KELEBIHAN KEBAIKAN FUNGSI MANFAAT UBAT TAHAN SAKIT SEMULAJADI PAIN RELIEF CAPLET - blog banner

Pain Relief Caplet Shaklee – Legakan Sakit Dengan Selamat

Kebaikan, Manfaat, Kelebihan, Testimoni Pain Relief Caplet Shaklee Melegakan Kesakitan dengan Selamat – Global Pain Index Report pada tahun 2020 telah menyatakan bahawa majoriti penduduk dunia sebanyak 63% akan mengambil ubat tahan sakit seperti paracetamol untuk melegakan rasa sakit.

Jadi anda tidak keseorangan jika anda juga turut mengambil ubat tahan sakit apabila nak kurangkan rasa sakit. Namun begitu, anda mesti tahu bahawa pengambilan ubat tahan sakit dalam jangka masa panjang dan kerap bergantung dengannya akan mengakibatkan kesan sampingan.

Antara kesan sampingan pengambilan ubat tahan sakit seperti paracetamol dan non-steroidal anti-inflammatory drug (NSAID) adalah:

  1. Masalah berkaitan kesihatan perut seperti kena gastrik, perut jadi sensitif dan senang sakit
  2. Berlakunya peningkatan tekanan darah
  3. Boleh mengakibatkan risiko serangan jantung dan strok
  4. Meningkatkan risiko masalah buah pinggang

Oleh yang demikian, untuk anda yang ingin mencari alternatif yang lebih selamat, semulajadi dan berkesan untuk membantu redakan kesakitan seperti sakit gigi, senggugut, migraine, sakit sendi dan lain-lain, Pain Relief Caplet keluaran Shaklee adalah pilihan untuk anda. 

Kegunaan, Kebaikan dan Manfaat Pain Relief Caplet

Dalam fasa ketika sel badan anda mulai cedera, badan anda akan melepaskan sejenis ejen enzim iaitu LOX dan COX-2. Hal ini menyebabkan pada akhirnya anda akan rasa sakit itu. Maka, bagi menahan kesakitan itu LOX dan COX-2 perlu dihentikan sementara. Inilah tugas yang diberikan kepada ekstrak Boswellia dan Saffflower yang ada dalam Pain Relief Caplet untuk membantu anda melegakan kesakitan. 

Dalam bahasa mudahnya, apabila anda mengambil Pain Relief Caplet ia akan membantu anda untuk lega dari sakit. Tetapi, apakah kelebihannya yang menyebabkan Pain Relief Caplet ini ialah alternatif tahan sakit yang lebih selamat? 

Jika anda ambil ubat tahan sakit, enzim yang menyebabkan sakit akann dihentikan. Walaubagaimanapun, bukan sahaja enzim tersebut yang dihentikan, terdapat enzim lain yang turut terjejas iaitulah enzim yang menjaga lapisan perut anda. Inilah sebab kenapa apabila ambil ubat tahan sakit akan menyebabkan kesan sampingan masalah sakit perut. 

Berbanding dengan Pain Relief Caplet ia tidak menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Bukan itu sahaja, ia juga tidak mengandungi aspirin.

Gabungan dua bahan utama dalam Pain Relief Caplet memberikan fungsi utamanya untuk membantu:

  1. Mengurangkan rasa sakit 
  2. Mengurangkan keradangan
  3. Mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan sendi serta otot

Kandungan Utama Pain Relief Caplet Shaklee

Pain Relief Caplet mengandung dua bahan utama iaitu Boswellia dan Safflower. 

Boswellia ialah sejenis ekstrak herba yang didapatkan daripada pokok boswellia. Nama lainnya ialah frankincense. Resin atau bahan yang seperti getah melekit pada pokok boswellia-lah yang digunakan untuk membuat ekstraknya. Ekstrak boswellia telah digunakan sejak zaman berzaman dan sangat bernilai dalam perubatan Ayurveda (perubatan tradisional India).

Asid boswellia yang ada dalam getah resin tersebut adalah bahan utama yang bertanggungjawab untuk ciri anti-keradangan, ia telah digunakan secara tradisi untuk membantu masalah:

  1. Artritis
  2. Spondylitis
  3. Sindrom sakit kronik
  4. Penyakit radang usus

Sebuah kajian dijalankan ke atas 15 pesakit osteoartritis lutut untuk mengambil ekstrak Boswellia selama 8 minggu berturut-turut telah menunjkkan penambahbaikan dalam keadaan osteoartritis mereka. Apa yang mereka dapat lepas konsisten dengan ekstrak Boswellia selama 8 minggu ialah:

  1. Kesakitan lutut berkurang
  2. Lebih mudah nak melenturkan lutut
  3. Jarak berjalan kaki lebih jauh dari sebelum ambil ekstrak Boswellia

Manakala safflower pula adalah salah satu tanaman tertua di dunia yang telah bertahan selama lebih dari 4,000 tahun. Ekstrak bunga daripada Safflower ini ada kebaikan anti-bakteria, anti-virus dan anti-radang. Dalam perubatan tradisional Cina, ekstrak ini juga digunakan untuk tingkatkan peredaran darah. Selain itu ia juga terkenal untuk masalah di bawah:

  1. Sakit senggugut
  2. Sakit perut selepas bersalin
  3. Sakit sendi
  4. Osteoporosis
  5. Migraine

Terdapat satu kajian yang menunjukkan safflower melindungi tulang rawan daripada kerosakan untuk anda yang ada masalah osteoartritis. 

