Set Cadangan Shaklee untuk Ibu Hamil GDM Posted on 14/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:13 pm Set Hamil Shaklee – Cadangan untuk Ibu GDM | Mengikut sebuah kajian analisis meta ke atas 698 ibu GDM oleh Li, D., Cai, Z., Pan, Z. et al. dengan tajuk The effects of vitamin and mineral supplementation on women with gestational diabetes mellitus pada tahun 2021 mendapati, pengambilan suplimen vitamin dan mineral dapat menambahbaik kawalan gula, merendahkan risiko keradangan dan tekanan oksidatif untuk ibu yang hamil dengan GDM. Sekiranya anda telah disahkan menghidap kencing manis ketika hamil, anda hendaklah mengawal dengan baik paras gula dalam darah anda agar tidak terdedah dengan kesan sampingan GDM ketika hamil untuk diri anda dan bayi. GDM ialah sebuah komplikasi serius yang perlu anda sentiasa perhatikan dari masa ke semasa. Antara kesan yang boleh berlaku ialah:Bayi dilahirkan dengan saiz yang besar dari normalBayi dilahirkan dalam keadaan hypo atau kurang gulaAnda berisiko menjalani proses bersalin melalui pembedahan (czer)Risiko bahu tersekat ketika bersalin normal – jika bayi terlalu besarIbu boleh mendapat masalah sawan ketika mengandung atau pre-eklampsia Untuk pembacaan lebih lengkap bagi kesan dan bahaya GDM ketika hamil, anda boleh baca di sini:7 Kesan GDM Kepada Bayi: Ibu Wajib TahuGDM Masa Hamil: Bahaya Buruk Untuk Ibu & Bayi Di Shaklee terdapat rangkaian vitamin yang dicadangkan sesuai untuk ibu hamil dengan GDM. Berikut ialah penerangan terperinci untuk kebaikan, fungsi, manfaat, testimoni dan dari mana anda boleh dapatkan set ini: Cadangan Set Shaklee untuk Ibu Hamil dengan GDM Dalam set ini ada enam produk yang terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), Sustained Release Vita-C Plus, OsteNutrix, Omega Guard, Vita-Lize (Multivitamin with Iron Formula) dan B-Complex (dengan asid folik). 1. Vitamin C Pengambilan vitamin C yang mencukupi semasa hamil dikaitkan dengan risiko GDM yang rendah. Malah ia turut disarankan untuk melindungi ibu hamil dari mendapat GDM. Adalah menjadi perkara yang umum untuk anda yang ada GDM, memiliki paras antioksidan, vitamin C dan vitamin E yang rendah berbanding orang sihat. Pengambilan vitamin C yang cukup diperlukan untuk kawal paras gula dalam darah dan komplikasi berkaitan. Selain itu vitamin C dapat memberi kesan positif ke atas ibu GDM dari segi kesihatan bayi yang dilahirkan. Vitamin C juga didapati merendahkan risiko penggunaan insulin untuk kawal gula dalam darah. Kekurangan vitamin C untuk ibu hamil yang ada kencing manis mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko komplikasi ketika hamil. Fungsi Vitamin C Shaklee untuk Ibu GDM:Meningkatkan paras antioksidanMengawal paras gula dalam darahMeningkatkan peluang kesihatan bayi yang dilahirkanMengurangkan risiko komplikasi ketika hamil 2. ESP - Protein ESP ialah ialah suplimen protein soya dengan jumlah protein yang seimbang bagi setiap hidangan iaitu 14 gram dan rendah karbohidrat iaitu cuma 10 gram sahaja. Oleh sebab itu, pengalaman ibu GDM yang amalkan ESP Shaklee mendapati mereka akan rasa kenyang yang lebih lama apabila mengambil ESP Shaklee.Protein dapat seimbangkan paras gula dalam darah dan sangat penting untuk diet harian ibu GDM. Pengambilan makanan yang kaya dengan protein boleh melambatkan kenaikan gula dalam darah. Ia juga bagus untuk perkembangan janin.Apabila ibu hamil kurang protein, bayi yang dilahirkan berisiko untuk mendapat berat badan yang rendah dan berpotensi mendapat masalah buah pinggang.ESP Shaklee kebiasaannya disarankan untuk anda ambil sebagai sarapan pagi. Mengikut kajian, diet tinggi protein dan rendah karbo terutama ketika sarapan, akan beri keputusan gula dalam darah yang normal untuk keputusan pengambilan darah 2 jam selepas makan bagi ibu GDM.Sumber utama ESP ialah dari protein tumbuhan yang mana didapati protein jenis ini memberikan risiko GDM lebih rendah berbanding ibu yang mengamalkan protein dari jenis daging putih atau daging merah. Manfaat Protein dalam ESP Shaklee untuk Ibu GDM:Memberikan rasa kenyang lebih lamaMelambatkan kenaikan paras gula dalam darahMembekalkan sumber protein untuk tumbesaran bayi dalam rahimMembantu keputusan BSP yang