų¬ŁŁŁŲ“ŁŲ§ ŲØŁŲ¹ŁŲ«ŁŁŁŁ Ł ŁŁŁ Ų£ŁŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁŲ§Ų±Ł ā.ā ŁŁŁŁŲ§ŁŁ ŲµŁŲ®ŁŲ±Ł Ų±ŁŲ¬ŁŁŲ§Ł ŲŖŁŲ§Ų¬ŁŲ±ŁŲ§ ŁŁŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŲØŁŲ¹ŁŲ«Ł ŲŖŁŲ¬ŁŲ§Ų±ŁŲŖŁŁŁ Ł ŁŁŁ Ų£ŁŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁŲ§Ų±Ł ŁŁŲ£ŁŲ«ŁŲ±ŁŁ ŁŁŁŁŲ«ŁŲ±Ł Ł ŁŲ§ŁŁŁŁ.Ā āāĀ Ā Maksudnya:Ā Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi SAW, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).Riwayat Abu Daud (2606). Syeikh Al-Albaani menilainya Sahih.Kajian menunjukkan, jika anda bangun awal sebelum matahari terbit – anda akan mudah masuk tidur lebih awal dan dapat tidur yang berkualiti untuk memberikan tubuh badan anda rehat yang mencukupi bagi kesihatan berpanjangan. 2. Rasulullah SAW Tidak Makan Berlebihan Perut adalah punca utama kepada pelbagai masalah kesihatan. Oleh sebab itu, sebagai langkah menjaga kesihatan cara Rasulullah SAW – makan secara bersederhana.Baginda SAW tidak pernah makan berlebihan. Prinsip pemakanan baginda SAW,Ā ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sepotong hadis:Ł ŁŲ§ Ł ŁŁŁŲ£Ł Ų¢ŲÆŁŁ ŁŁŁŁ ŁŁŲ¹ŁŲ§Ų”Ł Ų“ŁŲ±ŁŁŲ§ Ł ŁŁŁ ŲØŁŲ·ŁŁŁ. ŲØŁŲŁŲ³ŁŲØŁ Ų§ŲØŁŁŁ Ų¢ŲÆŁŁ Ł Ų£ŁŁŁŁŁŲ§ŲŖŁ ŁŁŁŁŁ ŁŁŁ ŲµŁŁŁŲØŁŁŁŲ ŁŁŲ„ŁŁŁ ŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŲ§ Ł ŁŲŁŲ§ŁŁŲ©Ł ŁŁŲ«ŁŁŁŲ«Ł ŁŁŲ·ŁŲ¹ŁŲ§Ł ŁŁŁ ŁŁŲ«ŁŁŁŲ«Ł ŁŁŲ“ŁŲ±ŁŲ§ŲØŁŁŁ ŁŁŲ«ŁŁŁŲ«Ł ŁŁŁŁŁŁŲ³ŁŁŁMaksudnya:Ā āTiada ruang yang manusia isi yang lebih buruk daripada perut. Cukuplah bagi anak Adam memakan beberapa suapan untuk menegakkan tulang sulbinya. Namun, jika dia tidak dapat mengelaknya, maka hendaklah dia membahagikan sepertiga perutnya (diisi) untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk nafasnya.āRiwayat al-Tirmidzi (2380), hadis ini dinilai sebagai hadis hasan sahih. Anda Mungkin Meminati >> Ibu, harus kuat! 3. Rasulullah SAW Makan Buah Sebelum Makan Pakar menyatakan mengambil buah-buahan sebelum makan makanan seperti roti, nasi, mee dan lain-lain mempunyai manfaat penyerapan nutrien yang lebih baik berbanding tidak makan buah sebelum makan.Ketika mensyarahkan sebuah hadis dalam sahih Muslim, iaitu sebuah hadis yang menceritakan ketika baginda SAW bersama Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar keluar pada waktu malam. Mereka keluar untuk mencari makan lalu sampai ke rumah Abi Haitham yang kemudiannya memberi mereka makan kurma terlebih dahulu. Menurut Imam al-Nawawi Rahimahullah:ŁŁŁŁŁŁŁ ŲÆŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁ Ų§Ų³ŁŲŖŁŲŁŲØŁŲ§ŲØŁ ŲŖŁŁŁŲÆŁŁŁ Ł Ų§ŁŁŁŁŲ§ŁŁŁŁŲ©Ł Ų¹ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŲ®ŁŲØŁŲ²Ł ŁŁŲ§ŁŁŁŁŲŁŁ Ł ŁŁŲŗŁŁŁŲ±ŁŁŁŁ ŁŲ§Maksudnya: āHadith ini sebagai dalil dianjurkannya mendahulukan makan buah-buahan sebelum memakan roti, daging dan selain daripada keduanya.āĀ [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim,Ā 213/13]Dengan memakan buah sebelum makan juga memberi anda kelebihan untuk tidak makan secara berlebihan sebab anda dah kenyang dulu dengan buah. Jadi ini adalah langkah yang sangat baik untuk elak anda makan secara berlebihan yang akhirnya boleh memudaratkan kesihatan.Anda Mungkin Meminati >>Ā Kebaikan Buah Naga 4. Gemar Berjalan Kaki Banyak suruhan Rasulullah SAW yang menganjurkan berjalan kaki terutama jika nak menunaikan solat di masjid.