Dalam Pain Relief Caplet Shaklee ini, ada kedua-dua kandungan ekstrak boswellia dan safflower yang terbukti secara klinikal gabungan bahan ini meningkatkan keupayaan untuk alternatif tahan sakit 90% lebih baik berbanding hanya menggunakan salah satu ekstrak sahaja.

Inilah keistimewaan Pain Relief Caplet yang anda tak akan jumpa produk seumpama ini di mana-mana kerana penghasilan produk telah dipatenkan khas hanya untuk Shaklee sahaja. 

Anda Memerlukan Pain Relief Caplet Shaklee

Berumur lebih 40 tahun

Semakin anda meningkat usia, sendi anda mungkin menjadi lebih tegang dan kurang fleksibel. Proses wear and tear dapat menyebabkan kepada keradangan dan sendi rosak. Akhirnya anda senang dapat sakit lutut, pinggul, bahu dan sendi di bahagian tengah jari. Ini akan ganggu aktiviti harian anda untuk melakukan perkara yang anda suka.

Peminat Sukan 

Pergerakan yang berlebihan, berulang atau hentakan boleh mengakibatkan kesakitan pada sendi dan juga otot anda.

Terutamanya untuk anda yang memiliki jadual latihan berat lebih mudah terdedah dengan perkara ini. Kadangkala aktiviti berat boleh menganggu ketegangan otot yang menyebabkan kesakitan, mempengaruhi prestasi sukan anda sehingga anda perlu ambil cuti beberapa hari dari latihan anda.

Dewasa Yang Bekerja

Keletihan otot yang beterusan boleh membawa kepada msalah sendi serta sakit belakang yang serius.

Tekanan berlebihan berlaku apabila terlalu banyak tekanan anda letak pada sendi dan otot. Puncanya ialah duduk bekerja terlalu lama, tugas sama yang berulang, membongkok dan angkat benda berat. Semua ini akan mempengaruhi prestasi dan produktiviti anda. Dalam jangka masa panjang boleh membawa kepada kesakitan kronik yang lebih serius.

Ibu Yang Sibuk

Lebih daripada satu pertiga wanita menderita sakit belakang walaupun anak dah mencecah usia 1 tahun selepas melahirkan.

Anda sebagai Ibu sering mengalami tekanan berulang hasil daripada antaranya mendokong bayi di tambah dengan kerja rumah dan kerja lain. Kesan dari ini tambah pula dengan kekurangan rehat akan menyebabkan ketegangan otot hingga berlakunya rasa tak selesa dan sakit. Anda boleh dapat tekanan emosi sebab badan rasa tak sedap tapi tetap kena lakukan kerja. Apabila seorang Ibu rebah atau tidak bermaya, seisi rumah turut rasai kesannya. Anda tdak dapat jadi diri anda yang terbaik kerana masalah seperti ini.

Terbukti Menghalang Kesakitan Secara Semulajadi

Tidak Mengandungi Aspirin

Shaklee Pain Relief Caplet adalah sebuah campuran sinergi daripada ekstrak boswellia dan safflower yang telah dipatenkan untuk melegakan kesakitan. Produk ini lembut kepada perut kerana ia tidak mengandungi aspirin.

Penyelesaian Semulajadi Jangka Masa Panjang

Produk ini dapat membantu melegakan kesakitan secara semulajadi. Namun begitu, ia bukan ubat yang akan memberikan hasil segera dan cepat. Sebaliknya, Pain Relief Caplet merupakan solusi semulajadi untuk atasi masalah seperti ketidakselesaan sendi dan sakit otot dalam jangka masa panjang.

Order Pain Relief Caplet Shaklee

Harga: RM135 tidak termasuk postage

Sebotol 90 caplets untuk 30 kali penggunaan. Cara pengambilan ialah 1 caplets, 3 kali sehari selepas makan.

Untuk anda yang berminat nak dapatkan Pain Relief Caplet Shaklee, boleh terus dapatkannya dengan 2 cara:

  1. Anda boleh terus beli dari sini  atau// 
  2. Anda boleh hubungi Syaza di talian 0187684817 (WhatsApp sahaja, – klik untuk order di WhatsApp)
(Visited 96 times, 1 visits today)

4 Comments

Leave a Reply