Elak 8 Makanan Ini Ketika Mengandung: Terutama Nombor 4! Posted on 26/10/201706/06/2024 Last updated on June 6th, 2024 at 05:38 pm Makanan Yang Tidak Boleh Di Makan Ketika Hamil | Hamil adalah tempoh penting untuk sentiasa memastikan kesihatan ibu dan bayi di tahap optimum. Selain daripada mengambil berat makanan ketika hamil, kita perlu tahu apa yang perlu kita elak makan ketika hamil. Ini kerana apabila kita tahu untuk elak makanan tertentu ketika hamil, ia membantu untuk kesihatan diri kita sebagai ibu dan bayi yang di kandung. 1. Lemak Tepu Tidak Sihat Makanan yang mengandungi transfat, lemak tepu wajib elak makan ketika hamil. Makanan sebegini membantu menaikkan tahap kolestrol dalam darah dan risiko penyakit tertentu. Selain itu, ianya perlu anda elak dari makan ketika hamil kerana bakal mengakibatkan kenaikan berat badan yang berlebihan sehingga boleh mengganggu keadaan kesihatan anda dan bayi semasa kehamilan. Baca lebih lanjut: 7 Tips Makanan Enak Tanpa Lemak Tepu Badan anda turut akan kurang selesa dalam melaksanakan proses penghadaman makanan berbentuk lemak terutama lemak tepu dan jenis transfat ini. Makanan jenis ini banyak terdapat dalam makanan proses, protein haiwan, makanan bergoreng, makanan segera dan tersembunyi dalam pelbagai jenis makanan tanpa kita sedari. Elak makanan jenis lemak tidak sihat ketika hamil. 2. Karbohidrat Ringkas Bukan semua jenis karbohidrat adalah sam. Sebagai contoh, nasi putih dan nasi parboiled adalah karbohidrat tetapi dari jenis yang berlainan terutama untuk aspek kenaikan gula dalam darah untuk anda semasa mengandung. Karbohidrat ringkas: Boleh menyebabkan paras gula dalam darah naik secara mendadak, anda cepat berasa lapar selepas makannya.Karbohidrat Kompleks: Tidak menyebabkan paras gula naik mendadak, memberi rasa kenyang lebih lama Ibu mesti nak kenyang lama dan paling penting, bertenaga. ESP Shaklee adalah antara makanan tambahan yang boleh bagi Ibu bertenaga dan rasa kenyang yang lebih lama. Jika anda ingin maklumat lanjut tentang ESP – klik untuk WhatsApp Syaza bagi mengetahui maklumat lanjut tentang ESP Shaklee Antara contoh makanan karbohidrat ringkas yang perlu dielakkan ketika hamil ialah roti putih, pasta, kek, candy, soda pop, apa saja yang dihasilkan dari white syrup, tepung putih. Banyakkan memilih karbohidrat jenis kompleks seperti bijirin penuh, roti wholemeal, beras perang dan banyak lagi pilihan karbohidrat jenis kompleks. Khusus bagi ibu hamil yang memiliki risiko mendapat kencing manis semasa kehamilan, anda wajib mengelak sehabis baik karbohidrat jenis ringkas ini dari masa ke semasa. Hal ini kerana, terdapat kesan buruk yang boleh berlaku ke atas anda dan bayi sekiranya anda gagal mengawal paras gula selepas disahkan ada kencing manis atau GDM semasa mengandung. Baca Lebih Lanjut: GDM Ketika Mengandung, Makan Ubat: Adakah Selamat Untuk Bayi? 3. Terlebih Makanan Vitamin A Elak makan ketika hamil makanan yang mengandungi kandungan Vitamin A. Malah, jangan lupa elak makan ketika hamil, vitamin A sendiri. Terlalu banyak pengambilan makanan jenis Vitamin A akan mengakibatkan gugur .Selain dari keguguran, ianya juga boleh menyebabkan kecacatan kekal pada bayi serta kegagalan tumbesaran bayi dengan baik. Berikut adalah saranan dos pengambilan makanan yang ada vitamin A ketika mengandung: Ibu mengandung umur 18 tahun ke bawah: 750 mcg RAE sehariIbu mengandung usia 19 tahun ke atas: 770 mcg RAE sehariAntara contoh makanan yang kaya dengan vitamin A ialah hati ayam atau lembu. 