baikSebagai sarapan pagi yang berkhasiatMembantu seimbangkan paras gula dalam darah agar tidak naik mendadak 3. OsteNutrix - Kalsium, Magnesium & Vitamin D Oste Shaklee dilengkapi dengan vitamin dan mineral utama yang penting untuk ibu GDM iaitu kalsium, magnesium dan vitamin D. Pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi oleh ibu GDM dapat menambahbaik status paras gula dalam darah sebelum dan selepas makan. Selain itu, ia dapat membantu elak risiko sawan ketika mengandung atau pre-eklampsia, kelahiran pra-matang dan bagus untuk tulang bayi. GDM boleh berlaku kerana kekurangan insulin atau akibat badan tidak boleh menggunakan insulin dengan baik. Oleh itu, kalsium penting untuk rembesan insulin bagi kawal metabolisma gula dalam darah. Manakala magnesium boleh mengawal paras insulin dan paras gula dalam darah ketika berpuasa. Di samping itu, kalsium turut mainkan peranan untuk meningkatkan daya sensitiviti insulin, secara tak langsung mempengaruhi paras gula dalam darah. Pengambilan kalsium sebanyak 1000 mg/d dapat mengurangkan risiko paras gula dalam darah yang tinggi sebanyak 20%. Manfaat Kalsium, Magnesium dan Vitamin D dalam OsteNutrix Shaklee untuk GDM:Memperbaiki status paras gula dalam darah ketika sebelum dan selepas makaMembantu elak risiko sawan atau pre-eklampsia Mengurangkan risiko kelahiran pra-matangKawal metabolisma gula dalam darahBantu tingkatkan daya sensitiviti insulinMengurangkan risiko paras gula dalam darah meningkat tinggi 4. Vita-Lize - Multivitamin & Multimineral Vita-Lize Shaklee ialah multivitamin dan multimineral yang mengandungi kromium untuk bekerja dengan insulin bagi mengekalkan paras glukosa yang normal terutama untuk GDM. Selain itu, kromium turut bermanfaat bagi merendahkan paras gula dalam darah serta jumlah dos insulin yang diperlukan untuk pesakit kencing manis. Dalam Vita-Lize ada zink yang bermanfaat untuk mengurangkan kebergantungan kepada cucukan dos insulin, menambahbaik paras gula sebelum dan selepas makan dan mengurangkan risiko bayi dilahirkan terlalu besar. Kajian ini dilakukan oleh kumpulan penyelidik dari Kashan University of Medical Sciences bertajuk Effects of zinc supplementation on glycemic control and complications of gestational diabetes. Zat besi yang ada dalam Vita-Lize adalah penting untuk penggunaan insulin dalam darah dengan baik. Kebaikan Zat Besi, Kromium dan Zink dalam Vita-Lize Shaklee untuk GDM:Mengekalkan paras glukosa yang normalMengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan saiz besar dari normalKritikal untuk penggunaan insulin yang baikMenambahbaik paras kawal gula dalam darah sebelum dan selepas makan 5. Omega Guard - Asid Lemak Omega-3 GDM boleh terjadi kerana terdapat masalah rintangan insulin atas beberapa faktor seperti penghasilan hormon dari uri atau plasenta. Selain itu, jika anda mempunyai masalah kegemukan dari sebelum hamil, ia turut meningkatkan risiko untuk mendapat masalah insulin yang tidak sensitif sehingga membawa kepada GDM. Baca selanjutnya: Punca GDM Semasa Hamil Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak Omega-3 yang dapat membantu untuk memperbaiki sindrom metabolik dan masalah berat badan berlebihan sekaligus mengurangkan rintangan insulin. Turut ditemui bahawa omega-3 boleh memperbaiki paras glukosa semasa hamil. Selain itu, asid lemak tidak tepu yang bagus untuk kesihatan menyeluruh ini – dapat merendahkan paras gula dalam darah dan mengekalkan paras kolestrol yang sihat. Kebaikan Asid Lemak Omega-3 dalam Omega Guard Shaklee untuk GDM:Membantu mengurangkan masalah rintangan insulinMerendahkan paras gula dalam darahMengekalkan paras kolestrol yang sihatMembantu masalah kegemukan atau berat badan berlebihanMengurangkan risiko sindrom metabolik seperti peningkatan tekanan darah tinggi 6. B-Complex - Vitamin B Pesakit kencing manis dinasihatkan untuk mengambil b-complex bagi mengekalkan fungsi badan di tahap optimum. Selain itu, vitamin B boleh mengawal keinginan untuk nak makan benda yang manis. Vitamin B12, B3 dan B2 penting untuk pesakit diabetes. Vitamin B juga berfungsi bagi menukarkan makanan kepada glukosa untuk digunakan sebagai tenaga. Kebaikan Vitamin B-Complex untuk GDM:Mengekalkan fungsi badan di