GDM Masa Hamil: Bahaya Buruk Untuk Ibu & Bayi Posted on 30/05/202403/09/2024 Last updated on September 3rd, 2024 at 03:48 pm Kencing manis masa mengandung atau lebih dikenali sebagai gestational diabete mellitus (GDM) boleh kena kepada sesiapa sahaja walaupun tidak memiliki faktor yang kuat untuk mendapatkannya. Tambahan pula, jika anda memiliki faktor seperti berat badan berlebihan sebelum mengandung atau sejarah keluarga, ia memungkinkan untuk lebih tinggi risiko mendapat kencing manis ketika mengandung. Macam mana GDM boleh terjadi adalah berpunca daripada hormon yang dihasilkan oleh uri sehingga menyebabkan badan ibu gagal menggunakan insulin secara efektif. Glukos yang sepatutnya di serap oleh sel badan, telah terkumpul dalam darah menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah. Tidak seperti diabetes jenis i (type i diabetes), kencing manis ketika hamil bukan berpunca semata-mata kerana kekurangan insulin dalam badan Sebaliknya hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen yang menjadi pendorong untuk ketidakberkesanan penghasilan dan penggunaan insulin dalam badan ibu. Biasanya GDM akan hilang sebaik sahaja selepas ibu melahirkan, tetapi terdapat beberapa kesan buruk kencing manis ini ke atas ibu dan bayi dalam kandungan sama ada untuk jangka masa pendek atau jangka masa panjang. Tonton Video Youtube: 3 Kesan UTAMA GDM Pada Baby Kesan Komplikasi ke atas Bayi Bayi yang dikandungkan oleh ibu dengan GDM, berpotensi untuk mendapat beberapa risiko antaranya adalah kekurangan paras kalsium yang di panggil hypocalcemia dan kurang magnesium iaitu hypomagnesemia. Malah bukan itu sahaja, kencing manis ketika mengandung boleh membawa kepada keguguran atau kematian bayi dalam perut. Lebih membimbangkan, bayi boleh mendapat kecacatan seperti masalah spina bifida, ketiadaan tempurung kepala atau caudal dysplasia. GDM turut merisikokan untuk kelahiran bayi pra-matang yang mendedahkan dengan beberapa masalah seperti jaundis dan masalah berkaitan pernafasan. Namun begitu, terdapat 2 kesan utama yang biasa terjadi ke atas bayi iaitu: 1. Makrosomia Makrosomia ialah kesan buruk diabetes ketika hamil yang boleh berlaku ke atas bayi iaitu bayi memiliki berat badan atau saiz yang lebih besar dari sepatutnya. Seperti yang diketahui, bayi akan menyerap nutrien makanan melalui darah ibu. Jika darah ibu mengandungi paras glukos yang tinggi, pankreas bayi akan kesan kehadiran gula dalam darah yang tinggi. Perkara ini akan menyebabkan bayi menghasilkan lebih banyak insulin untuk guna glukos tersebut. Kesannya, glukos berlebihan yang gagal di serap akan bertukar menjadi lemak ke atas bayi. Oleh sebab itu, kebiasaannya ibu yang kencing manis masa mengandung akan berisiko melahirkan bayi lebih berat badan dari normal. Apabila bayi lebih besar dari biasa dan di kesan lambat, berkemungkinan akan menyukarkan proses kelahiran secara normal kerana ada masalah seperti bahu tersangkut ketika bersalin. Selain itu, bayi yang terlalu besar juga membawa kepada kelahiran secara pembedahan jika diperlukan atas nasihat pakar untuk mengurangkan trauma ke atas ibu bersalin. Kandungan paras glukos dalam darah yang tinggi di tambah dengan insulin yang dihasilkan oleh pankreas bayi, mengakibatkan lemak berlebihan kepada bayi sehingga bayi lebih besar dari biasa. 2. Hypoglacemia Hypoglacemia ialah kondisi paras gula bayi menjadi rendah selepas sahaja dilahirkan. Jika terlalu rendah, bayi akan diberikan glukos secara intravenus. Semasa dalam rahim, bayi telah menghasilkan insulin yang tinggi untuk menerima gula yang juga tinggi dari darah ibu. Jadi apabila dah biasa dengan insulin yang tinggi, bila bayi dilahirkan, badan dia akan terus menghasilkan insulin yang tinggi. Tetapi, berbeza ketika dalam rahim, selepas dilahirkan, bayi tidak lagi bergantung dengan darah ibu untuk menyerap nutrien. Maka tiada lagi paras glukos yang tinggi boleh bayi dapatkan seperti masa dalam rahim. Oleh sebab itu, bayi berisiko untuk mendapat masalah gula yang rendah selepas dilahirkan. Kesan Risiko untuk Ibu Bukan sahaja bayi terdedah dengan kesan buruk diabetes ketika mengandung, ibu juga