Kemurungan Lebih Kronik Dari Stress

kemurungan
Menurut World Health Organisation (WHO), 80,000 telah membunuh diri setiap tahun dan 11 daripada 100,000 orang yang mengambil keputusan membunuh diri adalah akibat masalah kemurungan.
Malah, turut mengejutkan, kemurungan atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai depression, adalah menjadi punca kematian bunuh diri utama dalam kalangan remaja lingkungan usia 15 hingga 29 tahun.
Baru-baru ini, kerajaan di gesa untuk menambahkan bilangan doktor psiakiatri, berikutan laporan yang menunjukkan berlaku pendadakan terhadap masalah kemurungan yang melanda negara kita, Malaysia.
Dr Dzulkefy Ahmad, selaku Menteri Kesihatan Malaysia, “Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada tahun 2017 telah menjalankan Kajian Kesihatan Morbiditi dan Kebangsaan mendapati, kemurungan bagi golongan berusia 13 hingga 17 tahun adalah dalam lingkungan 18.3%,”
Sambung beliau lagi, laporan kajian menyatakan, terdapat peningkatan terhadap idea untuk membunuh diri ekoran kemurungan dalam golongan ini sebanyak 10% berbanding, 7.9% pada 2012.
Kemurungan bukan perkara yang boleh di buat mainan. Ianya adalah sesuatu yang benar terjadi dan mungkin diri kita atau ada dalam kalangan sekeliling kita yang sedang alami masalah ini – kemurungan atau depression.
Apa itu Kemurungan?
Murung, depresi atau depression ini adalah penyakit dari kategori major, yang serius dan akan menyebabkan kehidupan seharian kita tergugat secara negatif. Ia akan beri kesan terhadap cara fikir, cara bertindak dan keseluruhan hidup bakal terjejas.
Terdapat dua kategori umum kemurungan iaitu:
  1. Kemurungan Biasa (Mood Depression)
  2. Kemurungan Klinikal (Clinical Depression)

Kemurungan biasa, menyebabkan kita hilang semangat terhadap sesuatu pekerjaan dan perkara yang dilakukan. Tambahan, ia turut mengakibatkan kita sentiasa rasa kosong dan seolah hilang jiwa. Manakala, kemurungan kritikal, adalah lebih serius dari itu.
Untuk di kesan seseorang itu mempunyai masalah kemurungan klinikal, sekurang-kurangnya, simptom atau tanda tersebut ada pada dirinya selama 2 minggu atau lebih.
Tidak seperti kemuruangan biasa, yang mudah dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, kemurungan jenis klinikal hanya boleh dikenalpasti lebih lanjut oleh Ahli Psikiatri kerana ianya sudah parah!
Adakah Murung Sama Dengan Stress?
Tidak sama.
kemurungan
Stress adalah tekanan perasaan yang boleh di kawal diri sendiri tanpa perlu bantuan perubatan. Stress atau tertekan ini merupakan perkara biasa dan sentiasa dihadapi oleh semua orang dalam kehidupan seharian. 
Walaubagaimanapun, bagi kita yang tidak pandai mengawal stress, lama kelamaan, stress yang menumpu dan berkumpul dalam hidup kita juga boleh membawa kepada masalah kemurungan, sama ada jenis murung biasa atau klinikal.
Jika stress tidak dapat di kawal dan berlarutan selama 2 minggu atau lebih, ia boleh dikategorikan sebagai murung dari jenis klinikal dan perlukan rawatan. 
Adakah Murung itu Gila?
Tidak.

kemurungan
Menuurut Dr Akif Basri seorang Ahli Psikologi Klinikal, “Kemurungan bukan penyakit gila. Ia boleh di rawat. Seseorang yang mengalami kemurungan mempunyai ‘cawan’ yang lebih besar berbanding orang lain. Mereka memerlukan ruang untuk didengari dan difahami yang lebih banyak dan besar berbanding orang biasa yang tidak alami kemurungan.
Sokongan, telingan yang mendengar dengan sabar, sikap empati dan bahu yang menerima tangisan mereka setia hari amat diperlukan! Apabila ‘cawan’ mereka telah dipenuhi, mereka akan lebih mudah untuk berfikiran waras dan rasional serta emosi mereka akan lebih stabil. 
Adalah amat di larang untuk memberi sebarang jenis nasihat atau tazkirah SEBELUM mendengar semua luahan mereka dan memenuhi ‘cawan’ mereka,”
Tanda-tanda Kemurungan
Jika kita mempunyai tanda di bawah hampir setiap hari sepanjang 2 minggu berturut, kita mungkin sedang mengalami kemuruangan.

  • Sedih berterusan
  • Mudah risau tak bertempat
  • Rasa ‘hilang’, lost
  • Rasa putus asa, tak ada harapan
  • Mudah terguris
  • Rasa bersalah 
  • Rasa diri tak berguna
  • Tenaga berkurang
  • Cepat letih
  • Bercakap dan berjalan perlahan
  • Rasa penat dan tak cukup rehat
  • Susah nak fokus
  • Susah nak buat keputusan
  • Susah nak ingat sesuatu perkara balik
  • Susah tidur
  • Susah bangun pagi
  • Terlebih tidur
  • Selera makan berubah
  • Berat turun atau naik mendadak
  • Pernah fikir nak bunuh diri
  • Sakit di bahagian abdomen 
  • Mudah cramp, kejang
  • Susah membuang air besar
Cara Atasi
Berita baik! Kemurungan boleh di rawat. ツ
  • Jumpa Psikiatri
  • Bercakap dengan orang yang dipercayai dan boleh mendengar
  • Luahkan di medium seperti blog atau melalui penulisan tertutup
  • Makan makanan sihat
  • Elakkan gula dan garam
  • Bersenam
  • Pengambilan ubatan khas
  • Pengambilan vitamin anti-kemurungan
Kesimpulan
Jika ada di sekeliling kita yang dikenalpasti mempunyai tanda awal kemurungan, segera dapatkan mereka dan dengar masalah mereka tanpa membuat sebarang spekulasi awal. Dapatkan nasihat pakar jika memerlukan.
Fatin Syaza,
Certified Shaklee Distributor | 1245903.
(Visited 131 times, 1 visits today)

4 Comments

  1. Shafyqah Azahar

    sha pernah kemurungan sebab putus cinta dulu hehehe sebulan cuti akhir tahun tak keluar rumah, duduk dalam bilik menangis, makan pun boleh kata sekali je sehari, mandi taknak, tidur pun 2 3 jam je sehari, jumpa orang taknak. rasa macam teruk sangat time tu, sebaik ada yang sedarkan sha. alhamdulillah

  2. ejulz

    harap2 dijauhkan dari kemurungan ni..

  3. dear anies

    sebagai seorang muslim, benteng keimanan yang kukuh shj dpt menghindari penyakit ini

  4. Sha Mohamed

    Bagus perkongsian syaza nie..

Leave a Reply