tahap yang sihatMengawal craving makan manisPenting untuk keperluan ibu yang ada kencing manis semasa hamil Testimoni Set Hamil Shaklee untuk Ibu GDM Pengalaman ada GDM masa pregnant. Saya mula kesan GDM masa usia kandungan 18 minggu lepas buat ujian MGTT – ujian minum air gula. Yang paling ketara sekali masa tu kerap hypo. Baca Selanjutnya di sini: Bahaya Bacaan Selepas Minum Air Gula: Yang Harus Anda Tahu Gula memang turun dan naik dengan sangat ketara. Bila lambat makan, cepat hypo – bacaan gula jadi 3 mmol/l sahaja. Lepas tu, bila makan lebih sikit – gula naik sehingga 6-7+ mmol/l. Pening juga dibuatnya. Masa tu kebetulan dah start makan Omega Guard Shaklee. Tak fikir sebab GDM pun tapi lebih kepada untuk perkembangan bayi. Lepas beberapa minggu makan Omega Guard Shaklee, memang perasan perbezaan ketara. Satu, sangat kurang hypo. Bangun pagi, tak kelaparan. Gula dalam 4-5 mmol/l. Lepas makan pun gula tak naik tinggi. Biasanya lepas makan pun range dia dalam 5-6 mmol/l. Makan secara sederhana. Takde la sikit sangat. Yang paling ketara rasa ialah masa Omega Guard habis. Masa tu bertangguh, malas nak beli cepat. Tapi bila tak makan Omega, gula terus jadi hay wire semula. Kerap hypo almost setiap pagi. Cepat lapar. Lepas tu jadi nak makan banyak. Gula pun mula naik. Masa tu baru sedar yang omega tu really helps in controlling appetite and also control blood sugar. So cepat-cepat beli dan start makan balik 3 biji sehari sehinggalah hari bersalin. Satu lagi yang ketara ialah memang tak banyak fat deposition masa mengandung kali ini. Perut nampak kecil tapi bila scan baby saiz memang good dan follow as expected. Baby lahir 3.2 kg alhamdulillah. Maknanya baby tak obese sepertimana blood sugar not well controlled. Untuk pengetahuan saya ambil FULLSET (nanti orang ingat makan omega je). Baca di sini: Koleksi Testimoni Set Hamil Shaklee untuk GDM Pilihan Set Cadangan untuk GDM Shaklee Pilihan Set / ProdukSet AsasSet PopularSet Lengkap Vitamin C/ Omega Guard/// OsteNutrix// Vita-Lize/ B-Complex/ Energizing Soy Protein (ESP)/// Cara Mendapatkan Set Ini Kesimpulannya, sebagai seorang ibu yang ada GDM atau kencing manis semasa mengandung – anda perlu berhati-hati dan mula berjaga dari sekarang. Selain daripada kemungkinan komplikasi GDM ke atas diri anda dan bayi, peluang untuk anda mendapat diabetes jenis ii selepas bersalin adalah 50% lebih tinggi berbanding ibu hamil yang tidak ada GDM. Oleh itu, kawal pemakanan anda mulai dari saat dan ketika ini agar anda boleh bebas sepenuhnya daripada risiko mendapat kencing manis selepas bersalin. Sesungguhnya kesihatan adalah anugerah terindah. Bagi maklumat lanjut mengenai set ini, anda boleh hubungi Syaza melalui WhatsApp – klik untuk wassap di sini ^_^ Tonton Video Mengenai GDM Ketika Mengandung di YouTube: Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
GDM Masa Mengandung Punca GDM Semasa Hamil Posted on 09/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:14 pm Punca GDM Semasa Hamil | 16.5% ibu mengandung, ada kencing manis yang berlaku hanya ketika hamil (GDM). Peratusan ini di jangka meningkat oleh kerana keadaan hari ini yang memperlihatkan trend peningkatan obesiti dalam kalangan wanita. Para penyelidik belum menemui apakah punca yang menyebabkan… Read More
GDM Masa Mengandung Ibu GDM Kongsikan Rahsia Tak Jadi Cucuk Insulin Posted on 14/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:11 pm Pengalaman Ibu GDM Tak Jadi Cucuk Insulin | Adalah merupakan sebuah perkara yang serius jika anda didapati menghidap gestational diabetes mellitus (GDM) ketika hamil. Ianya bukan sahaja memberi kesan bahaya untuk bayi serta diri anda sendiri – malah ia meningkatkan risiko anda mendapat kencing… Read More
GDM Masa Mengandung GDM Masa Hamil: Bahaya Buruk Untuk Ibu & Bayi Posted on 30/05/202403/09/2024 Last updated on September 3rd, 2024 at 03:48 pm Kencing manis masa mengandung atau lebih dikenali sebagai gestational diabete mellitus (GDM) boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun tidak memiliki faktor yang kuat untuk mendapatkannya. Tambahan pula, jika anda memiliki faktor seperti berat badan berlebihan sebelum mengandung atau sejarah keluarga, ia memungkinkan untuk… Read More