CIRI-CIRI JERAWAT YANG BERPUNCA DARI MASALAH HORMON vitaminsyaza

Macam Mana Nak Kenal Jerawat Hormon? 5 Cara.

Jerawat merupakan tindakbalas yang menyebabkan masalah keradangan pada tisu di bahagian kelenjar minyak.

Sebenarnya mengikut kajian terdapat lebih daripada 50 jenis jerawat tetapi secara umumnya, bila sebut jerawat ia merujuk kepada jerawat jenis umum iaitu jerawat jenis vulgaris.

Ini adalah jenis jerawat yang paling selalu didapati oleh individu terutamanya bermula usia 20 tahun.

Terdapat 3 faktor utama yang menyebabkan jerawat vulgaris ini iaitu keturunan, hormon dan juga bakteria.

Dalam entri ini awak akan mengetahui dengan lebih lengkap mengenai jerawat yang berpunca daripada masalah ketidakseimbangan hormon.

5 Tanda Jerawat Awak Jenis Jerawat Hormon

Jika jerawat hormon ini menyerang, bukan sahaja mereka yang berusia 20-an boleh kena, malah ia turut menyerang sehingga usia 50-an.

Sudah semestinya jerawat jenis hormon ini selalu datang kepada orang perempuan kerana ketidakstabilan hormon ini biasanya berlaku kepada golongan perempuan. 

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa kadangkala lelaki juga ada masalah jerawat hormon.

Berikut ialah ciri-ciri yang boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui sama ada jerawat awak berpunca daripada punca utama ketidakseimbangan hormon.

1. Jerawat Muncul di Tempat Tertentu

Antara cara paling senang nak tahu sama ada jerawat awak jenis hormon ialah jika jerawat tersebut kerap kali muncul di tempat tertentu.

CIRI-CIRI JERAWAT YANG BERPUNCA DARI MASALAH HORMON 1

Antara tempat yang biasa menjadi kawasan tumpuan jerawat yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon ialah kawasan T-Zone seperti dahi, hidung dan dagu. Selain itu, ia juga boleh ada di sekitar jawline dan bahagian bawah di kawasan pipi.

2. Jerawat Datang Pada Waktu Yang Biasa

Perasan atau tidak ada jerawat yang akan datang hanya pada masa tertentu sahaja di setiap bulan. Contohnya jerawat akan muncul ketika awak nak datang haid atau datang bulan dan untuk orang lebih dewasa masalah jerawat akan muncul ketika hendak memasuki fasa menopause.

CIRI-CIRI JERAWAT YANG BERPUNCA DARI MASALAH HORMON 2

Ketika mula memasuki fasa menopause serta datang bulan, waktu itu hormon sedang dirembeskan dalam keadaan yang tidak stabil seperti sebelumnya. Perkara ini mengakibatkan minyak berlebihan dihasilkan sehingga kelenjar minyak di kulit tersumbat dan akhirnya terjadilah jerawat.

3. Bentuk Jerawat Jenis Besar dan Menyakitkan

Bentuk jerawat jenis bermasalah dari hormon ini kebiasaannya besar dan menyakitkan apabila di sentuh. Ia boleh di sebut sebagai jenis jerawat cyst.

CIRI-CIRI JERAWAT YANG BERPUNCA DARI MASALAH HORMON 3

Awak cuba menyentuhnya lalu sedar bahawa isi di bahagian dalam agak lembut tetapi apabila cuba nak picit secara manual menggunakan tangan atau alat tertentu, akan merasai rasa sakit yang teramat sangat! Malah jerawat itu juga meradang kemerahan dengan sangat besar.

4. Jerawat Tetap Berulang Walaupun Rutin Skincare Dah OK

Bagi awak yang dah pun menjalankan rutin harian skincare dengan baik serta pemilihan skincare sesuai dengan kulit, namun tetap ada seketul dua masalah jerawat, kemungkinan besar ia terjadi kerana ketidakstabilan hormon dalam badan awak.

CIRI-CIRI JERAWAT YANG BERPUNCA DARI MASALAH HORMON 4

Awak perlu memastikan dalaman awak di tahap optimum untuk membantu menyelesaikan masalah jerawat dari luar. Antara punca yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah anxiety, stress, pola tidur yang tidak teratur, tidur tidak cukup dan pemakanan yang tidak seimbang serta banyak ambil minuman kaffein bersama susu, dan gula secara berlebihan!

5. Awak Ada Masalah Kesihatan Berkaitan Hormon

Antara masalah kesihatan yang boleh mengakibatkan hormon tidak stabil adalah masalah berkaitan sistem reproduktif perempuan seperti polycystic ovary syndrom atau PCOS, period atau haid yang tidak teratur dan masalah ovari yang lain.

CIRI-CIRI JERAWAT YANG BERPUNCA DARI MASALAH HORMON 5

PCOS boleh membawa kepada masalah jerawat kerana ovari menghasilkan hormon yang di panggil androgen dikeluarkan dengan berlebihan sehingga merangsang lagi pengeluaran minyak berlebihan ke atas kulit.

Set Jerawat Shaklee boleh membantu menyelesaikan masalah jerawat yang berpunca dari hormon. Ingin maklumat lanjut? Klik untuk WhatsApp

(Visited 327 times, 1 visits today)

3 Comments

Leave a Reply