Last updated on March 28th, 2022 at 07:54 am
Sebut je mengenai perlindungan matahari, ada dua perkara yang akan bermain di fikiran iaitu sunblock dan sunscreen.
Sebenarnya, ada beza ke dua ni? Dalam entri ini, awak akan mengetahui mengenai perbezaan atau mungkin persamaan yang ada dalam sunblock dan sunscreen.
Download panduan dalam bentuk e-book percuma “3 Tips Untuk Pilih Sama Ada Sunscreen atau Sunblock Pilihan Terbaik untuk Awak” dari butang purple di bawah
Sunblock yang juga turut dikenali sebagai nama physical sunscreen merupakan pelindung matahari yang hanya menahan (block) sinaran matahari daripada tembusi kulit. Fokus sunblock adalah bagi mengelakkan awak daripada mendapat sunburn. Kebiasaannya sunblock memiliki kandungan seperti zink oksida (zinc oxide) atau titanium oksida (titanium oxide). Oleh sebab itu, sunblock ini meninggalkan kesan bercapuk atau di panggil white cast bila di apply atas muka. Sunblock tak perlu di ulang pakai selalu melainkan jika ianya jenis bukan kalis air, maka kena ulang pakai. Selain itu sunblock juga boleh digunakan secara terus tanpa ada masa menunggu untuk memakainya.

Sunscreen yang turut dikenali sebagai chemical sunscreen ini melindungi kulit luar dan dalam. Tidak seperti sunblock yang hanya sekadar block matahari dari masuk ke kulit, sunscreen pula bertindak sebagai filter dan boleh menghapuskan sinar UVA.
Untuk pengetahuan awak, sinaran matahari terdiri daripada dua sinar utama iaitu UVA dan UVB. Sunblock hanya menghalang UVB sahaja, manakala sunscreen menghalang kedua-duanya sekali.
Tetapi, awak tetap perlu berhati-hati dalam pemilihan sunscreen kerana ada je pasaran di luar yang claim produk mereka sunscreen walaupun hakikatnya mereka tak cover sepenuhnya pun dari sinar UVA dan UVB.
Perlu untuk awak tahu tentang UVA dan UVB sebab awak nak lindungi kulit dari dua benda ini.
UVA ialah sinar matahari yang boleh menembusi lapisan kulit dan hanya sekadar sunblock sahaja tidak boleh menghalanginya. Kesan UVA ialah kulit berjeragat, kulit cepat berkedut, tona kulit jadi tidak sekata, kulit senang ada pigmentasi dan pelbagai lagi masalah penuaan kulit. Selain itu, kalau awak ada masalah parut jerawat, UVA akan melambatkan lagi proses baikpulih parut awak.
UVB pula merupakan sinar matahari yang biasanya cuma mengakibatkan kulit terbakar atau sunburn.
Berbalik kepada fakta mengenai sunscreen. Sunscreen biasanya ada avobenzone atau oxybenzone. Perlu disapukan pada kulit sekurang-kurangnya 15 hingga 30 minit untuk sunscreen meresap dengan baik ke dalam kulit sebelum mendedahkan diri kepada matahari. Di samping itu, awak juga perlu untuk reapply sunscreen setiap 2 jam sekali untuk keberkesanan yang maksimum. Biasanya pasaran memiliki sunscreen yang bukan jenis kalis air.

- Dikenali sebagai chemical sunscreen
- Sesuai penggunaan harian
- Perlu di apply 15 hingga 30 minit sebelum mendedahkan diri kepada matahari
- Biasanya ada avobenzone atau oxybenzone
- Fokus untuk kebaikan anti-penuaan, anti-kedutan, elak masalah jeragat, elak masalah muka berkedut awal, cepatkan parut jerawat yang hitam hilang
- Filter sinar UVA dan UVB
- Biasanya perlu di apply setiap 2 jam sekali untuk hasil maksimum
- Memiliki bonus tambahan untuk kecantikan kulit seperti mencerahkan dan melembapkan
- Memiliki finishing yang menarik
- Dikenali sebagai physical sunscreen
- Mengandungi titanium oxide atau zinc oxide
- Meninggalkan kesan capuk, ghosting effect atau white cast di muka
- Fokus hanya untuk melindungi kulit daripada sunburn
- Biasanya digunakan untuk aktiviti berat seperti ketika di pantai
- Boleh terus apply directly tanpa tunggu beberapa minit sebelum exposed dengan matahari
- Halang sinaran UVB daripada rosakkan kulit
- Tidak perlu apply selalu kerana biasanya sunblock ni jenis kalis air
Yang mana pilihan awak; sunblock atau sunscreen? Pening tak sure nak pilih yang mana.. boleh download e-book percuma “3 Tips Untuk Pilih Sama Ada Sunscreen atau Sunblock Pilihan Terbaik untuk Awak” dari butang purple di bawah