4. Telur Mentah atau Kurang Masak Telur mentah, separuh masak atau yang gagal di masak dengan sempurna, wajib elak ketika hamil. Mengapa ibu hamil tidak disarankan untuk makan telur mentah atau separuh masak ini adalah kerana dikhuatiri mengandungi bakteria Salmonella yang boleh beri kesan buruk ke atas diri anda dan bayi. 5. Daging Separa Masak Bukan sahaja daging, tetapi termasuklah seafood dan makanan jenis protein haiwan lainnya. Makanan jenis ini dikhuatiri mempunyai bakteria jenis Salmonella atau bakteria jenis toxoplasma. Pastikan makanan di masak sepenuhnya. 6. Soft Cheese Soft cheese seperti brie atau camerbert ialah antara makanan yang tidak boleh di ambil ketika hamil. Masak dengan sempurna, sehingga kelihatan buih di bahagian dalam tanda masak sempurna. Ini membantu menghapuskan bakteria merbahaya dari soft cheese tersebut. 7. Ikan Dengan Kandungan Merkuri Tinggi Elak makanan jenis ikan yang mengandungi merkuri atau yang dikhuatiri mempunyai merkuri. Antara contoh ialah:Ikan TunaSalmon yang di ternakIkan tilapiaIkan kerapuBelutSharkIkan todakUdang galah 8. Terlalu Ambil Minuman Kaffein Terdapat beberapa kesan sampingan jika ibu hamil mengambil kaffein secara berlebihan. Pengambila minuman kaffein ketika mengandung secara tidak terkawal boleh menyebabkan keguguran, anak dilahirkan dengan berat terlalu rendah dan perkembangan janin yang terbantut. Kaffein tidak hanya didapati dalam bentuk kopi sahaja. Teh juga mengandung kaffein, begitu juga minuman manis yang lain. Kesimpulannya, sekarang ini anda sudah pun alert dengan jenis makanan utama yang patut anda elak ketika mengandung. Bagi anda yang inginkan vitamin semulajadi yang selamat untuk bayi dan diri anda, boleh cuba Set Hamil Shaklee hari ini. Anda boleh baca dengan lengkap mengenai Set Hamil Shaklee di sini: Set Hamil Shaklee: Ke Arah Kehamilan Sihat dan Ceria Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Set Kalsium Shaklee Jangan Biarkan Kekurangan Kalsium Ganggu Kehamilan Anda – Set Kalsium Shaklee Solusinya Posted on 25/11/202426/11/2024 Last updated on November 26th, 2024 at 01:39 am Ibu mengandung perlu mendapat kalsium dengan amaun minimum 1,000 mg dalam sehari. Antara kesan kurang kalsium ketika mengandung ialah ibu mudah mendapat masalah kekejangan pada kaki. Selain itu, kekurangan kalsium untuk ibu hamil boleh membawa masalah yang lebih serius iaitu tekanan… Read More
GDM Masa Mengandung GDM Masa Hamil: Bahaya Buruk Untuk Ibu & Bayi Posted on 30/05/202403/09/2024 Last updated on September 3rd, 2024 at 03:48 pm Kencing manis masa mengandung atau lebih dikenali sebagai gestational diabete mellitus (GDM) boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun tidak memiliki faktor yang kuat untuk mendapatkannya. Tambahan pula, jika anda memiliki faktor seperti berat badan berlebihan sebelum mengandung atau sejarah keluarga, ia memungkinkan untuk… Read More
Tips Kehamilan 7 Kesan Kurang Kalsium Ketika Hamil Posted on 06/12/202406/12/2024 Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1,000 mg kalsium sehari untuk mendapat bekalan kalsium yang mencukupi. Antara kebaikan kalsium yang cukup ketika mengandung ialah ibu dan bayi mendapat tulang serta gigi yang kuat. Selain itu, ibu dan bayi kurang berisiko terdedah dengan 7 kesan kekurangan kalsium ketika hamil yang akan dinyatakan di… Read More