10 Makanan Milk Booster Terbaik Banyakkan Susu Badan Posted on 10/10/201830/09/2024 Last updated on September 30th, 2024 at 01:37 am Nak tahu, nama lain bagi milk booster adalah galactagogues yang membawa maksud, makanan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu, atau susu badan.Ada 10 jenis makanan yang paling terbaik, boleh dijadikan pilihan sebagai milk booster untuk bantu banyakkan susu badan awak. Kenapa yang terbaik? Kerana selain dari memberi dan meningkatkan penghasilan susu, ia juga tidak menaikkan berat badan ibu dan ibu maintain slim walaupun menyusukan anak. Sebelum kita pergi kepada senarai 10 makanan ini, pastikan kita sentiasa melakukan teknik paling utama dalam konsep penyusuan iaitu demand & supply. Milk booster membantu penghasilan susu sekiranya kita iringkan bersama konsep dan teknik ini di dalam penyusuan ibu. Apa itu Demand dan Supply Secara ringkas yang awak boleh tahu mengenai konsep demand dan supply untuk penyusuan badan ialahBeri anak susu sebaik sahaja anak minta [berdasarkan tanda-tanda yang di beri]Kosongkan payudara selalu [elak bengkak susu]Payudara yang kosong, akan di refill balik. Ini akan memastikan kelenjar susu sentiasa ‘bekerja’.Milk booster, susu yang dihasilkan lebih banyak, pekat dan paling penting berkhasiat untuk anak!Baca: 3 Cara Milkbooster Banyakkan Susu Badan 10 Makanan Milk Booster Banyakkan Susu Badan Oat Oat mudah untuk didapati dan senang nak di makan pada bila-bila masa sahaja. Termasuklah ketika baru lepas bersalin. Antara manfaat oat ialah:Tinggi fiberKaya anti-oksidanSarapan yang mudah untuk di buatTidak menggemukkan ibuSusu yang dihasilkan berkhasiatMengawal masalah diabetes selepas bersalinTips tambahan, pilih oat yang tidak segera untuk lebih sihat serta sediakan oat sebelum tidur untuk dijadikan sebagai overnight oat. Bagi double up lagi khasiat overnight oat untuk awak sebagai ibu menyusu dan anak awak, tambah sekali bersama dengan Energizing Soy Protein (ESP). Halba Halba digunakan dalam masakan. Antara manfaat halba sebagai milk booster ialah:Mudah di hadamMembantu mengatasi masalah bayi meragamSelain itu, halba telah terkenal sejak turun temurun lagi dalam membantu banyakkan susu badan. Ia juga mudah untuk di hadam. Tambahkan halba dalam menu sayuran awak atau boleh buat teh halba! Alfalfa Alfalfa telah terkenal sejak berzaman lamanya sebagai makanan yang boleh menggalakkan penghasilan susu badan dengan meriah! Sepertimana ulam-ulaman, begitu juga alfalfa. Boleh di makan begitu sahaja secara mentah. Alfalfa adalah tumbuhan berakar panjang yang menyerap nutrien dalam tanah dengan sempurna. Antara manfaat lain alfalfa selain dari banyakkan susu badan ialah Boleh menjadi kacip fatimah moden bagi merapatkan alat keintiman wanita Membantu masalah keputihan Tanaman alfalfa sering dijadikan makanan ragut oleh haiwan seperti lembu dan kambing untuk menghasilkan susu yang banyak. Alfalfa ialah salah satu daripada tiga item yang terkandung di dalam Set menyusu pilihan #1 ibu di Malaysia. Alfalfa juga boleh didapatkan dalam bentuk supplement. Jika awak ingin mendapatkan khasiat Alfalfa yang bukan sahaja boleh menambahkan susu badan awak tetapi boleh menjadi kacip fatimah moden sebagai perapat, membantu masalah keputihan, menguruskan badan, membuang angin berlebihan dari badan dan mengatasi masalah bau badan, awak boleh dapatkan supplement alfalfa tersebut daripada belian terus di sini. *Perlu bantuan untuk mendapatkan milk booster alfalfa ini boleh WhatsApp Syaza (klik untuk WhatsApp). Tambahan pula, alfalfa ialah sumber terbaik protein, fiber dan mineral penting untuk awak sebagai ibu menyusu. Jintan Manis Awak pasti ada menggunakan jintan manis dalam masakan untuk keluarga.Kandungan phytoestrogen di dalam jintan manis membantu menghasilkan susu badan dengan baik. Selain itu, jintan manis mudah untuk didapati dengan meletakkan dalam makanan. Antara manfaat lainnya ialahKurangkan angin dalam badanMelawaskan Lobak Putih Lobak putih terbukti jika diamalkan sangat memberikan kesan yang baik untuk susu badan. Boleh buat sup lobak putih untuk dijadikan hidangan harian terutama sekali ketika berpantang. Sesetengah ibu tak sesuai kerana lobak putih dalam kategori ‘makanan sejuk’. Sila