Ā Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:Ł ŁŁŁ ŲŖŁŲ·ŁŁŁŁŲ±Ł ŁŁŁ ŲØŁŁŁŲŖŁŁŁ Ų«ŁŁ ŁŁ Ł ŁŲ“ŁŁ Ų„ŁŁŁŁ ŲØŁŁŁŲŖŁ Ł ŁŁŁ ŲØŁŁŁŁŲŖŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁŁŲ¶ŁŁŁ ŁŁŲ±ŁŁŲ¶ŁŲ©Ł Ł ŁŁŁ ŁŁŲ±ŁŲ§Ų¦ŁŲ¶Ł Ų§ŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ§ŁŁŲŖŁ Ų®ŁŲ·ŁŁŁŲŖŁŲ§ŁŁ Ų„ŁŲŁŲÆŁŲ§ŁŁŁ ŁŲ§ ŲŖŁŲŁŲ·ŁŁ Ų®ŁŲ·ŁŁŲ¦ŁŲ©Ł ŁŁŲ§ŁŲ£ŁŲ®ŁŲ±ŁŁ ŲŖŁŲ±ŁŁŁŲ¹Ł ŲÆŁŲ±ŁŲ¬ŁŲ©ŁMaksudnya: Sesiapa yang membersihkan dirinya (berwuduk) di rumahnya kemudian dia berjalan kaki menuju ke satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk dia menunaikan satu kefardhuan dari kefardhuan-kefardhuan kepada Allah, maka setiap langkahnya itu salah satunya memadamkan dosa dan selangkah lagi mengangkat darjatnya.Ā Riwayat Muslim (666)Berjalan kaki walaupun nampak macam biasa tapi impaknya besar. Antara kelebihan jika gemar berjalan kaki setiap hari selama 30 minit ialah dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan kardiovaskular.Anda Mungkin Meminati >>Ā Berjalan Kaki: Kuruskan Badan 5. Rasulullah SAW Melazimi Berpuasa Rasulullah SAW mengajar kita untuk berpuasa sunat selain di bulan Ramadhan – sekurang-kurangnya pada hari Isnin, Khamis dan juga hari tasyrik setiap bulan.Kajian saintifik mengenai kelebihan puasa dan kesihatan sangat banyak. Malah, turut ada penemuan tentang gaya diet sihat iaitu intermittent fasting. Rahsia sihat di sebalik puasa ini telah lama diamalkan oleh Rasulullah SAW untuk kita contohi.Penyelidikan telah menemui bahawa dengan berpuasa boleh memberi impak positif kepada kesihatan dari segi tekanan darah tinggi, masalah radang dan termasuklah memberi manfaat untuk turunkan berat badan.Anda Mungkin Meminati >>Ā 9 Menu Idea Sahur Sihat Selain NasiBaginda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr bin al-āAs, sabda Nabi SAW:Ų£ŁŲŁŲØŁŁ Ų§ŁŲµŁŁŁŁŲ§Ł Ł Ų„ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŲ²ŁŁ ŁŁŲ¬ŁŁŁŁ ŲµŁŁŁŲ§Ł Ł ŲÆŁŲ§ŁŁŲÆŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ Ų§ŁŲ³ŁŁŁŲ§ŁŁ Ł ŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŲµŁŁŁ Ł ŁŁŁŁŁ ŁŲ§ ŁŁŁŁŁŁŲ·ŁŲ±Ł ŁŁŁŁŁ ŁŲ§ ŁŁŲ£ŁŲŁŲØŁŁ Ų§ŁŲµŁŁŁŲ§ŁŲ©Ł Ų„ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁ Ų¹ŁŲ²ŁŁ ŁŁŲ¬ŁŁŁŁ ŲµŁŁŲ§ŁŲ©Ł ŲÆŁŲ§ŁŁŲÆŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ Ų§ŁŲ³ŁŁŁŲ§ŁŁ Ł ŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŁŁŲ§Ł Ł ŁŁŲµŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŁŁŁŁŁŁ Ł Ų«ŁŁŁŲ«ŁŁŁ ŁŁŁŁŁŁŲ§Ł Ł Ų³ŁŲÆŁŲ³ŁŁŁMaksudnya: āPuasa yang paling dicintai olehi Allah āAzza wa Jalla adalah puasa Daud AS. Baginda berpuasa satu hari kemudian tidak berpuasa pada keesokannya. Sebaik-baik solat yang disukai Allah āAzza wa Jalla adalah solat Daud AS. Baginda tidur seperdua malam dan bagun mendirikan solat sepertiga malam lalu disambung tidur satu per enamnya.