5 Cara Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin Posted on 09/10/201806/11/2024 Last updated on November 6th, 2024 at 06:25 pm Sama ada anda merupakan seorang ibu yang kali pertama menyusukan anak mahu pun sudah ada pengalaman, kadangkala amat merisaukan diri anda sama ada anak anda sebenarnya mendapatkan susu badan yang cukup atau tidak ketika di fasa newborn. Keperluan susu badan mengikut usia bayi bermula dari hari pertama sehingga 1 bulan pertama - Kredit Gambar : Pinterest Perut newborn bersaiz seperti sebiji buah ceri dan hanya memerlukan sekitar 5 hingga 7 ml susu badan sahaja untuk sekali minum. Keperluan ini akan meningkat seiring dengan usia bayi anda. Ketika usia bayi anda 30 hari, susu badan yang diperlukan ialah kira-kira 2.5 hingga 5 oz atau 80 hingga 150 ml.Sekiranya bayi anda naik berat badan selepas sebulan, berak kencing yang mencukupi – ini adalah tanda susu badan anda cukup. Jika anda mendapati bayi anda turun berat badan di usia bayi 1 hingga 7 hari pertama, jangan risau. Ianya bukan kerana susu badan anda tidak cukup. Teruskan menyusu seperti biasa. Hal ini kerana majoriti bayi memang akan kehilangan berat badan sekitar hingga 10% ketika 7 hari pertama dan akan naik semula selepas itu. Namun begitu, Syaza faham bahawa kerisauan seorang ibu menyusu akan ada tak kira berapa ramai pun atau berapa banyak kali pengalaman menyusu – apatah lagi untuk anda yang kali pertama menyusu badan.Oleh itu dalam entri ini Syaza list kan 5 tips yang anda boleh terus guna untuk membantu banyakkan susu badan selepas bersalin dan ini juga adalah tips yang Syaza amalkan sepanjang journey penyusuan 3 orang anak (setakat ini). 5 Tips Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin 1. Kerap Susukan Bayi Anda hendaklah memulakan penyusuan badan sebaik sahaja selepas melahirkan. Susu badan akan dihasilkan apabila terdapat demand dari bayi anda. Ini adalah teknik asas penyusuan yang di panggil demand and supply. Namun begitu, cabaran selepas melahirkan ialah bayi newborn kerap tidur terutama bagi bayi yang ada jaundis. Walaupun bayi tidur, anda hendaklah kerap susukan bayi setiap 1 hingga 2 jam terutama dalam tempoh 30 hari pertama selepas bersalin bagi memberi signal kepada badan anda untuk hasilkan susu yang mencukupi bagi bayi anda.Bayi perlu dibangunkan dari tidur, antaranya dengan cara tepuk lembut tapak kaki bayi anda dan tanggalkan bedung. Keadaan tidak selesa ini akan membantu bayi untuk sedar seketika bagi menyusu. Kuncinya di sini adalah bagi banyakkan susu badan selepas bersalin anda hendaklah memberikan susu badan iaitu sebanyak 1 hingga 2 jam sekali. Jangan tunggu bayi bangun tidur sebab bayi newborn memang suka tidur. 2. Minum Air Masak Secukupnya Ibu menyusu akan mudah rasa haus. Dehidrasi atau kurang air dalam badan boleh mengakibatkan susu badan kurang. Oleh itu, pastikan anda mengambil air masak secukupnya sekurang-kurangnya 2 liter setiap hari. Sediakan botol air berhampiran anda agar senang di capai sepanjang masa. Selain air masak, anda boleh mencuba resepi air milkbooster yang mudah dan sedap di sini >> 6 Resepi Banyakkan Susu Badan: Nombor 5 Paling Best! 3. Jaga Pengambilan Protein Harian Jika seorang ibu tidak menyusu badan makan seekor ikan, anda sebagai ibu menyusu hendaklah makan 2 ekor ikan. Protein merupakan sumber utama untuk penghasilan susu badan. Selepas bersalin, kadangkala selera makan jadi rendah kerana ada banyak benda yang anda nak fikirkan terutama sekali tentang bayi anda. Namun begitu, pastikan diet harian anda lengkap dengan protein seperti ayam, telur, keju atau yogurt. Anda juga boleh cukupkan protein harian semasa berpantang terutama sekali – dengan ESP Shaklee yang membekalkan 14 gram protein bagi sekali pengambilan. ESP Shaklee bukan sahaja membekalkan protein kepada anda sebagai ibu menyusu, ia juga terbukti bagi banyakkan susu badan selepas bersalin. Ibu menyusu seperti anda disarankan mengambil lebih dari 50 gram protein sehari. 