Jenis Masker untuk Parut Jerawat Posted on 11/10/2017 MASKER UNTUK PARUT JERAWAT Stress-nya dengan jerawat nih! Siapa dekat sini ada masalah jerawat?Bila ada masalah jerawat, confirm masalah kedua ni akan muncul. Next question, siapa dekat sini ada masalah PARUT JERAWAT? Tertekan dan stress sangat dengan masalah parut jerawat ni kan. “Jerawat belum settle lagi, dapat pulak masalah parut jerawat. Apa perlu buat ni, hishh.” So, apa yang perlu kita buat untuk overcome masalah parut jerawat nih?Hari ini Syaza nak share cara alami atau cara semulajadi untuk atasi masalah parut iaitu parut jerawat. Ada 10 Jenis Masker Muka untuk Masalah Parut Jerawat. Semua bahan-bahan yang digunakan boleh ambil saja dari dapur rumah kita, hehe. Mudah dan senang! 🙂 MASKER MUKA UNTUK PARUT JERAWAT ALOE VERA Aloe vera membantu memperbaiki struktur kulit dan memudarkan parut jerawat. Aloe vera juga dikenali sebagai lidah buaya. Boleh dapatkan sumber aloe vera di sekeliling rumah kita jika ada kita tanam atau jiran. Kalau tak ada, sekarang banyak gel dan masker bersumberkan aloe vera sepenuhnya yang di jual di pasaran pada harga berpatutan. Konsisten selama sebulan, dengan cara seminggu buat 1-2 kali. Dan lihat hasilnya. Caranya : Sapukan aloe vera di atas muka dan biarkan semalaman atau boleh biar dalam masa 10-20 minit. Kemudian, bilas seperti biasa. Rasa segar je taw BAKING SODA Baking soda atau serbuk penaik untuk memudarkan parut jerawat. Wah, ini paling murah & jimat taw! Senang jer nak dapatkan baking soda. Ada juga orang panggil namanya natrium bikarbonat. Khasiat baking soda, ia membantu mengelakkan penghasilan jerawat yang seterusnya dan membersihkan kulit muka kita. Caranya : Lumurkan 2 sudu kecil (atau ikut keperluan) baking soda yang dah di bancuh dengan air di kawasan berparut. Kemudian, cuci muka dan gunakan pelembab muka selepas menggunakan baking soda. Amalkan dua hari sekali MADU (ASLI) Pastikan madu yang original ya. Madu tak original, kita tak jamin keberkesanannya. Ini masker muka yang paling sedap dan yummy. Madu memang terkenal dengan khasiat untuk kecantikan muka. Caranya : Ambil sedikit madu asli dan lumurkan di muka. Biarkan kering dan meresap dengan kulit kita! Amalkan seminggu 1-2 kali, bukan setakat parut hilang, muka pun glowing TIMUN Lendir dari timun berkhasiat untuk dimanfaatkan sebagai mengatasi masalah parut jerawat. Caranya : Hiris timun (ikut keselesaan) dan kemudian lumurkan timun ke atas muka kita terutama kawasan berparut. Pastikan lendiran dari timun tadi dilumurkan sebaiknya. Kemudian, bilas muka dengan air sejuk setelah setengah jam. Amalkan sehingga parut hilang. TOMATO Tomato kaya dengan khasiat Vitamin C dan elok untuk kecantikan kulit sama ada di ambil secara makan atau digunakan sebagai masker muka. Caranya : Hiris tomato, dan lumurkan ke muka kita. Biarkan lendiran dari tomato meresap dengan baik, kemudian bilas muka dengan air sejuk. Amalkan sehingga parut hilang UBI KENTANG Hiriskan ubi kentang dan sapukan sehingga keluar lendiran dari ubi kentang tadi, kemudian bilas dan lihat hasilnya! LEMON Lemon bukan sahaja membantu pudarkan parut jerawat, malah memberi efek cerah & glowing! Caranya : Hiriskan lemon sahaja dan sapukan di muka, Biarkan selama setengah jam, bilas muka dengan air suam. atau Caranya : Campurkan air perahan lemon bersama madu dan jadikan masker semalaman. VITAMIN E Yang ini paling mudah dan berkesan. Tambah berkesan jika di ambil secara luaran dan melalui pemakanan harian serta supplement tambahan. Kita semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang penjaga kulit! Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Uncategorized Betul ke Kopi Punca Jerawat? Posted on 14/09/2019 Kopi sangat sedap. Ada pelbagai jenis kopi dekat pasaran. Kopi segar, dah di campur susu, tambahan gula atau sirap dan lain-lain. Nama bagi setiap jenis bancuhan kopi ini juga berbeza. Di tambah dengan lambakan kedai kopi sama ada di tepi jalan mahu pun di dalam pusat membeli-belah, ianya seolah suatu… Read More
Uncategorized 4 Jenis Kulit Muka | Anda Yang Mana? Posted on 13/09/2018 window.dataLayer = window.dataLayer || []; function gtag(){dataLayer.push(arguments);} gtag(‘js’, new Date()); gtag(‘config’, ‘UA-107780036-3’); Jenis kulit muka setiap dari kita adalah berbeza antara satu sama lain. Hari ini Syaza akan kongsikan ilmu asas tentang jenis kulit wajah yang selalu ada di kulit orang Asia – Malaysia terutamanya. 4 Jenis Kulit Muka 1…. Read More
Uncategorized Kekal Awet Muda Dengan 5 Tips Mudah Ini Posted on 15/08/2019 5 Tips Nampak Muda Mudah 1. Rajin Senyum Tak dapat dinafikan lagi. Hanya dengan senyuman, kita akan nampak lebih muda! Apabila kita senyum, otot muka yang digunakan adalah lebih bermanfaat daripada bermasam muka. Senyuman juga merupakan senaman wajah yang paling mudah dilakukan. Jadi, senyum-senyumlah selalu. Kekalkan manis dalam senyuman, memang… Read More