Metformin Ketika Hamil: Adakah Selamat? Posted on 04/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:16 pm Kesan Pengambilan Ubat Kencing Manis Untuk Ibu GDM Ketika Mengandung | Di awal pengesahan anda menghidapi Gestational Diabetes Mellitus (GDM), doktor akan memberikan temujanji dengan pakar diet atau pakar pemakanan agar anda boleh mula kawal gula dalam darah anda dengan baik melalui kawalan diet. Namun begitu, jika selepas beberapa kali anda menjalankan ujian blood sugar profile (BSP), dan doktor mendapati bacaan paras gula anda tidak memuaskan kerana khuatir dengan kesan GDM yang boleh anda dan bayi dapatkan, maka inisiatif seterusnya adalah melalui pengawalan ubat jenis metformin atau insulin atau kedua-duanya sekali. Semuanya bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa anda. Namun begitu, apakah ada kesan sampingan jika anda meneruskan kawalan gula dalam darah untuk masalah kencing manis ketika mengandung kepada bayi dan juga anda?  Secara umum, ubatan metformin tidak biasanya digunakan ketika mengandung kerana mempunyai potensi melintas masuk di dalam uri. Kaedah jenis ini juga dikatakan akan meningkatkan risiko bayi senang mendapat masalah hypo atau kurang gula dalam darah selepas bersalin. Selain itu, ia turut boleh memberi kesan kepada kesihatan anak pada usia akan datang. Dr Diana Isaacs, seorang Pakar Farmasi Klinikal Endokrinologi menyatakan ada kajian yang menunjukkan anak yang lahir dari seorang ibu yang ambil metformin memiliki peluang lebih tinggi untuk mendapat kencing manis dan masalah kegemukan. Dikatakan metformin adalah sesuai untuk diabetes jenis ii, tetapi tidak untuk GDM iaitu kencing manis yang dihidapi ketika mengandung sahaja.  Ahli perubatan yang menetapkan ubat ini untuk ibu mengandung sebenarnya telah memberi preskripsi ubat yang tidak disahkan oleh Food and Drug Administration (FDA).  Di samping itu, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kesan metformin adalah bersamaan pengambilan insulin ketika GDM semasa mengandung. Awas, Kesan GDM Kepada Baby: Video Penuh di sini: Kajian ini dikeluarkan pada tahun 2024 dari SUGAR-Dip yang melibatkan 800 orang ibu mengandung. Mereka terdiri daripada ibu mengandung yang gagal kawal paras gula dalam darah dengan kawalan pemakanan atau diet.  Dalam kajian ini mereka dibahagikan dengan 2 kumpulan iaitu kumpulan pertama mengambil metformin (namun ada yang di akhir kajian memerlukan juga insulin) dan kumpulan kedua hanya bermula dengan pengambilan insulin. Purata umur subjek dalam kajian ialah 33 tahun.  Fokus kajian ini lebih kepada ingin mengetahui kaitan ubat-ubatan ini dengan saiz bayi yang dilahirkan adakah besar atau normal. Hasil kajian menunjukkan 24% ibu yang ambil metformin melahirkan bayi dengan saiz yang lebih besar dari normal. Manakala hanya 20% sahaja dari kalangan mereka yang ambil insulin, melahirkan bayi yang besar. Maksudnya di sini apa yang anda boleh simpulkan ialah kesan sampingan insulin dan metformin dari segi saiz bayi hampir sama walaupun metformin memiliki ratio yang lebih tinggi. Namun begitu, dari segi perkembangan kesihatan semasa mengandung, untuk ibu yang ambil metformin didapati mengalami kenaikan berat badan yang kurang berbanding yang ambil insulin. Selain itu, tahap stress ibu yang ambil ubat lebih rendah kerana mereka hanya perlu telan sahaja. Tidak seperti kawalan GDM dengan insulin yang memerlukan jarum, cucuk dan makan masa mereka. Sebenarnya, lebih banyak kesan sampingan untuk ibu yang ambil metformin. Tapi, kesan sampingan yang serius untuk ubat jenis pil tadi dan insulin adalah hampir sama sahaja. Satu lagi kajian popular bertajuk Metformin in Women with type 2 Diabetes in Pregnancy Trial (MiTy) menjalankan perbandingan antara ibu yang ambil kawalan insulin sahaja dengan yang ambil kedua-duanya – insulin dan metformin. Kajian ini dijalankan ke atas 500 ibu mengandung dengan diabetes jenis 2. Kajian menunjukkan hasil bahawa ibu GDM yang mengambil kedua-dua jenis kawalan memiliki kadar gula yang lebih terkawal berbanding hanya mereka yang ambil insulin sahaja. Terdapat juga perbezaan untuk yang hanya mengambil hanya salah satu sahaja dari segi berat bayi yang lahir.  