periksa dan kenali badan awak dan juga bayi sebelum ingin mencuba lobak putih sebagai makanan sayur pilihan milk booster. Kekacang Tabiat ibu menyusu ialah perlu sentiasa makan kerana selalu lapar tetapi risau pula kalau asyik mengunyah, akhirnya gemuk tanpa sedar.Itulah antara cabaran utama sebagai ibu menyusu. Baca: Kawal Selera Makan Ketika Menyusu Dengan CinchSumber protein terbaikSesuai dijadikan snek harianTambah dalam makanan atau laukBerita baiknya, kekacang yang merupakan antara makanan terbaik untuk memperbanyak susu badan ini boleh awak jadikan snek yang sihat.Bukan sahaja sihat, tidak menggemukkan malah boleh membantu menghasilkan susu badan. Baca: Ibu Menyusu Berjaya Turun 15 kg Dalam Masa 9 Bulan Peria Sayur peria walaupun pahit tetapi apabila dijadikan snek seperti peria goreng, amat sedap untuk dinikmati sebagai salah satu makanan terbaik untuk milk booster! Selain itu, peria kaya dengan vitamin c, anti-oksidan dan juga sangat membantu penyerapan zat besi atau iron. Kesemua ini adalah diperlukan oleh tubuh badan awak sebagai ibu menyusu.Untuk awak yang mementingkan penyediaan peria yang lebih sihat, jadikan peria sebagai jus minuman harian.Jika tidak boleh terima rasa pahitnya boleh gantikan dengan peria goreng dan makan sebagai snek. Barli Apabila sebut sahaja barli, pasti awak akan membayangkan air barli bersama ais. Malah jika di ambil secara suam pun dah tersangat enak. Tambahan pula di minum semasa cuaca panas. Sangat melegakan!Kelebihan barli sebagai milk booster ini ialah:Banyakkan susuIbu kekal hydrated [cukup air dalam badan]Campurkan barli dalam air harian awak bagi penyediaan yang mudah. Jangan lupa rebus dulu. Betik Hijau Betik hijau ini terkenal dalam tradisi dan budaya kaum Cina.Ia bukan sahaja boleh banyakkan susu badan malah kaya protein, vitamin c dan juga vitamin untuk kesihatan mata iaitu beta karotena.Untuk penyediaan, awak boleh reneh betik hijau ini bersama ikan! Kacang Almond Ya, kacang almond yang selalu digunakan dalam kuih raya terkenal seperti Almond London ini boleh meningkatkan susu badan awak. Malah, kacang yang kaya dengan omega-3 dan vitamin E ini memiliki manfaat lain iaitu membantu mengatasi masalah stretchmark dengan pengambilan konsisten dan dalam kuantiti yang baik. Tambahkan almond dalam susu atau makanan dan salad. Boleh juga cuba susu almond jika kena dengan tekak. Milk Booster Makanan Berkhasiat Makanlah makanan yang berkhasiat kerana ia bukan sahaja boleh membantu galakkan susu badan tetapi dapat membekalkan khasiat untuk kualiti susu badan yang lebih baik. Malah bukan itu sahaja, awak juga akan lebih bertenaga dan tidak mudah letih serta cepat penat walaupun seharian ‘bekerja’ menyusukan anak. Awak juga mungkin berminat dengan artikel ini..3 Cara Milk Booster Bekerja Untuk Banyakkan Susu BadanMilk Booster: Penting atau Hanya Rekaan SemataSusu Badan Drop: 29 TandaDalam Masa 9 Bulan: Ibu Menyusu Turun Berat Badan 15 kg Share on Social Media x facebook emailwhatsapp
Breastfeeding 4 Mitos Milk Booster Posted on 10/10/201827/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 10:13 am Mitos adalah lawan kepada fakta. Dalam penggunaan milk booster, juga tidak lari dari beberapa mitos. Ibu wajib tahu supaya para ibu sentiasa berhati-hati terutama dalam pemilihan milk booster terbaik. 4 Mitos Milk Booster 1. Milk Booster 100% Membantu Ini mitos pertama…. Read More
Breastfeeding Penyusuan Secara Eksklusif dan Kebaikannya Posted on 01/09/201827/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 06:30 am Lagi beberapa hari sahaja Syaza akan capai tempoh pemberian susu badan secara eksklusif dekat anak Syaza yang di beri nama; Zehraa. Syukur alhamdulillah. Ada banyak kelebihan ibu yang menyusukan anak sendiri dan secara eksklusif. Bagi ibu yang pertama kali macam Syaza, kita… Read More
Breastfeeding Cinch Shake Untuk Ibu Menyusu, Boleh Ke? Posted on 14/04/202227/09/2024 Last updated on September 27th, 2024 at 05:01 am Awak nak kurus, dan dalam masa yang sama awak sedang menyusu badan. Jadi, awak pun go through pembacaan demi pembacaan untuk dapatkan sebuah meal replacement yang boleh membantu awak untuk kurus. Dan awak jumpa dengan Cinch Shake Shaklee. Tetapi, awak tak yakin….. Read More