ā Riwayat al-Nasaāie (2344)Anda Mungkin Meminati >> 7 Kebaikan Diet Intermittent Fasting Tak Ramai Tahu 6. Rasulullah SAW Tidak Suka Marah Suka marah menyebabkan badan akan jadi senang sakit. Oleh sebab itu, dalam Islam kita di didik tentang kesihatan bukan sahaja bab pemakanan dan senaman tetapi turut di ajar untuk menjaga keseimbangan emosi.Abu Hurairah RA meriwayatkan, sabda Rasulullah SAW:Ų£ŁŁŁŁ Ų±ŁŲ¬ŁŁŁŲ§ ŁŁŲ§ŁŁ ŁŁŁŁŁŁŲØŁŁŁŁ ŲµŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁ Ų¹ŁŁŁŁŁŁŁ ŁŁŲ³ŁŁŁŁŁ Ł: Ų£ŁŁŁŲµŁŁŁŁŲ ŁŁŲ§ŁŁ: Ā«ŁŲ§Ł ŲŖŁŲŗŁŲ¶ŁŲØŁĀ» ŁŁŲ±ŁŲÆŁŁŲÆŁ Ł ŁŲ±ŁŲ§Ų±ŁŲ§Ų ŁŁŲ§ŁŁ: Ā«ŁŲ§Ł ŲŖŁŲŗŁŲ¶ŁŲØŁĀ»Maksudnya:Ā Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: āSampaikanlah pesan kepadakuā, Baginda menjawab: āJangan marahā. Kemudian lelaki tersebut mengulangi perkataannya. Nabi SAW tetap berkata: āJangan marah.āĀ Riwayat al-BukhariAda 7 cara bagaimana marah boleh beri kesan kepada kesihatan iaitu memberi tekanan kepada jantung, meningkatkan risiko strok, melemahkan sistem imun, meningkatkan risiko resah, menyebabkan kemurungan, membahayakan kesihatan dan paling teruk adalah menyebabkan pendek umur! 7. Rasulullah SAW Tidak Mudah Iri Hati Sabda Nabi Muhammad SAW:Ų„ŁŁŁŁŲ§ŁŁŁ Ł ŁŁŲ§ŁŁŲŁŲ³ŁŲÆŁ ŁŁŲ„ŁŁŁŁ Ų§ŁŁŲŁŲ³ŁŲÆŁ ŁŁŲ£ŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŲŁŲ³ŁŁŁŲ§ŲŖŁ ŁŁŁ ŁŲ§ ŲŖŁŲ£ŁŁŁŁŁ Ų§ŁŁŁŁŲ§Ų±Ł Ų§ŁŁŲŁŲ·ŁŲØŁMaksudnya:Ā Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu. Sunan Abi Daud (4903)Iri hati dan cemburu menambahkan tekanan dan menyebabkan rasa marah yang berkait rapat dengan beberapa penyakit. Antara risiko penyakit ialah penyakit jantung. Malah untuk jangka masa panjang, ia boleh beri kesan kepada sistem imuniti badan. Lebih teruk, ada kaitan dengan beberapa jenis kanser. Lihat bagaimana teruknya kesan iri hati kepada kesihatan.Ā Anda mungkin meminati >>Ā 5 Golongan Kerap Jatuh SakitĀ Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan mulai hari ini. Ayuh! Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Blog Mengapa Wanita Perlu Berhati-Hati Dalam Mengambil Air Soya? Posted on 20/10/201711/06/2024 Last updated on June 11th, 2024 at 02:23 am Keburukan Soya Kepada Wanita Soya merupakan antara minuman yang menjadi kegemaran rakyat Asia umumnya dan Malaysia khususnya. Terdapat banyak produk soya di pasaran. Dan ianya sangat mudah didapati di kedai runcit, pasaraya dan di perlabgai tempat lagi. Terdapat banyak keburukan soya… Read More
Blog 7 Cara Mudah Hilangkan Angin dan Sebu Perut Posted on 01/08/201805/02/2024 Last updated on February 5th, 2024 at 04:34 pm Tips mudah cara nak hilangkan angin dan sebu perut. Awak kadang-kadang atau kerap kali bila salah makan mulalah rasa susah kentut, perut tak selesa macam kembung, sebu dan berangin?Super tak selesa bila ada rasa macam tu. Serba tak kena! Dan lagi… Read More
Tips Sihat Apakah Beza Probiotik dan Prebiotik? | Mudah Faham Posted on 04/10/202205/10/2022 Last updated on October 5th, 2022 at 04:19 pm Beza Probiotik dan Prebiotik | Kesihatan usus adalah topik hangat yang sering menjadi perbualan yang membawa kepada probiotik dan prebiotik. Tapi walaupun awak selalu dengar mengenai terma ini berjuta kali, awak mungkin masih memerlukan penerangan yang mudah untuk difahami – apa… Read More