4. Jangan Selalu Stress Stress ialah pembunuh dalam senyap susu badan. Untuk menghasilkan susu badan anda memerlukan hormon oksitosin dan prolaktin. Sekiranya anda dalam keadaan stress, hormon-hormon seperti ini boleh berada di paras yang rendah dan akhirnya memberi kesan kepada penghasilan susu badan anda. Ada banyak faktor yang memungkinkan anda senang stress selepas bersalin, oleh itu jangan segan bagi mendapatkan bantuan. Saranan Syaza, dapatkan bantuan daripada kaunselor laktasi bagi nasihat yang tepat mengenai penyusuan. 5. Makan Makanan Berkhasiat Ibu menyusu perlu lebih 500 kalori setiap hari. Pastikan anda mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang selepas bersalin. Makanan anda hendaklah lengkap dengan karbo. protein, serat dan fiber. Selain dari cepat haus, adalah normal untuk ibu menyusu senang rasa lapar. Jangan lakukan diet yang ekstrim selepas bersalin untuk kurus jika anda seorang ibu menyusu. Dalam Set Menyusu Shaklee ada ESP yang boleh bantu bagi anda rasa kenyang lebih lama dan turunkan berat badan anda sebagai ibu menyusu. Selain itu set ini juga ada Alfalfa yang dapat bantu kempiskan perut anda. Milkbooster untuk Banyakkan Susu Badan Lepas Bersalin Set Menyusu Shaklee ialah milkbooster yang telah digunakan oleh ramai Ibu dekat Malaysia untuk banyakkan susu badan selepas bersalin. Dalam set ini ada ESP, Ostenutrix dan Alfalfa. Ini adalah Set Menyusu Shaklee yang basic. Kelebihan dan fungsi set menyusu ini adalah ia membantu untuk:Memberikan rasa kenyang yang lebih lamaMeriahkan susu badanPekatkan susu badanBanyakkan susu badanCantikkan kulit ibu menyusuElak masalah sembelitBantu masalah sakit pinggang dan lenguh ibu menyusuMemiliki kalsium bagi kekuatan tulang dan otot ibu menyusu serta bayiMelengkapkan keperluan protein harian ibu menyusuBerfungsi sebagai ‘jamu moden’ untuk kesihatan dalaman ibu menyusuMembantu turunkan berat badan selepas bersalinMengatasi masalah selulit / stretchmark selepas bersalin Mengatasi masalah gastrik bagi ibu menyusu yang ada gastrik Testimoni Set Menyusu Shaklee Banyakkan Susu Badan Selepas Bersalin 1. Susu Drop Jadi Meriah Balik Saya kenal produk Shaklee sejak menyusu anak kedua pada tahun 2011 sebab susu merudum, nak kasi meriah balik. Saya teruskan sehingga mengandungkan anak keempat. Banyak manfaat yang saya dapat (selain dari susu badan meriah). 2. Susu Pekat Anak Puas Menyusu So far ambil Set Menyusu Shaklee memang terbaik. Susu banyak dan pekat. Muaz memang cepat kenyang. Lepas susu tidur lama. Faham-fahamlah anak lelaki kuat menyusu. Tak larat kejap kena bangun menangis nak susu. Berbeza dengan anak perempuan sebelum ini. Lepas ambil ESP dan Alfalfa breast jadi bengkak. Susu pekat dan Muaz mesti lepas susu tidur lama. ESP dan Alfalfa memang milkbooster seperti yang dikatakan. 3. Susu Pekat Gila Lepas Bersalin Masa lepas bersalin Jaja minum ESP setiap hari. Daripada 72 kg jadi 50 kg. Tapi sebenarnya ambil untuk pekatkan susu badan. Memang susu pekat gila. Anak cepat kenyang so tak payah makan nasi banyak sebab susu maintain je lepas minum ESP. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Breastfeeding 6 Resepi Banyakkan Susu Badan: Nombor 5 Paling Best! Posted on 23/09/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:41 am Susu badan ada banyak manfaat yang tidak dapat di sangkal lagi. Antaranya adalah untuk perlindungan imuniti serta antibodi badan bayi berkembang dengan lebih baik. Bayi yang menyusu badan memiliki antibodi yang lebih kuat berbanding yang lain. Tahniah diucapkan kepada awak kerana… Read More
Breastfeeding Boleh Ke Ibu Menyusu Berbuka Puasa Masa Bulan Ramadhan? Posted on 07/01/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:01 am Antara cabaran ketika menyusukan anak di bulan puasa adalah cepat berasa letih, lapar dan dahaga daripada orang biasa. Perkara ini adalah normal. Selain daripada itu, naluri seorang Ibu yang risau akan keadaan anak sama ada susu badan cukup atau tidak. Malah,… Read More
Breastfeeding Menyusu dan Puasa Ramadhan Kali Pertama dengan Set Puasa Shaklee Posted on 10/03/202327/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:00 am Pengalaman Berpuasa Sambil Menyusu Kali Pertama Dengan Set Puasa Shaklee | Tak pernah terbayang di fikiran bahawa menyusukan anak ini sangat mencabar. Ingatkan mudah, hanya sekadar memberi anak susu badan. Ternyata terdapat banyak cabaran terutama untuk Syaza sebagai ibu menyusu kali pertama… Read More