Selepas 24 bulan, mereka menjalankan ujian susulan ke atas 238 kanak-kanak yang dilahirkan tersebut dan mendapati tiada perubahan untuk BMI dan bacaan lemak dalam badan. Seorang Profesor Patologi Kimia & Diabetes dalam Kehamilan, Dr Claire Meek menyatakan bahawa penemuan ini menunjukkan manfaat metformin itu melebihi risiko kesan sampingannya ke atas ibu mengandung. Insulin ialah alternatif terbaik selepas tidak berjaya kawal paras gula dalam darah melalui pemakanan. Namun begitu, pasti ada pilihan yang lebih baik terutama untuk ibu mengandung yang ada GDM. Ramai ibu mengandung yang tidak mahu ambil insulin kerana memerlukan modal dari segi masa dan susah nak buat – cucuk setiap hari.  Oleh sebab itu, majoriti ibu mengandung memiliki stigma bahawa ubat seperti metformin lebih mudah di ambil kerana datang dalam bentuk pil, hanya perlu telan sahaja. Stigma seperti ini turut menyumbang kepada kadar kurang rasa tertekan ke atas ibu mengandung yang GDM. Lebih banyak kajian diperlukan untuk persoalan ini. Namun begitu, jika di lihat dengan hasil kajian lepas menunjukkan bahawa selain daripada melihat kesan sampingan ubat itu sendiri – adalah penting untuk mengambil berat perspektif ibu GDM itu sendiri. Kepuasan anda dengan rawatan merupakan sebuah prioriti penting. Kawal Gula Dalam Darah dengan Diet Sihat Untuk anda yang berminat nak berusaha kawal paras gula dalam darah melalui kawalan pemakanan, Set Hamil Shaklee boleh bantu anda. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut, boleh hubungi Syaza melalui WhatsApp – klik untuk WhatsApp. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Kehamilan Mengapa Ibu Mengandung Perlu Kalsium? 5 Sebab Utama! Posted on 12/11/202412/11/2024 Kalsium adalah antara mineral yang paling banyak boleh didapati dalam tubuh badan. Antara fungsi asas kalsium adalah bagi membantu untuk pembentukan dan pengekalan tulang serta gigi yang sihat dan kuat. Malah, kalsium turut memiliki fungsi untuk tujuan pembekuan darah, memperbaiki kesihatan otot dan membantu kesihatan saraf. Apabila kalsium dalam badan… Read More
Tips Kehamilan Elak 8 Makanan Ini Ketika Mengandung: Terutama Nombor 4! Posted on 26/10/201706/06/2024 Last updated on June 6th, 2024 at 05:38 pm Makanan Yang Tidak Boleh Di Makan Ketika Hamil | Hamil adalah tempoh penting untuk sentiasa memastikan kesihatan ibu dan bayi di tahap optimum. Selain daripada mengambil berat makanan ketika hamil, kita perlu tahu apa yang perlu kita elak makan ketika hamil…. Read More
Tips Kehamilan Kenapa Cramp Masa Mengandung? Posted on 15/10/201906/06/2024 Last updated on June 6th, 2024 at 06:03 pm Cramp atau kejang semasa mengandung bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan malah ia menakutkan. Kekejangan boleh menyebabkan seorang Ibu mengandung terguling-guling dan menjerit kesakitan. Berita baiknya, kejang atau cramp ketika hamil ini ialah perkara biasa yang mudah terjadi semasa proses kehamilan. Apa yang… Read More
Info yang bagus….dulu pun masa mengandung memang mencari info dengan membaca buku keibubapaan dan pergi seminar keibubapaan. Cumanya zaman ni dah lama berlalu. Reply