PROJEK BLOG MEGA PENERIMA BANNER

8 Review Projek Blog Mega Shaklee Best Untuk Diteruskan

Last updated on February 27th, 2023 at 02:13 pm

Projek Blog Mega Shaklee | Alhamdulillah selesai projek yang dikelolai oleh Master Norita di bawah naungan Euphoria. Jutaan terima kasih diucapkan kepada moderator Master Salwa Zeyn yang bertungkus lumus menjayakan projek ini. Syaza amat bersyukur ke hadrat ilahi kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada 220 peserta bagi Projek Blog Mega Shaklee 1.0.

Hasil daripada projek ini adalah dua buah entry berkenaan 7 Kebaikan Diet Intermittent Fasting Tak Ramai Tahu dan Anda Takkan Percaya Apa Set Kurus Shaklee Boleh Beri.

Kini projek diteruskan lagi untuk batch kedua. Syaza ingin meletakkan review dan feedback mengenai Blog Mega Shaklee 1.0 dan dalam artikel ini juga akan Syaza sertakan kenapa Syaza nak lagi Blog Mega Shaklee 2.0.

8 Sebab Projek Blog Mega Shaklee Menarik

PROJEK BLOG MEGA PENERIMA HADIAH 1
Sesi Menerima Hadiah Projek Blog Mega Shaklee

1. Dapat Belajar Mengenai SEO

SEO ialah elemen terpenting untuk membantu artikel kita dapat ditemui oleh robot carian Google. Sekiranya kita tidak menekankan penulisan yang ada ciri-ciri SEO dengan baik, berkemungkinan besar artikel yang di tulis hanya syok sendiri. Tujuan utama menulis adalah untuk menyampaikan info dan ilmu kepada orang yang memerlukan. 

Oleh itu amat penting untuk kita belajar mengenai SEO. Dalam Projek Blog Mega Shaklee 1.0, tips asas SEO bukan sahaja dikongsikan secara teori tetapi terus dapat kami belajar dengan praktikal. Strategi ini pada Syaza sangat membantu untuk kita elak daripada menjadi terlalu perfectionist dalam melakukan sesuatu. 

Oleh sebab dalam projek ini ada yang masih baru dalam dunia blogging, namun kerana pembelajaran SEO dijalankan secara praktikal seiring dengan teori, ianya amat memudahkan mereka. 

Projek Blog Mega ini bukan sahaja terbuka kepada blogger yang telah lama berkecimpung malah ia turut meraikan yang masih baru ingin belajar. 

2. Work Under Pressure

Berlian perlu melalui sebuah proses di bawah tekanan untuk ia menjadi secantik itu! Begitu juga hasil dari Projek Blog Mega Shaklee ini yang mana due date untuk menghantar entri adalah sangat berdekatan antara satu sama lain. Namun begitu, Syaza melihatnya sebagai sebuah cabaran yang perlu di sambut dengan baik. Pengurusan masa amat penting apabila melibatkan due date dan deadline. 

3. Hadiah Yang Bernilai

Hadiah yang disediakan pihak penganjur Projek Blog Mega Shaklee sangat menarik! KUANTITI hadiah yang disediakan juga banyak. Pada awalnya Syaza ingat hanya ada seorang sahaja pemenang tunggal. Rupa-rupanya, hadiah utama sahaja boleh dimiliki oleh 25 orang.

Hadiah utama bernilai RM399 iaitu Vivix Shaklee! I really hope I can win it but unfortunately I tak menang for the 1.0.

It is okay sebabnya yang tak menang pun boleh dapat hadiah vitamin sebab hantar task which is Nutrition Granules. I la tu yang dapat ~

MasyaAllah thank you so much.

4. Bekerja Bersama Team Baru

PROJEK BLOG MEGA PENERIMA HADIAH 2
Semua gembira setelah berhempas pulas berusaha! Yosh~

Selama ini sudah tentu banyak bekerja bersama team sendiri sahaja. Kali ini Syaza dapat berkenalan dengan bina networking dengan team lain dalam Shaklee Business. Projek Blog Mega Shaklee bukan sahaja memberi udara baru malah turut mengajar diri kita untuk selalu bersangka baik sesama manusia.

5. Mendidik Diri Rasa Sabar Dalam Bisnes

Hikmah apabila diberikan sparring partner dalam Projek Blog Mega Shaklee dan boleh publish post (walaupun dah siap dulu) hanya selepas partner publish amat mendidik diri rasa sabar. Daripada sini Syaza belajar sesuatu kerana teknik sparring partner ini umpama downline dan upline.

6. Alert Dengan Info

Siapa cepat, dia dapat! Info yang dikemaskini kebanyakannya dalam Facebook support group Projek Blog Mega Shaklee memaksa diri peserta untuk sentiasa alert dan membaca arahan yang di beri dengan jelas serta berhati-hati. Hampir setiap hari Syaza buka group support untuk melihat info. Malah Syaza bersyukur kerana bertemu dengan rakan-rakan partner yang saling berkongsi maklumat apabila salah seorang dari kami tidak boleh akses atas sebab tertentu maklumat yang diperlukan.

7. Membina Momentum

Projek seperti Blog Mega Shaklee sangat membantu membina momentum untuk bisnes secara keseluruhan! Kita lebih bersemangat kerana cabaran seperti ini “menghidupkan diri”.

8. Wave Bisnes Prospek

Apabila kita sertai sebuah projek sepert Projek Blog Mega Shaklee bersama wave yang ada, orang ramai akan curious untuk tahu lebih details. Akhirnya mereka dengan sendiri akan mula berminat dengan Shaklee sama ada produk, bisnes atau kedua-duanya.

Oleh sebab itu Syaza berharap agak Projek Mega Blog Shaklee 2.0 dapat diteruskan agar
1. Blogger beginner dapat kembangkan lagi blog mereka dari 0
2. Kami boleh belajar lebih details lagi mengenai SEO
3. Dapat sebarluaskan lagi networking sesama SID walaupun sideline
4. Mengekalkan momentum dan semangat bisnes dalam support group yang betul
5. Memperkukuh artikel setiap dari segi SEO
6. Peserta dapat memecahkan dinding keyword yang susah di Google
7. Menambahkan idea baru hari demi hari

InshaAllah see you guys soon di Projek Mega Blog Shaklee 2.0!

Berminat untuk sertai team DEG bersama Syaza dalam Shaklee Business – klik untuk wassap details.

 

#shakleethrive2023 #shakleetriumph2023 #blogmegashaklee 

(Visited 231 times, 1 visits today)

2 Comments

Leave a Reply