tidak terkecuali mendapat kesan buruk. Majoriti, akan automatik hilang masalah kencing manis sebaik sahaja melahirkan. Namun begitu, 20 daripada 100 ibu kencing manis masa mengandung, akan mendapat diabetes jenis ii dalam masa setahun selepas bersalin. Dan, 30 daripada 60 ibu akan mendapat kencing manis selepas bersalin dalam masa 10 tahun mendatang. Inilah antara kesan jangka masa panjang ke atas ibu jika gagal menjaga dengan baik masalah kencing manis ketika mengandung. Berikut ialah beberapa kesan risiko untuk ibu yang ada kencing manis masa mengandung:Boleh dapat lagi kencing manis masa kehamilan seterusnyaMasalah tekanan darah tinggi yang membawa kepada pre-eklampsiaJangkitan pada saluran kencingMasalah keputihan yang teruk Kelahiran secara pembedahanPenyakit kardiovaskular Apakah Cara Mengawal GDM? Sebaik sahaja anda disahkan mempunyai kencing manis ketika mengandung, doktor akan memberikan arahan sama ada untuk memulakan penjagaan dengan kawal diet, ubat atau insulin – bergantung kepada keadaan semasa diri anda. Biasanya doktor akan mulakan dengan kawalan diet terutama jika anda di kesan lebih awal ada GDM. Mereka akan set perjumpaan anda dengan pakar pemakanan agar anda boleh belajar bagaimana nak makan untuk kawal paras gula dalam darah supaya GDM terkawal. Bacaan blood sugar profile (BSP) akan dijalankan setiap seminggu, dua minggu mahu pun sebulan sekali sehinggalah anda bersalin. Bacaan BSP normal yang diperlukan untuk anda yang ada GDM ialah kurang atau bersamaan 5.3 mmol/l sebelum makan dan kurang atau bersamaan dengan 6.7 mmol/l untuk 2 jam selepas makan. Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan adalah jaga pemakanan anda. Katakan tidak kepada gula putih dan makanan proses termasuklah karbohidrat jenis kompleks. Amalkan pinggan suku-suku separuh. Lebihkan protein dan sayuran berbanding karbohidrat. Sebaiknya, pastikan anda aktif sepanjang mengandung, sekurang-kurangnya mencukupkan 5,000 langkah sehari. Set Hamil Shaklee merupakan vitamin lengkap yang dapat membantu untuk mengawal paras gula dalam darah anda. Di bawah adalah antara testimoni pengguna yang mengamalkan Set Hamil Shaklee untuk membantu kawal paras gula ketika mengandung dengan masalah GDM. Bacaan Gula Terkawal Puan Suhaili telah menggunakan set bestseller ini sejak 8 tahun lepas. Alhamdulillah asbab amalkan set ini, bacaan gula dalam darahnya terkawal setiap kali BSP. GDM Terkawal, BSP Cantik Puan Azura ada kencing manis semasa mengandung dan dalam tempoh tersebut, bacaan gula beliau terkawal, di bawah 6 mmol/l: sepanjang kehamilan beliau amalkan set lengkap hamil Shaklee. Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Set Hamil Shaklee bagi membantu masalah GDM anda, boleh hubungi Syaza melalui WhatsApp hari ini > klik untuk WhatsApp. Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Tips Kehamilan Makanan Tambah Kalsium untuk Ibu Mengandung Posted on 19/11/202419/11/2024 Kalsium mewakili 29% bagi keseluruhan berat badan anda. Manakala 99% mineral ini terletak di dalam sistem yang berkaitan dengan tulang. Ketika anda hamil, bayi menyerap nutrien kalsium melalui plasenta dari badan anda. Penyerapan kalsium meningkat dengan lebih banyak ketika usia kandungan anda masuk trimester ketiga kerana di waktu ini bayi… Read More
GDM Masa Mengandung Punca GDM Semasa Hamil Posted on 09/06/202403/10/2024 Last updated on October 3rd, 2024 at 05:14 pm Punca GDM Semasa Hamil | 16.5% ibu mengandung, ada kencing manis yang berlaku hanya ketika hamil (GDM). Peratusan ini di jangka meningkat oleh kerana keadaan hari ini yang memperlihatkan trend peningkatan obesiti dalam kalangan wanita. Para penyelidik belum menemui apakah punca yang menyebabkan… Read More
Tips Kehamilan Elak 8 Makanan Ini Ketika Mengandung: Terutama Nombor 4! Posted on 26/10/201706/06/2024 Last updated on June 6th, 2024 at 05:38 pm Makanan Yang Tidak Boleh Di Makan Ketika Hamil | Hamil adalah tempoh penting untuk sentiasa memastikan kesihatan ibu dan bayi di tahap optimum. Selain daripada mengambil berat makanan ketika hamil, kita perlu tahu apa yang perlu kita elak makan ketika hamil…. Read More